CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 72092|Reply: 758

KAWAN BY RUHIL AMANI ~ SEASON II~ TAMAT

[Copy link]
Post time 20-9-2010 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by bunick at 22-10-2010 08:54

KAWAN DATANG LAGI!!!!!!

bunick letak flashback sikit bagi cte x tergantung...
selamat membaca


Syawalyang dinanti oleh semua umat Islam hanya tinggal seminggu sahaja lagi.Keempat-empat rakan serumah itu sudah bersiap sedia untuk pulang berayadi kampung halaman masing-masing. Miko dan Chengkeh berkongsi lebuhrayayang sama untuk pulang ke Pahang. Manakala Kia akan merentas LebuhrayaUtara Selatan untuk pulang ke Rembau. Bunick pula akan menempuhperjalanan yang paling panjang ke negeri Cik Siti Wan Kembang.Masing-masing sudah begitu teruja untuk beraya bersama keluargatersayang.

“Bunick, ni Alex bagi kat engkau…” Miko menghulurkan satu paper bag kepada Bunick sebelum mereka bertolak pulang.

“Yelatu….agak-agak la nak kenakan aku pun. Dah nak raya ni tau, orang sibukminta maaf zahir batin kau pulak sibuk je nak kenakan aku.” Bunick buattak tau je kat paper bagi yang dihulurkan oleh Miko.

“Ewahewah budak kecik ni, kau ingat aku suka sangat ke nak jadi posmen siAlex tu. Kalau aku tau kau tak nak, tak ingin aku nak jadi posmen takbergaji tau.” Miko letak paperbag tu kat atas bonet kereta Bunick.

“Betul ke ni Miko?” Bunick capai paper bag warna hitam berceloreng putih itu.

“Takpercaya sudah!” Miko dah marah dah. “Kau nak ke tak nak? Kalau tak nakbak sini aku nak pulang balik kat Alex lepas raya ni.”

“Isshhh…..buruksiku macam tu Miko. Aku percaya, aku percaya…” Bunick tarik keluar isikandungan paper bag tersebut. Nah, sepasang baju kurung warna hijauepal ada di tangan Bunick.

“Fuyyoooo…..baju kurung hot green apple colour la!” Miko pulak yang over excited.

“Wei, cantiknya baju. Sape punya ni?” Chengkeh merapati Bunick dan Miko bila dengar bunyi riuh rendah dari balik keretanya.

“Ada orang dapat hadiah la Chengkeh…” Miko tolong jawab kemusykilan Chengkeh.

“Hadiah?Sape yang dapat hadiah, sape yang bagi?” Chengkeh terus tanya.

“Cik  Bunickkita yang dapat hadiah dari hot green apple.” Miko jugak yang kenajawab soalan Chengkeh sebab Bunick sibuk belek baju kurung pesakgantung yang sarat dengan manik di kedua belah tangan dan leher baju.

“Macammana dia boleh tau saiz aku Miko?” Bunick acu baju yang cantik itu di badannya.

“Instinct kot…” Miko tersengih-sengih.

“Aku serius la ni wei, kau main-main pulak.” Bunick ketip lengan Miko dengan kuat.

“Wah, main kasar nampak. Dah la tak cakap terima kasih pun kat aku bawak balik hadiah tu.”

“Ala,sorryla Miko. Aku tersengaja cubit kau tadi. Thanks ye Miko, kaulah sahabataku dunia akhirat…” Bunick buat isyarat mintak ampun kepada Miko.

“Banyak la kau punya tersengaja…”

“Miko, Alex tu beraya kat mana ek?” Selamba je Bunick tanya Miko. Takde cover-cover dah.

“Kautanya la dia sendiri. Aku dah resigned jadi posmen tak bergaji korangtau.” Miko terus blah dari situ dan menuju ke arah keretanya.

“Alah Miko, jangan resigned dulu la. At least bagi notis sebulan ke….” Bunick ikut Miko dari belakang.

“Ish kau ni, nak tau apa lagi? Aku suruh call dia kau tak nak. Shy shy cat la konon….”

“Miko, entah-entah dia ikut minah epal kurang garam tu balik raya tak?” Bunick dah mula susah hati.

“Taklah,minah tu dah cuti lama dah. Alex ada lagi kat sini. Adalah tu dia rayakat mana-mana. Lagi pun mualaf macam dia tu bukan susah nak cari tempatraya, kat Kolumpo ni berlambak orang yang tak balik raya.”

