CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 685|Reply: 0

Fadhil terus pegang status 'Raja Kilo'

[Copy link]
Post time 29-5-2022 04:45 PM | Show all posts |Read mode

Fadhil menjuarai acara 1 km ujian masa individu Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Nilai hari ini.

NILAI: Pelumba negara, Fadhil Zonis membuktikan statusnya sebagai 'Raja Kilo' apabila mempertahankan pingat emas acara 1 kilometer (km) ujian masa individu di Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan di Veldrom Nasional di sini, hari ini.

Kemenangan itu sekali gus menebus kekecewaannya yang sebelum ini terpaksa berpuas hati dengan kedudukan tempat kedua bagi acara keirin dan pecut.

Fadhil membawa cabaran Selangor memastikan gelaran kekal menjadi miliknya selepas mencatat masa 1 minit 02.719 saat (s), mengatasi Ridhwan Sahrom dari Johor yang menamatkan saingan di tempat kedua dengan catatan 1:03.885s.

Gangsa dimenangi pelumba Perak, Ahmad Safwan Ahmad Nazeri yang mencatat masa 1:03.917s.


Fadhil, 25, berkata dia gembira dapat mempertahankan gelaran berkenaan selepas turut memenanginya tahun lalu.

"Saya tidak sangka dapat pertahan gelaran kerana di sebelah pagi saya berasa sedikit letih terutama selepas mengharungi dua perlumbaan sebelum ini. Bagaimanapun, sebaik melakukan sesi memanas badan saya dapat rasakan kembali mampu melakukan sesuatu.

"Sebaik bermula kayuhan memang saya tekad untuk lakukan terbaik dan catatan masa itu menunjukkan saya boleh muncul juara. Saya gembira dengan usaha saya hari ini dan pelumba muda yang lain.

"Catatan mereka (pelumba muda) juga sangat laju walaupun ada pelumba tahap negeri kemampuan sudah capai seperti pelumba kebangsaan," kata Fadhil yang memegang rekod kebangsaan dalam acara itu dengan catatan 1 minit 00.305 saat ketika melakukannya di Kejohanan Berbasikal Trek Dunia di Berlin 2020.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ng-status-raja-kilo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:19 PM GMT+8 , Processed in 0.056495 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list