CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 626|Reply: 0

Mike mahu kekal unggul

[Copy link]
Post time 31-5-2022 04:34 PM | Show all posts |Read mode

AKSI menarik Mike di Hanoi.

Kuala Lumpur: Selepas kejayaan membanggakan di temasya Sukan Sea Hanoi baru-baru ini, jaguh bina badan negara, Mohd Syarul Azman Mahen Abdullah mahu meneruskan momentum yang sama dalam Kejohanan Asia di Maldives Julai ini.

Berbekalkan rekod sebagai juara bertahan Asia, Mohd Syarul Azman atau lebih mesra disapa Mike tidak mahu menjadikan kejayaan itu sebagai sebab untuk bersenang-lenang sebaliknya, dia terus komited mempersiapkan diri serta memperbaiki segala kekurangan yang ada.

"Selepas balik daripada Sukan Sea tempoh hari saya dah mulakan latihan semula dan sekarang ini saya ada beberapa minggu sahaja lagi sebelum kejohanan bermula.

"Semestinya sasaran saya adalah emas ditambah pula, saya juga adalah juara bertahan untuk Asia. Jadi, saya harap semuanya akan berjalan lancar," katanya.

Bagaimanapun, juara dunia kategori Athletics Physique empat kali itu tetap mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi tentangan daripada peserta negara lain selain menyifatkan kemampuan lawan sukar diramal buat masa ini.

"Setakat ini kita tak tahu kemampuan dan keadaan fizikal lawan macam mana sebab tahun lalu kejohanan ini tak dapat dijalankan. Saya harap dapat kekalkan pingat emas.

"Setakat ini saya dalam keadaan baik cuma saya nak bagi 'deep cutting' lagi dan saya akan mula diet serius dalam masa terdekat ini. Saya akan pastikan keadaan mental dan fizikal berada pada tahap memuaskan supaya boleh berikan yang terbaik di sana," katanya.

Sebagai rekod, Mike adalah pemegang rekod juara dunia empat kali berturut-turut bagi kategori Athletics Physique sejak 2016 dan juga pemenang pingat emas bagi kategori sama di Sukan Sea edisi ke-31 yang berlangsung di Hanoi, Vietnam baru-baru ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... e-mahu-kekal-unggul

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 10:17 PM GMT+8 , Processed in 0.060313 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list