“Confirm ke ni dia tak ikut minah epal kurang garam balik raya?” Bunick tanya Miko sekali lagi, nampak sangat tak puas hati.

“Betul la, kenapa? Kau nak ajak dia balik raya kat Kelantan ke Bunick?”

“Eh,bagus jugak idea Miko tu Bunick. Apa kata kau call dia ajak dia ikutkau balik kampung.” Kia yang sedang menggendong beg pakaian mencelahperbualan Miko dan Bunick.

“Nakmati? Haruslah sarjan pencen bermisai lentik kat rumah aku tu sembelihaku kalau aku bawak si Alex tu balik raya rumah aku. Hishhh…tak beraniaku!” Bunick awal-awal lagi dah surrender. Siapa tak kenal Haji Hussin,sarjan pencen dalam ATM tu. Tak dapat Bunick bayangkan reaksi ayahnyakalau dia bawak balik Alex kali ni.

“Ala,takkan ayah kau nak halau pulak si Alex tu. Takpe, biar aku call Alex.”Miko dah keluarkan handphone dari dalam poket seluar.

“Jangan Miko!” kuat Bunick menjerit.

“La,nak takut apanya. Takdenya ayah kau tu nak tembak Alex dengan senapang.Lagipun kesian Alex, entah mana-mana la dia beraya nanti…” Miko dahbuat muka sedih.

“Eh,tadi bukan kau ke yang cakap berlambak orang tak balik kampung raya ni.Taulah Alex tu nak pergi beraya kat mana.” Chengkeh yang baru join sesiperbincangan itu bersuara.

“Kauni Chengkeh, sporting la sikit. Patutnya kau bagi sokongan moral katBunick ni.” Miko jeling Chengkeh yang tersengih-sengih.

Bunyideringan handphone Bunick mematikan pertelingkahan antara Miko danChengkeh. Semua memandang ke arah Bunick yang sedang menilik skrinhandphonenya yang berkelip-kelip.

“Sape ni? Private number pulak tu?” Bunick tanya ketiga-tiga housematenya.

“Baik kau jawab Bunick…” Miko ambil handphone Bunick dan tolak slide naik atas. Dia suakan handphone itu di telinga Bunick.

Bunick dah geram dengan Miko, pandai-pandai je suruh aku jawab. Entah sape-sape pun aku tak tau.

“AssalamualaikumBunick…” Kedengaran suara garau dari hujung talian. Seakan terhentinafas Bunick bila dengar suara memberi salam itu. Lidahnya kelu untukmenjawab salam. Panjang umur betul si Alex ni.

“WaalaikummussalamAriff…..” perlahan je Bunick jawab. Miko dan Chengkeh dah berjabattangan manakala Kia hanya tersenyum sahaja.

“How are you doing Bunick?”

“I’m doing good Ariff….”

“So,do you like it?”

“You mean that baju kurung? Thanks Ariff, I like it so much. But, how do you know my size?”

“Instinct, I just try my luck. Alhamdulillah it suits you and good to know that you like it.”

“So sweet Ariff….by the way you raya kat mana Ariff?”

“No idea…maybe raya di sini sahaja,” pelat sekali kedengaran Alex bertutur dalam Bahasa Melayu.

“Ariff,if you don’t mind, you can follow me go back to my hometown tonight.”Tanpa sedar, Bunick ajak Alex beraya kat Kelantan. Lupa sekejap padasarjan pencen misai melentik kat rumah tu. Apa yang dah dia buat ni?Takkan nak tarik balik pulak pelawaan dia tadi….

“Areyou serious Bunick?” Alex dah teruja nak ikut Bunick balik kampung. Iniraya yang pertama baginya. Walaupun Ustaz Asri dari PERKIM telahmengajaknya untuk mengikut keluarga mereka beraya di Ipoh, namunpelawaan Bunick dia rasakan lebih menarik perhatiannya.

“Errr…..yup!I’m serious…” Bunick telan liur. Kesat! Matilah aku….terlajak keretaboleh reverse, terlajak pelawa nak buat macam mana?

“Okey, I’ll follow you going back to Kelantan…”Alex bersuara girang.

“Ariff, how do you know I’m Kelantanese?” Bunick memang hairan, tak pernah pulak dia bagitau Alex yang dia orang Kelantan.

