![](https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202205/27/113120pof2zi8oojnb3ttj.png)
Selepas menjadi penaja utama Anugerah Juara Lagu Ke-36 yang lalu, nama Madammu sebagai pengasas jenama kecantikan, Noir semakin dikenali dan menjadi perhatian.
Baru-baru ini, tular di media sosial video memaparkan dirinya serta serta perubahan anak perempuan tirinya, Zahara yang ketika berusia 11 tahun berkulit gelap dan kini memiliki kulit cerah selepas mengamalkan salah satu produk kesihatan keluaran syarikatnya.
Walaupun video tersebut adalah perkongsian lama di TikTok namun ia mulai tular di Facebook sejak beberapa hari lalu. Netizen meluahkan rasa bimbang apabila kanak-kanak seawal usia 11 tahun sudah mulai diberikan supplemen kecantikan, ia akan memberikana kesan buruk pada buah pinggang.
Tambahan pula, ramai yang menganggap kanak-kanak berkulit gelap ketika bergelar pelajar sekolah ada normal kerana mereka sangat aktif dan kerap terdedah dengan cahaya matahari. Hal itu tidak perlu dijadikan sebagai satu isu besar.
Netizen turut berpendapat bahawa Madammu sepatutnya mendidik anak-anak agar tidak meletakkan penanda aras kecantikan itu pada tona kulit semata-mata. Perkongsian yang dimuat naik oleh wanita itu seolah-olah memberikan tanggapan individu berkulit gelap tidak cantik.
Malahan, andai perkara seperti itu berterusan ia mungkin akan memberikan kesan jangka masa panjang pada diri anak tirinya itu menjadi seorang individu yang kurang keyakinan diri. -CARI
|