CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 390|Reply: 0

[Pulau Pinang] MOSTI bantu penternak kurangkan kos ternakan

[Copy link]
Post time 24-5-2022 10:12 PM | Show all posts |Read mode
MOSTI bantu penternak kurangkan kos ternakan
| | 24 Mei 2022



Dr Adham(dua dari kanan) menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman antara Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Cradle, Rafiza Ghazali (kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif Digital Penang, Tony Yeoh bagi menjayakan program di bawah naungan Program MYStartup di Pulau Pinang. - Foto Bernama



GEORGETOWN - Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) akan berjumpa para penternak di seluruh negara dalam usaha mendidik mereka menggunakan teknologi untuk membantu mengurangkan kos ternakan.


Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, pihaknya telah merancang teknologi yang perlu dan sesuai digunakan oleh penternak di Malaysia, selain berbincang dengan pihak penternak mengenai kaedah untuk mengurangkan kos penternakan.


"Kita akan melihat ada peluang peringkat di mana untuk menurunkan kos ternakan... mungkin dengan penggunaan teknologi contohnya seperti rumah hijau atau ladang ternak," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Jerayawara MYStartup di sini pada Selasa


Beliau berkata, MOSTI akan turut membantu para penternak dalam bahagian pentadbiran dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) atau internet perkara (IoT) sekiranya kaedah pertanian pintar diguna pakai.


Sementara itu, Dr Adham berkata, MOSTI menerusi Cradle Fund Sdn Bhd (Cradle) akan melancarkan program MYHackathorn edisi 2022 pada Jun ini iaitu sebuah program mencari penyelesaian permasalahan perkhidmatan dalam talian kerajaan atau swasta.


Katanya, MOSTI menyasarkan lebih banyak inovasi oleh syarikat-syarikat pemula untuk menambah baik sistem penyampaian kerajaan.


"MOSTI menyasarkan lebih daripada 300 penyertaan untuk program MYHackathorn tahun ini dan kita telah memperuntukkan RM2.5 juta yang akan diberikan kepada 10 pemenang yang terpilih," katanya. - Bernama




Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... angkan-kos-ternakan
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:45 AM GMT+8 , Processed in 0.058588 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list