CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 652|Reply: 0

Fadhil mahu pertahankan emas 1km ujian masa

[Copy link]
Post time 28-5-2022 04:57 PM | Show all posts |Read mode

FADHIL pemegang rekod kebangsaan 1km ujian masa. -FOTO NSTP

Nilai: Walaupun gagal untuk meraih emas dalam acara keirin semalam di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan, pelumba negara, Fadhil Zonis mahu memberi tumpuan sepenuhnya dalam acara kegemarannya, satu kilometer (km) ujian masa yang berlangsung esok di Velodrom Nasional, Nilai.

Menurut pelumba kelahiran Selangor itu, dia memang bertekad untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenanginya tahun lalu walaupun sedar bakal mendapat cabaran sengit daripada pelumba muda.

"Sasaran saya dalam acara ini adalah untuk mengekalkan jersi (kejuaraan) tahun lalu. Ia membuatkan saya lebih bersemangat apabila ada pencabar seperti Ridwan Sahrom, Amar Danial Masri dan Ahmad Safwan Ahmad Nazeri. Ia satu pertandingan sihat buat saya," katanya ketika ditemui hari ini.

Fadhil yang juga pemegang rekod kebangsaan dalam acara berkenaan iaitu 1 minit 00.305 saat, mengakui bahawa setiap lawannya itu sentiasa bersaing sesama sendiri untuk cuba melakukan yang terbaik dalam kejohanan kali ini.

"Kami sentiasa berlatih bersama-sama dan saya melihat mereka mampu menjadi pencabar yang bagus dalam acara ini. Ia membuatkan motivasi kami sesama sendiri sentiasa meningkat. Saya juga boleh tahu kemampuan mereka setakat mana.

"Saya gembira melihat mereka hadir memberi tentangan kepada kami pelumba senior.

"Ini juga adalah persiapan yang baik untuk saya menjelang Kejohanan Berbasikal Asia (ACC) dan juga Sukan Komanwel," kata Fadhil yang bakal membuat penampilan kedua di Sukan Komanwel selepas menduduki tempat ke-11 keseluruhan acara berkenaan di Gold Coast empat tahun lalu.

Ditanya sama ada dia mahu memecahkan rekod kebangsaan yang dipegangnya, pelumba berusia 25 tahun itu berkata, dia tidak memikirkan sangat mengenai perkara itu kerana sistem catatan masa elektronik dan blok permulaan tidak digunakan di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan.

"Tengok apa yang terbaik boleh saya lakukan esok, jika ada semua benda (sistem catatan masa elektronik dan blok permulaan) barulah saya boleh melihat kepada hasrat untuk memecahkan rekod kebangsaan," katanya yang meraih perak dalam acara keirin semalam selepas tumpas kepada Shah Firdaus Sahrom.

Fadhil juga mengakui masih belum pasti disenaraikan ke ACC yang berlangsung di India dari 18 hingga 22 Jun depan kerana gusar mengenai jangkitan Covid-19 tatkala selepas itu perlu mempersiapkan diri untuk Komanwel di Birmingham (28 Julai hingga 8 Ogos).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... emas-1km-ujian-masa

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:25 PM GMT+8 , Processed in 0.058811 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list