CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 622|Reply: 0

Kuartet 4x100m wajar ke Komanwel

[Copy link]
Post time 28-5-2022 11:49 AM | Show all posts |Read mode

KUARTET 4x100 meter meraih pingat perak serta memecahkan rekod kebangsaan di Sukan Sea Hanoi.

Kuala Lumpur: Jurulatih pecut negara, Mohd Poad Md Kassim berharap kuartet 4x100 meter (m) Muhammad Arsyad Md Saat, Muhammad Zulfiqar Ismail, Muhammad Azeem Mohd Fahmi dan Muhammad Haiqal Hanafi diberi peluang beraksi di temasya Komanwel di Birmingham Julai ini.

Mereka berjaya mempamerkan aksi cemerlang di temasya Sukan Sea Hanoi baru-baru ini apabila mempertahankan pingat perak dengan catatan 39.09 saat (s).

Keputusan itu turut menyaksikan kuartet lelaki berjaya melebur rekod kebangsaan yang dicatat pada Sukan Sea 2017 dengan catatan 39.27s dan ia membuktikan kesemua pelari negara itu mempunyai potensi besar sekiranya diberi lebih banyak pendedahan di peringkat antarabangsa.

Tegas Poad, beliau yakin barisan pelumba negara itu mempunyai potensi cerah pada masa hadapan sekiranya bakat mereka terus digilap dan dikekalkan sebagai satu pasukan.

Untuk rekod, ia bukanlah kali pertama Poad berjaya mencipta sensasi melahirkan pelari pecut negara dan beliau sebelum ini turut mencipta sejarah membawa kuartet 4x100m layak beraksi di pentas final Komanwel buat kali pertama ketika temasya itu berlangsung di Gold Coast, Australia pada 2018.

"Saya harap, kesemua mereka ini dapat dikekalkan sebagai satu pasukan dan perlu diberi peluang untuk menyertai Sukan Komanwel. Catatan 39.09s, 0.09s melepasi syarat kelayakan jadi barisan kuartet yang baru ditubuhkan itu wajar diberi peluang menyertai kejohanan lebih kompetitif.

"Pada 2018, saya berjaya cipta sejarah bawa pasukan berganti-ganti ini mara ke final dan kali ini saya harap keempat-empat pelari ini perlu diberi peluang sama," katanya.

Tegas Poad, Arsyad, Zulfiqar, Azeem dan Haiqal baru disatukan sebagai satu pasukan dan hanya sempat berlari bersama di dua kejohanan sebelum temasya Sukan Sea Hanoi iaitu Kuala Lumpur All Comers dan Terbuka Singapura dengan kejayaan menghadiahkan emas di Singapura dengan catatan 39.66s.

"Dalam acara relay ini keserasian itu sangat penting dan mereka sudah buktikan mereka ada aura itu. Jadi saya rasa mereka ini tak perlu dipecahkan, cuma yang penting terus kekal sebagai satu pasukan dan diberi banyak peluang," katanya. Pada temasya Komanwel Gold Coast, kuartet negara yang ketuai Khairul Hafiz Jantan, Nixson Kennedy, Jonathan Nyepa dan Badrul Hisham Abd Manap berjaya mara ke pentas akhir dan menamatkan saingan di tempat ketujuh dengan catatan masa 39.37s.

Pada temasya itu, England berjaya meraih emas dengan catatan 38.13s, Afrika Selatan memungut perak sementara Jamaica, gangsa.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... m-wajar-ke-komanwel

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 03:58 AM GMT+8 , Processed in 0.033125 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list