|
Pada tahun lepas, Apple telah mengumumkan bahawa mereka akan mengeluarkan kereta mereka sendiri, ada ura-ura mengatakan itu adalah kereta swapandu dan berkemungkinan besar kereta itu tidak mempunyai tingkap.
kredit foto: VRScout
Menurut VRScout, iaitu sebuah syarikat media yang memfokuskan isu realiti maya (VR), telah menunjukan imej konsep kereta dan menjelaskan teknologi yang akan digunakan didalam kereta Apple itu.
Difahamkan, kereta itu tidak mempunyai tingkap kerana kehadiran teknologi VR didalam kereta itu dan pemandu boleh melihat melalui set kepala VR, tambahan pula, imej konsep kereta itu mempunyai rekaan seperti Apple Magic Mouse.
Tetapi, syarikat Apple tidak mungkin akan melancarkan kereta mereka pada masa terdekat kerana teknologi itu masih lagi dalam pembikinan dan perlu melalui pelbagai ujian keselamatan yang mereka perlu dilakukan. -CARI |
|