View: 500|Reply: 0
|
Skuad karate bikin kontinjen negara tersenyum
[Copy link]
|
|
Sasaran Malaysia merangkul 36 pingat emas tercapai akhirnya apabila skuad karate negara meraih pingat emas dalam acara Kumite Berpasukan Lelaki setelah menewaskan Indonesia pada temasya Sukan SEA Hanoi 2021, Hanoi di Pusat Pertandingan Sukan Ninh Binh. - Foto Bernama
KONTINJEN negara boleh menarik nafas lega apabila sasaran 36 pingat emas pada Sukan SEA Hanoi 2021 dicapai pada hari ke-13 temasya sukan tersebut berlangsung di Vietnam.
Seperti dijangka, pingat emas ditunggu-tunggu itu diperoleh pada Jumaat selepas Malaysia hanya memerlukan dua lagi emas untuk mencapai sasaran tersebut selepas berakhir saingan Khamis, selain beberapa atlet negara turut bersaing dalam final acara masing-masing pada hari ke-13 temasya.
Emas ditunggu-tunggu itu disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki dibarisi S Prem Kumar, Sureeya Sankar dan R Sharmendran menewaskan Indonesia 3-0 pada saingan final, pada Jumaat.
Lebih bermakna, bukan sahaja menghadiahkan pingat emas ke-36 kepada kontinjen negara malah skuad karate turut menamatkan kemarau 29 tahun kilauan emas dalam acara kumite berpasukan lelaki pada temasya Sukan SEA.
Terdahulu, emas ke-35 Malaysia disumbangkan atlet menembak Nurul Syasya Nadiah Mohd Arifin yang mencipta kejutan mengungguli final 10 meter (m) air pistol wanita pada penampilan sulungnya di Sukan SEA di sini.
Badang negara Muhamad Aznil Bidin pula berjaya merangkul pingat perak acara angkat berat kategori 61kg dengan angkatan bebanan 287kg, sekali gus memadamkan rekod kebangsaan 285kg yang dilakukannya di Pattaya, Thailand pada 2019.
Aksi pelumba berbasikal negara pada Sukan SEA ke-31 juga tidak mengecewakan apabila menghadiahkan sebutir pingat dalam acara berlangsung di Wilayah Hoa Binh, kira-kira 75km dari sini.
Kali ini menerusi juara kebangsaan 2021, Muhammad Nur Aiman Rosli yang juga pelumba Sapura Cycling Team (TSC) dalam acara ujian masa individu lelaki apabila meraih gangsa dalam perlumbaan sejauh 39.56 kilometer.
Sementara itu, Malaysia terpaksa berpuas hati dengan dua pingat gangsa acara tinju apabila Mohd Aswan Che Azmi dan Khir Akyazlan Azmi, yang masing-masing bersaing dalam dalam kategori 69kg dan 81kg Lelaki tumpas di peringkat separuh akhir.
Dalam acara Muay Thai, sekurang-kurangnya dua pingat perak sudah berada dalam genggaman kontinjen Malaysia apabila dua peserta negara melangkah ke saingan akhir yang akan berlangsung Ahad ini.
Nur Amisha Azrilrizal mara ke final dalam acara Wanita Elit Bawah 51kg manakala Ahmad Nor Iman Aliff Rakib mengesahkan slot ke pertarungan akhir bagi kategori Lelaki Elit Bawah 54kg.
Berbaki tiga hari sebelum edisi ke-31 itu melabuhkan tirai pada Isnin ini, kontinjen negara kekal berada di kedudukan keenam dengan pungutan 36 emas, 40 perak dan 79 gangsa.
Tuan rumah, Vietnam kekal sebagai pendahulu keseluruhan selepas mengutip 164 emas, 97 perak serta 96 gangsa dan kedudukan itu tidak mampu dicabar Thailand yang berada di tempat kedua dengan 67-77-108 diikuti Indonesia 49-68-63, Singapura 47-44-62 dan Filipina di tempat kelima 42-59-82.
Sabtu, tumpuan pastinya terarah kepada Johnathan Wong dan Nurul Syasya Nadiah untuk menambah kilauan emas kontinjen negara apabila mereka akan bergandingan dalam acara 10m air pistol berpasukan campuran.
Berdasarkan kepada pencapaian di temasya kali ini, Johnathan Wong dan Nurul Syasya Nadiah, yang masing-masing mengungguli acara 10m air pistol individu menjadi pilihan untuk merangkul emas dalam kategori itu. - Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... en-negara-tersenyum
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|