View: 1147|Reply: 19
|
[Tempatan]
Abang Roti Canai 50 sen tekad kekalkan harga
[Copy link]
|
|
Abang Roti Canai 50 sen tekad kekalkan harga
Mustafa menunjukkan roti canai kosong 50 sen dan roti telur RM1 yang dijual di gerainya. - Foto NSTP/Nuraliawati Sabri
MELAKA: "Selagi saya bernafas harga 50 sen ini akan terus dikekalkan walaupun ada pelanggan yang cakap itu harga gila," itu kata peniaga roti canai Mustafa Abd Latif.
Bagi Mustafa 58, walaupun berdepan kenaikan harga barangan susulan kekurangan bekalan di pasaran, dia nekad untuk terus kekalkan harga jualan roti canai di warungnya.
Dia yang berniaga sejak 11 tahun lalu, harga yang ditawarkan di gerainya bagi roti canai kosong RM0.50 manakala roti telur serta roti planta masing-masing RM1 sekeping masih kekal sejak dulu.
"Tidak dinafikan keuntungan amat nipis apabila harga tepung gandum naik lebih sekali ganda tetapi hajat saya ini semua sedekah buat kedua arwah ibu bapa.
"Niat saya berniaga bukan mahu kaya asalkan senang kami sekeluarga belanja sudah memadai. Insya-Allah apabila kita yakin, akan ada rezeki," katanya ditemui di warungnya di Bukit Pulau, Bukit Katil.
Bapa kepada empat anak itu berkata, ramai dalam kalangan pelanggan tetapnya memintanya untuk menaikkan harga jualan roti canai kerana bimbang dia tidak mampu menanggung kos.
"Bagi saya susah bagaimanapun kena harung kerana itu sudah nekad malah saya sendiri pernah lalui tempoh yang sukar suatu masa dulu sehingga hendak makan pun payah.
"Sebagai peniaga, saya tersentuh apabila ada pelanggan tidak mampu menjamu keluarga, jadi dengan harga sebegini mereka yang tidak berkemampuan boleh sama-sama nikmati," katanya.
Dia yang turut dikenali dengan panggilan Abang Roti Canai 50 sen berkata, sepanjang dia berniaga juga ini kali pertama berdepan cabaran untuk dapatkan bekalan tepung gandum di pasaran.
"Kalau dulu hanya perlu ke satu kedai sahaja tetapi kini untuk dapatkan bekalan tepung gandum kena merayau ke beberapa lokasi.
"Selain itu kos tepung gandum juga amat tinggi sekiranya dulu hanya bermodalkan kira-kira RM1.40 kini mencecah hampir RM3 sekilogram kerana untuk roti canai hanya dua jenama sahaja digunakannya untuk rasa dan doh yang lembut," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... ekad-kekalkan-harga
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus, pembekal tepung kena jual lebih kepada dia |
|
|
|
|
|
|
|
Jiwa besar pakcik ni...kalau dia x naikkan harga, pelanggan boleh je byr lebih kalau ada rezeki lebih...niatkan juga sedekah |
|
|
|
|
|
|
|
Roti telur rm1
Telur gred c dah 40sen
Klu telur gred f mungkin dpt 35sen
Kos roti 15sen
Ok la dpt pulangan 50sen lg
Tp ni xkira lg kos kuah cicah gas minyak nk goreng
Selamat maju jaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak paham camne boleh jual 50sen. Saiz roti besar gak. Boleh untung ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga dipermudahkan segala urusan pakcik ni |
|
|
|
|
|
|
|
ezacbee replied at 23-5-2022 06:29 PM
Tak paham camne boleh jual 50sen. Saiz roti besar gak. Boleh untung ke?
Cover balik dengan jualan teh ais..milo ais..dah niat dia pun nak buat pahala. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pernah susah dan mengekalkan mindset orang susah berapa pun pendapatan dia akan cukup bersyukur sebab dia bukan target nak kaya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Selalu gini lh
Dlm kegawatan harga siti situ sana sini,
Akn keluar lh jgk berita2 dimana masih ada peniaga yg survive dgn harga back in 90s, 80s
|
|
|
|
|
|
|
|
Harap yg nak beli kat Pakcik ni biar org yg betul2 x cukup duit |
|
|
|
|
|
|
|
haha never gonna happens. malah yang sarankan suruh naik rege tu pun kalau beli lima ketul dua ringgit setengah, gigih cari syiling 50 time nak membayar siap minta kuah banjir lagi.
|
|
|
|
|
|
|
|
orang macam pakcik ni hidup takde hutang dan tak tinggi cita-cita. breakfast dah cover. untung sikit2 tu buat grocery makan lunch n dinner je n isi minyak je. astro takdak, netflix apatah lagi memang tak minat. 1000 sebulan pun boleh hidup. harap pakcik ni sentiasa sihat dan tak didatangi ujian pelik2 diakhir usia.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau gerai this all the time penuh....boleh je.
biasanya gerai makan bukak kat tanah sendiri atau under majlis perbandaran
|
|
|
|
|
|
|
|
Sedapnya roti canai orang melayu buat, kat sini jarang nmpk, |
|
|
|
|
|
|
|
Yup. Simple mind macam ni orang sekarang memang susah nak faham.
|
|
|
|
|
|
|
|
macam tak berbaloi je
penat kot tebar roti canai ni
|
|
|
|
|
|
|
|
nampak roti canai tu jah yang murah? bakso tu rega rm6.50 murah ke mahal? |
|
|
|
|
|
|
|
Kan..silap2 mintak free sekeping sbb beli 5 keping..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mana2 pelanggan yg bersetuju harga rpti canai abang ni kekal 50 sen, mereka ni takde beza pun dengan peniaga yg rakus mengambil kesempatan ke atas kesempitan orang lain.... Yg berbeza cumalah watak si opportunist ni adalah watak pelanggan. Perangai tetap sama, iaitu mementingkan diri sendiri semata2.
Tapi jenis2 pelanggan yg selfish inilah yg paling lantang mengutuk golongan peniaga dengan mengatakan para peniaga suka cekik darah, harga yahudi, nak pergi haji balik hari dan sebagainya. Padahal mereka sendiri pun sama sahaja. Bahkan hipokrit pulak tu. Mereka peduli apa kalau harga 50 sen tu boleh buat bisnes abang tu melingkup tak boleh sustain.
Manakala pelanggan berhati mulia dan bertimbang rasa, pasti akan tetap bayar lebih drpd 50 sen secara sukarela. |
|
|
|
|
|
|
| |
|