CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 540|Reply: 1

[Tempatan] Isteri geram dikecam gara-gara berhenti kerja untuk sambung pelajaran

[Copy link]
Post time 27-5-2022 10:40 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Seorang pengguna Twitter, Malissa Ali meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap segelintir individu yang masih berfikiran kolot terhadap wanita yang memilih untuk berhenti kerja demi menyambung pelajaran.

Menerusi ciapannya itu, Malissa turut memberitahu bahawa dia semakin hilang sabar dengan sikap manusia yang suka membuat andaian tanpa mengkaji selidik terlebih dahulu.

Malah, ada juga yang menuduh dia banyak menghabiskan duit suaminya dan sengaja mengambil kesempatan untuk tidak bekerja.

“Sebaik sahaja berhenti kerja selepas berkahwin untuk menyambung pengajian, saya menerima begitu banyak kritikan.

“Orang tuduh saya nak duduk rumah saja, ambil kesempatan dengan keluarga senang,” kata Malissa.

Perkongsiannya itu turut mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

“Tugas suami untuk menyara keluarga. Di mana yang ambil kesempatan,” kata ZulMzs

“Pekakkan telinga sahaja, tak berkudis pun dengan kata-kata orang,” komen pengguna lain.

“Saya pernah merasainya, pernah berhenti kerja kejap sebab mengandung. Pada masa yang sama buat perniagaan, tetapi orang tidak nampak apa yang kita buat. Ingat duduk goyang kaki sahaja,” luah Ida Safiay.

https://www.kosmo.com.my/2022/05/27/isteri-berhenti-kerja-untuk-sambung-pelajaran-dikecam/

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-5-2022 11:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat bodoh je la dik
Yg ko pi layan cakap2 orang tu dah kenapa...depa tu ada mulut, smpi kiamat pun ummah takkan berenti bercakap or kritik org lain.
You do whats best for you dah la
Pi mampos la cakap2 org ni semua
Ko rasa apa yg ko buat tu terbaik utk ko, proceed je la
Persetankan ummah2 tu sume
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-11-2024 08:20 PM GMT+8 , Processed in 0.265021 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list