CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 386|Reply: 1

[Pulau Pinang] Krisis bekalan: Peniaga ayam bimbang terpaksa gulung tikar

[Copy link]
Post time 23-5-2022 06:59 PM | Show all posts |Read mode
Krisis bekalan: Peniaga ayam bimbang terpaksa gulung tikar

Oleh Nur Izzati Mohamad - Mei 23, 2022 @ 5:39pm  [email protected]


KEPALA BATAS: Peniaga ayam di sekitar bandar ini resah berikutan krisis bekalan bahan mentah itu yang dihadapi sejak Ramadan lalu, semakin meruncing yang dikhuatiri boleh mengakibatkan mereka terpaksa gulung tikar.

Tinjauan di Pasar Awam Kepala Batas, di sini, hari ini, mendapati kira-kira lapan gerai ayam habis jualan seawal jam 7.30 pagi, dengan peniaga mendakwa hanya menerima bekalan separuh daripada jumlah tempahan.

Peniaga ayam, Fazliana Abdul Hamid, 46, berkata beliau sebelum ini tidak pernah berdepan situasi 'amat perit' seperti sekarang akibat krisis bekalan begitu teruk, sejak menceburi perniagaan itu kira-kira 10 tahun lalu.

"Sepanjang berniaga, inilah keadaan yang saya rasakan paling teruk dengan bekalan ayam sangat terhad sehingga jualan habis seawal jam 7.30 pagi berbanding 10 pagi ke atas sebelum ini.

"Kasihan pelanggan kerana ada yang setiap kali datang, ayam sudah habis dibeli oleh pelanggan yang sanggup datang pasar seawal selepas subuh. Selain itu, bekalan ayam yang ada juga sudah ditempah peniaga kedai makan dan pengusaha kantin sekolah," katanya ketika ditemui.

Selain itu, beliau menjelaskan, peniaga juga terpaksa mengenakan caj memotong ayam hingga RM1.50 seekor kerana mendakwa harga siling yang ditetapkan menyebabkan mereka mengalami kerugian.

"Modal yang kami keluarkan untuk membeli seekor ayam daripada penternak ialah RM9.10 sekilogram (kg), berbanding harga siling ditetapkan hingga 15 Jun ini ialah RM8.90/kg.

"Peniaga menanggung kerugian, justeru kami terpaksa mengenakan caj memotong ayam sejak minggu lalu walaupun ada pelanggan yang merungut.

"Kalau tidak, bagaimana peniaga hendak membayar gaji pekerja dan menampung lain-lain kos. Jika krisis ini berlarutan, berkemungkinan kami boleh gulung tikar," katanya sambil berharap kerajaan dapat mengatasi masalah itu dengan segera.


Peniaga meletak makluman ayam habis dijual di Pasar Awam Kepala Batas. - NSTP/Nur Izzati Mohamad












Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-5-2022 07:00 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:16 AM GMT+8 , Processed in 0.049911 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list