“Mikotold me about this….” Alex ketawa kecil. Miko memang banyak bagimaklumat tentang Bunick. Tapi dia tak pasti samada Bunick tahu atautidak bahawa Miko merupakan informer tak bergajinya….
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2010 12:05 PM | Show all posts
Setelah menempuh perjalanan sejauh hampir 500km, Bunick dan Alex tibajuga di Kelantan dengan selamat. Berbaur rasa dalam hati Bunick. Namun,dia tetap bersahaja di depan Alex, tidak mahu lelaki keturunan Inggerisitu perasan tentang kegusaran didalam hatinya. Mudah-mudahan ayah takmarah bila tengok Alex nanti.

“Ariff, stop the car…” Bunick menjerit bila dia terjaga dari lena.

Dengan pantas Alex menekan brek dan Bunick terdorong ke hadapan bilakereta itu berhenti secara mengejut. Namun dengan pantas juga tanganAlex menahan dahi Bunick dari terhantuk ke dashboard kereta.

“Sorry Bunick, are you okay? Is it hurt?” Alex membelek dahi Bunick manakala Bunick masih tercengang-cengang dengan insiden itu.

“I’m okay Ariff. My fault….” Bunick menolak tangan Alex yang masih melekap di dahinya.

“Why you asked me to stop the car Bunick?”

“Dah terlepas dah rumah I.” Bunick terus tukar bahasa. Takuttersasul-sasul cakap bahasa penjajah tu dalam rumah nanti. Sarjanpencen tu cukup pantang kalau anak-anak dia nak cakap omputih kat rumah.

“Sudah sampai?” Alex pun dah terikut-ikut dengan Bunick cakap BahasaMelayu. Walaupun kedengaran sedikit pelik, namun dia tetap berusaha nakcakap Bahasa Melayu. Alah bisa tegal biasa, lama-lama nanti tererlah….

“Yup, you kena reverse sikit. Rumah I kat belakang tu,” Bunick pusingkepalanya 90 darjah ke belakang dan menunjukkan rumahnya kepada Alex.

Alex menganggukkan kepala dan menukar gear kepada R dan kereta itu bergerak perlahan ke belakang.

“Okey Ariff, you boleh parking kat sini.” Bunick bagitau Alex bila Alexmemberhentikan keretanya di bawah pokok rambutan. Di hadapan rumahbersusun kereta kakak dan abang Bunick yang telah sampai lebih awallagi.

“Bunick….”

Bunick tak jadi keluar dari kereta bila dengar perlahan je suara Alex panggil dia. “Why Ariff? Are you nervous?”

“A little bit….”

“Don’t scare, my mum won’t eat you.”

“Hah?!” terkejut Alex bila dengar mak Bunick tak akan makan dia. Ishhh… diorang ni kanibal ke?

“Come Ariff, before my dad come and ask you to come in, better we goinside by ourselves.” Bunick dah keluar dari kereta. Tidak dipedulikanAlex yang masih cuak.

“Is that yor dad Bunick?” Alex bisik kat Bunick bila tengok seoranglelaki yang sudah terpacak di beranda rumah. Makin gusar hati Alex bilatengok muka lelaki yang bermisai itu.

“Yeah, he’s my dad. Ariff, can I ask you something?”

“Named it dear…” romantis je Alex bersuara.

Bunick ketap bibir, time ni la si Alex ni nak ber dear-dear. Dengar dekayah, mampus aku! “Ariff, I hope you can speak Malay when you talk tomy parents. My dad not so fluent in English.” Aha! Alasan yangmunasabah. Takkan nak bagitau Alex yang ayah tak suka kat orang putihpulak kan.

“Oh…I’ll try. I dah boleh cakap Melayu sikit-sikit. But no so fluent as yours….”

“Its ok, as long as you try to talk in Malay.” Bunick dah sampai dikaki tangga dan dia memberikan salam kepada ayahnya yang masih tegakberdiri ibarat Tugu Negara. Ayah ni, taulah dulu kerja tentera, takkannak jadi Tugu Negara kat beranda ni pulak.

“Apa khabar pakcik?” Ariff menghulurkan tangan kepada Haji Hussin.

“Khabar baik, masuklah…” tak mesra langsung suara Haji Hussin di pendengaran Alex. Dia memandang sayu ke arah Bunick.

“He was an army long time ago. So, he is very strict and not so sweetlike me….” Bunick bisik kat Alex sambil sengih. Namun tetap dalamkeadaan berjaga-jaga takut tiba-tiba sarjan pencen tu berpaling ke arah mereka berdua.

“Yeah, you’re so sweet.” Sempat lagi Alex balas cakap Bunick sebelum mereka melangkah ke dalam rumah.

