CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 670|Reply: 2

[Politik] Bukit Aman akan panggil Kit Siang selepas lengkap siasatan

[Copy link]
Post time 23-5-2022 05:10 PM | Show all posts |Read mode
Bukit Aman akan panggil Kit Siang selepas lengkap siasatan


LIM Kit Siang

Kuala Lumpur: Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman akan melengkapkan siasatan berhubung ciapan dimuat naik Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang didakwa mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata, polis sedang melengkapkan siasatan dan selepas itu pihaknya akan memanggil Kit Siang.

"Buat masa ini beliau (Kit Siang) masih belum dipanggil bagi dirakam percakapan.

"Selepas siasatan dilengkapkan kita akan memanggil beliau," katanya ketika dihubungi hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan siasatan dijalankan JSJ Bukit Aman terhadap ciapan dimuat naik Kit Siang yang didakwa mengandungi kenyataan boleh menggugat ketenteraman awam.

Imej tangkap layar ciapan terbabit turut tular melalui aplikasi WhatsApp sejak ia dimuat naik.

Lim dipercayai mengeluarkan kenyataan 'Will The Houses Of The Prime Minister and Ministers of Malaysia Be Set On Fire by Angry Protestors As Happened in Sri Lanka Last Week' (Adakah Rumah Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Malaysia Dibakar oleh Penunjuk Perasaan Seperti Berlaku di Sri Lanka, Minggu Lepas).

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... as-lengkap-siasatan

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2022 07:57 PM | Show all posts
tangkap cepat penghasut tua nak mampus ni.. caj cuba mewujudkan kegentaran awam dan cubaan menghasut...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2022 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts
masuk sungai buluh.jangan jatuh kan sabun ye atok siang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.056600 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list