PUTRAJAYA - Kerajaan mengesahkan wujud kartel yang mengawal harga dan pengeluaran ayam dalam kalangan syarikat besar.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit sekiranya wujud kesepakatan kartel dalam isu harga dan bekalan ayam.
"Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) sedang menyiasat perkara ini dan siasatan dijangka selesai pada bulan Jun ini," katanya.