View: 480|Reply: 0
|
'Kami terus dahagakan kejayaan'
[Copy link]
|
|
NUR Ain Syuhada (tiga dari kiri) dan Nur Thahira Tasnim (tiga dari kanan) diraikan ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam. FOTO Ihsan Malaysian Boules Sports Federation (MBSF)
Kuala Lumpur: Beregu petanque wanita negara, Nur Ain Syuhada Mohd Asri dan Nur Thahira Tasnim Abdul Aziz memasang impian mahu mencipta lebih banyak kejayaan di pentas antarabangsa kelak.
Kedua-dua atlet berusia 25 tahun itu mencipta sejarah baharu sukan petanque negara apabila meraih pingat perak buat kali pertama di Kejohanan Dunia 2022 yang berlangsung di Karslunde, Denmark, baru-baru ini.
Nur Thahira berkata, selain mengimpikan kejayaan di kejohanan dunia, dia berharap menaiki podium di pentas tertinggi seperti Sukan Olimpik sekiranya sukan petanque dapat dipertandingkan suatu hari nanti.
"Kami pernah pasang impian ke Sukma (Sukan Malaysia) bersama-sama dan sudah tercapai. Sekarang kami pun dah menang bersama-sama di Kejohanan Dunia.
"Kalau petanque dianjurkan di Olimpik, memang kami sasarkan untuk bermain di pentas tertinggi seperti itu," katanya.
Dua pemain yang berasal dari Bandar Muadzam Shah, Pahang itu meraih pingat perak selepas tewas kepada gandingan Sepanyol yang juga bekas juara dunia dengan keputusan 2-13 di perlawanan akhir Kejohanan Dunia 2022.
Selain itu, Ain Syuhada berkata, kunci utama kejayaan adalah keserasian antara mereka selepas bergandingan bersama sejak berusia 11 tahun.
"Kami mendapat sokongan daripada penyokong di sana. Bila kami tak menjadi, mereka tepuk tangan, jerit 'Malaysia Boleh', 'Malaysia Bravo' untuk naikkan semula semangat kami.
"Kami cuma sasarkan peringkat suku akhir, tetapi dapat masuk final dan menang perak adalah bonus. Saya cuba yang terbaik untuk Malaysia kerana ini adalah tanggungjawab dan amanah," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -dahagakan-kejayaan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|