View: 680|Reply: 0
|
Malaysian Tigers perlu belajar 'menang kejuaraan'
[Copy link]
|
|
Aksi pemain negara ketika bertemu Korea Selatan dalam saingan final hoki Piala Asia 2022 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta, malam tadi. - Foto ihsan MHC
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad hoki lelaki kebangsaan, Arul Selvaraj percaya barisan pemainnya dapat mempelajari sesuatu di sebalik kegagalan menyelesaikan misi bagi muncul juara Piala Asia buat kali pertama di Jakarta, Indonesia malam tadi.
Malaysian Tigers terlepas peluang terbaik bagi menamatkan penantian selama 40 tahun untuk muncul juara selepas tewas 1-2 di tangan Korea Selatan dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Hoki Gelora Bung Karno.
"Korea sememangnya berhak untuk memenangi perlawanan pada malam ini. Serangan balas yang mereka lakukan berjaya menghasilkan gol kemenangan buat pasukan itu selain mereka bermain dengan baik untuk menghalang serangan kita termasuklah ketika pukulan sudut penalti.
"Apa yang mengecewakan adalah kita hanya 'one meter too far, one second too slow' dan itulah yang menentukan
"Cuma, apa yang kita boleh belajar daripada kekalahan ini adalah bagaimana untuk memenangi kejuaraan. Memenangi perlawanan adalah bagus tetapi macam mana kita mahu memenangi kejuaraan yang menjadi perlawanan terakhir dalam kejohanan.
"Apa pun, pemain sudah memberikan yang terbaik sepanjang kejohanan ini. Mereka membuat persiapan terbaik untuk menghadapi setiap perlawanan menerusi sesi video, mengambil nota-nota penting selain mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pihak lawan.
"Ini yang kami ajar kepada pemain untuk mereka menjadi ketua dan mereka perlu mengambil tanggungjawab. Saya sangat berpuas hati dari segi itu dan pujian harus diberikan kepada pemain," katanya sejurus tamat perlawanan malam tadi.
Kekalahan di tangan Korea menyaksikan skuad negara mengulangi pencapaian terbaik sebelum ini apabila turut muncul naib juara pada edisi 2017 di Dhaka, Bangladesh sejak kejohanan diperkenalkan pada 1982.
Korea pula merekodkan kejuaraan kelima pasukan itu selepas turut mengunguli saingan bermula 1994 (Hiroshima), 1999 (Kuala Lumpur), 2009 (Kuantan) dan 2013 (Ipoh).
Arul berkata dia juga berpuas hati dengan tahap kecergasan fizikal pemain yang mampu bertahan sehingga perlawanan ketujuh dalam kejohanan kali ini.
"Walaupun kita berdepan dengan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) dan sebagainya, tetapi mereka mampu kekal pada tahap prestasi terbaik dan terus berjuang sehingga perlawanan ketujuh. Tujuh perlawanan dalam masa 10 hari bukan sesuatu yang mudah.
"Selepas ini, pemain akan diberikan rehat selama sebulan dan selepas itu mereka kembali menjalani latihan bermula dengan fasa fizikal. Kita akan melakukan ujian fizikal dan daripada sana kita akan rangka program untuk pemain secara individu apa yang mereka perlukan sama ada kepantasan atau kekuatan," katanya.
Walaupun tidak berjaya muncul juara Asia, namun Malaysia sudah mengesahkan tiket ke Piala Dunia 2023 di India yang bermula 13 hingga 29 Januari depan selepas menempatkan diri dalam kelompok empat terbaik di Jakarta.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ar-menang-kejuaraan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|