“Ni ke kawan yang Bunick cakap tu?” sapa Hajjah Asiah sebaik sahaja mempersilakan Alex duduk.

“Ha ah mak, ni kawan Bunick. Nama dia Ariff.” Bunick jawab soalan ibunya sambil senyum malu.

“Ariff dah lama ke tinggal kat Malaysia ni?” Hajjah Asiah dah start sesi temuduga terbuka dengan Alex.

“Almost…..errrr dah hampir tiga tahun makcik.” Ariff cakap sambil gosokkedua belah tangannya. Hampir tersasul nak cakap bahasa Inggeris pulakdengan mak Bunick ni.

“Baguslah tu, dah pandai cakap Melayu dah ni….” Puji Hajjah Asiah.Kagum bila tengok orang bangsa asing macam Alex ni boleh cakap BahasaMelayu walaupun kedengaran agak pelik. Tak macam orang Melayu yangterhegeh-hegeh nak cakap orang putih walaupun berterabur. Semua dahterbalik dah sekarang ni.

“Bunick, tunjukkan bilik Alex. Ayah nak pergi masjid. Dah nak masukwaktu Zuhur ni,” Haji Hussin tetap dengan suara seriusnya.“Siah, nantiambilkan kain pelikat dengan baju melayu abang bagi kat Alex ni.”sambung Haji Hussin lagi.

“Pakcik, saya dah bawak kain pelikat dengan baju melayu sendiri. Kalausaya nak ikut pakcik pergi masjid boleh tak?” lambat-lambat Alexmengatur kata.

“Huh, kalau nak ikut cepat sikit. Pakcik tunggu kamu kat depan.” Tanpa memandang Alex, Haji Hussin terus berlalu ke luar rumah.

Bunick terus menunjukkan bilik kepada Alex. Tidak lupa ditunjukkansekali bilik air yang terletak di bahagian dapur rumah separuh papandan separuh batu itu kepada Alex.

Bunick seolah-olah terpukau bila melihat Alex yang baru keluar daribilik tetamu. Mana tidaknya, Alex yang berbaju melayu cekak musang danberkain pelikat kelihatan begitu tampan sekali.

“Ariff, pakcik dah tunggu kat depan tu.” Tiba-tiba sahaja Hajjah Asiahmenganggu konsentrasi Bunick yang begitu leka memerhatikan Alex.

Bunick baru hendak melangkahkan kakinya ke ruang dapur bila terdengarsuara kedua orang tuanya saling bertingkah antara satu sama lain. Alexsudah lena di dalam bilik tetamu, mungkin kepenatan yang teramat sangatsetelah mengharung perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan.

“Saya tak suka Bunick bawak balik orang putih tu…” Keras sekali suara Haji Hussin.

“Alah bang haji, dia kan tetamu kita. Siapa pun dia, orang putih ke,orang hitam ke, dia tetap tetamu kita tau. Takkanlah kita nak halau diabalik pulak.” Hajjah Asiah menyanggah cakap suaminya itu.

“Saya tau lah, si Bunick ni pun satu. Pandai-pandai bawak balik budak tu ke mari. Kalau Lebai Dollah tau dia cakap apa pulak…”

Bunick terus memasang telinga, tak pasal-pasal dia dah jadi macam NoraZain dah. Tapi apa kena mengena dia bawak balik Alex dengan LebaiDollah pulak…..

“Yang awak sibuk dengan Lebai Dollah tu kenapa pulak? Bukannya Bunickbawak si Ariff tidur kat rumah dia….” Hajjah Asiah juga serupa denganBunick. Tidak dapat mengetahui apa kaitannya Ariff dengan Lebai Dollah.

“Hisshhh awak ni, buat-buat tak faham pulak. Lebai Dollah kan nakkahwinkan anak dia si Solihin dengan Bunick. Kalau dia tau Bunick balikbawak orang putih tu, nanti dia ingat kita tak sudi nak berbesan dengandia pulak.”

Bunick terkedu bila dengar ayah dia cakap pasal perkahwinan dia denganSolihin, ustaz yang baru balik dari Mesir tu. Sungguh dia tidak tauapa-apa pun tentang rancangan ayanhnya itu. Tak boleh jadi ni….

“Bunick tak nak kahwin dengan Solihin tu ayah….” Bunick terus terjah kedua orang tuanya yang begitu leka berbual.

“Amboi anak dara ni, sejak bila pulak jadi telinga lintah ni. Orang tuabercakap kamu menelinga ye…” bebel Haji Hussin pada anak bongsunya itu.

