CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 596|Reply: 0

Pan Gon dedah 'senjata baharu' malam esok

[Copy link]
Post time 26-5-2022 04:36 PM | Show all posts |Read mode

Ketua jurulatih Harimau Malaya Kim Pan Gon (dua, kanan) bersalaman dengan ketua jurulatih Brunei Rosanan Samak ketika sidang media perlawanan persahabatan antara pasukan Malaysia menentang Brunei di Wisma FAM hari ini.

KUALA LUMPUR: Satu 'kelainan' yang sudah pasti mengujakan penyokong bakal disajikan oleh skuad Harimau Malaya bagi aksi persahabatan Tier 1 berdepan Brunei di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam esok.

Ini selepas pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon mengumumkan dia bakal mendedahkan 'senjata rahsia' yang sudah dibangunkan oleh barisan kejurulatihan sepanjang menjalani latihan pusat sejak seminggu lalu.

"Kita memberikan banyak maklumat baharu kepada pemain dan mungkin esok kita akan cuba menggunakan senjata rahsia. Cuma mungkin ia belum lagi sempurna.

"Kalau mereka boleh tunjukkan petanda yang positif dari semasa ke semasa sudah tentu situasi ini akan membantu untuk melengkapkan pasukan kita. Kita perlu mencuba pelbagai jenis pendekatan," katanya pada sidang media praperlawanan di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini.


Selepas menentang Brunei, skuad kebangsaan akan mengharungi satu lagi aksi berdepan Hong Kong pada Rabu ini sebelum berentap dalam tiga perlawanan Kelayakan Piala Asia 2023 di laman sendiri, bulan depan.

Dalam perkembangan sama, Pan Gon turut berpuas hati selepas pemain dapat menyesuaikan diri dalam sesi latihan yang dikendalikan meskipun 'disumbat' dengan pelbagai maklumat baharu sebelum turun 'berperang' kali ini.

"Perlawanan esok adalah sebahagian daripada persediaan kita (bagi Kelayakan Piala Asia 2023). Jadi kita mahu melihat sama ada apa yang kita lakukan pada sesi latihan dapat diteruskan dalam perlawanan sebenar.

"Bukan setakat mengenai formasi ataupun corak permainan semata-mata tetapi saya mahu melihat reaksi pemain dan gunakan peluang ini untuk menilai kemampuan pemain untuk dibawa ke pusingan kelayakan nanti.

"Saya rasa pemain agak kepenatan selepas menerima banyak informasi tetapi pada pandangan saya, mereka dapat menyesuaikan diri dengan cepat dan dapat tunjukkan seperti apa yang saya mahukan.

"Ketika ini, saya sangat berpuas hati dan bangga dengan pemain. Saya teruja untuk perlawanan ini selepas menyaksikan apa yang ditunjukkan pemain pada sesi latihan," katanya.

Sementara itu, sekalipun hadir tanpa persiapan yang mantap namun itu tidak bermakna Brunei akan memberikan aksi yang 'ala kadar' apabila berdepan skuad Harimau Malaya.

Itu janji ketua jurulatihnya, Rosanan Samak apabila menegaskan barisan pemainnya akan tetap memberikan yang terbaik dan cuba untuk memberi saingan yang sengit kepada skuad bimbingan Kim Pan Gon itu.

"Pasukan yang mahu menjalani aksi persahabatan sudah tentu perlu membuat persiapan tetapi disebabkan masalah yang bersangkut paut dengan prosedur operasi standard (SOP) negara, jadi kita tidak dapat berbuat apa-apa.

"Jadi kita hanya menjalani latihan dengan cara yang terbaik sebagai persediaan menentang Malaysia," katanya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-baharu-malam-esok
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:13 PM GMT+8 , Processed in 0.076715 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list