CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 277|Reply: 0

[Tempatan] Segerakan program khas jamin bekalan makanan

[Copy link]
Post time 28-5-2022 12:45 PM | Show all posts |Read mode
Segerakan program khas jamin bekalan makanan


Bekalan ayam berkurangan. - Foto hiasan

Peningkatan harga ayam setiap kali musim perayaan, tengkujuh dan terbaru kekurangan bekalan makanan (jagung serta gandum) akibat krisis Russia-Ukraine hakikatnya sudah dijangkakan pengguna.

Setiap kali timbul isu itu, faktor diberikan adalah bekalan ayam berkurangan akibat kualiti anak ayam tidak sihat, makanan ayam tidak berkualiti dan berkurangan membantutkan keberhasilan semasa, selain alasan piket serta kekurangan pekerja dan paling utama, permintaan pengguna melebihi pembekalan.

Bagaimanapun, jika perubahan cuaca melampau menjadi punca tanaman jagung dan gandum berkurangan, ia perlu dipandang lebih serius pengusaha tempatan.

Sumber alternatif memformulasi makanan ternakan daripada sumber tanaman tempatan perlu dipertingkatkan dan digerakkan sekarang oleh semua penyelidik hortikultural tempatan.

Perubahan cuaca mendadak memburukkan rantaian pembekalan hingga dikhuatiri sumber makanan ayam berkemungkinan mengalami kerosakan akibat perubahan suhu dan kelembapan mendadak.

Dua faktor itu sangat penting dalam mengawal kesegaran dan jangka hayat makanan ternakan agar terhindar daripada kulapok serta kulat merosakkan nutrien penting tumbesaran ayam.

Kaedah pantas membantu menstabilkan harga ayam adalah dengan meningkatkan pengimportan sumber ayam mentah sejuk beku bagi menampung permintaan semasa mendadak.

Insentif pengecualian cukai tambahan korporat berusaha membantu kerajaan menstabilkan harga ayam semasa wajar dipertimbangkan. Ini dapat memberi galakan kepada syarikat tempatan sebagai antara tanggungjawab sosial korporat dalam membantu pengguna terutama peniaga tempatan bergantung kepada harga ayam stabil dalam menstabilkan harga jualan makanan dimasak.

Dengan permasalahan kerap akibat kekurangan pembekalan ini, rakyat sewajarnya memulakan peralihan sumber diet alternatif seperti sumber protein berasaskan tumbuhan dan bijiran seperti soya, barli serta gandum yang boleh jadikan dalam pelbagai bentuk produk makanan seperti kepingan daging kisar, nuget dan kisaran isi halus.

Kempen diet alternatif ini boleh dimulakan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Kementerian Kesihatan (KKM) dalam usaha menstabilkan harga semasa, sekali gus mempromosikan gaya hidup sihat.

Kewujudan kembali Pusat Fidlot Nasional lebih telus, diperbadankan dan dikelola Kementerian Kewangan seperti disarankan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) menjadi langkah tepat dalam membuka peluang kepada penternak Bumiputera terutama dalam penternakan moden, mahir dan berskala besar bagi mengimbangi kelompok penternak yang sudah lama memonopoli sektor ini.

Kewujudan kembali program flagship sudah pasti memberikan tekanan positif kepada pemborong dan penternak yang kerap kali memanipulasi harga kawalan atas sebab tidak munasabah.

Ketirisan sumber bahan mentah boleh dikawal selia di sepanjang rantaian pembekalan daripada peringkat huluan (penternakan dan perladangan) ke hiliran (pembekalan produk mentah atau produk sedia masak) melalui penggunaan konsep Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) yang menitikberatkan pengawalan pembekalan secara efisien, cekap serta tepat.

Penulis adalah Profesor Madya Jabatan Sains Makanan, Fakulti Sains & Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sumber:https://www.bharian.com.my/renca ... min-bekalan-makanan

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 02:53 AM GMT+8 , Processed in 0.039201 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list