“Mana ada ayah, Bunick terdengar je tadi.” Cepat-cepat Bunick bela diri sendiri.

“Kalau kamu dah dengar baguslah, tak payah ayah nak cakap banyak kali dengan kamu.” Tegas Haji Hussin pada Bunick.

“Tapi Bunick tak suka kat Solihin tu ayah.”

“Hah eloklah tu, orang alim macam Solihin tu kamu tak suka. Orang putihyang jahil macam si Ariff tu jugak yang kamu nak.” Marah benar HajiHussin kali ni.

“Ayah, cakap perlahan sikit boleh tak? Kalau Ariff dengar mesti dia kecik hati.” Bunick dah nak menangis dah.

“Yelah abang haji, tak elok kalau Ariff tu dengar.” Hajjah Asiah sudahberpihak kepada Bunick. Kadang-kadang dia merasakan sikap tegasnyasuaminya itu tidak sesuai dengan semua situasi.

“Siah, abang ni dah berjanji dengan Lebai Dollah. Malu abang kalau kita mungkir janji dengan dia.”

“Ayah dah janji dengan Lebai Dollah nak jodohkan Bunick dengan Solihin tu? Ayah tak patut buat macam tu….”

“Bunick, apa yang tak patutnya kalau seorang ayah nak kahwinkan anakdia dengan seorang yang alim. Ayah yang akan jadi wali kamu, jadi ayahberhak nak kahwinkan kamu dengan sesiapa pun.” Haji Hussin sudahbercekak pinggang.

“Ayah janji tanpa tanya saya dulu, ayah yang salah. Bunick tak kira,Bunick takkan kahwin dengan Solihin. Apa nak jadi pun jadilah.” Bunicksudah menangis. Dia terus keluar dari dapur dan meninggalkan keduaorang tuanya yang saling berpandangan antara satu sama lain.

Namun, langkahnya terhenti bila perjalanannya di hadang oleh Alex. Pasti Alex dah dengar semuanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2010 12:07 PM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 20-9-2010 12:13

“Bunick,wait for me…” Laung Alex bila tengok Bunick dah sarung selipar kat beranda.

“Hisshhh mamat ni, nak apa lagi. Duduk diam-diam kat dalam rumah tak boleh ke. Dah la aku tengah bengang dengan ayah aku, dia ni pulak sekaki jek nak ikut aku…” Bunick dah membebel sorang-sorang.

“Come again Bunick…I can’t hear what are you saying just now.”

Alamak, mamat ni dengar ke aku cakap apa tadi. Keluh Bunick dalam hati. “Nothing Alex, I’m not saying anything.”

Alex turut menyarung selipar Jepun saiz 9 bila dia tengok Bunick dah mula nak buka langkah.“You nak pergi mana ni?”

“I nak pergi sawah padi. Are you going with me?”

“Sure, I’ll follow you wherever you’ll go Bunick….you knew that.” Alex dan bersaing dengan Bunick berjalan menuju sawah yang terhampar luas di hadapan rumah.

“Don’t fool around Ariff.”

“I’m serious Bunick. I came here to ask your dad’s permission to marry you. I’m not kidding.”

Langkah Bunick terhenti bila dengar Alex cakap macam tu. “Ariff, my dad doesn’t like you. How come you will marry me Ariff. I don’t want to marry you without blessing from my parents Ariff…”

“Not yet Bunick, but I’m believe your dad will accept me soon. I’m not going to marry your parents Bunick, but I’m going to marry you. I know your dad doesn’t like me, but you have to trust me Bunick. Keep my words okey…”

“Ariff, you don’t know my dad. He’s so stubborn and not so easy to change his mind.” Bunick sudah hampir mengalah dengan tentangan ayahnya.

“Bunick, please don’t give up okey. There’s still a hope. Besides, I love challenge…and I love you more Bunick” Alex sudah berdiri menghadap Bunick.

“Ariff, I appreciated that you came so far to ask my dad’s permission. But, I’m sorry Ariff. I don’t think my dad will agree with us.”

“Bunick, look at me now. Look into my eyes, don’t you see that I’m really love you? I’ll do anything to marry you Bunick. Anything Bunick….” Perlahan suara Alex menampan telinga Bunick.

“Idon’t know what to say Ariff. I have no idea.” Bunick sudah bertenggek di atas batas sawah padi.

“Trust me okey, don’t give up dear.” Alex cuba pegang tangan Bunick, namun cepat-cepat Bunick larikan tangannya sebelum sempat ditangkap oleh Alex. Nampak dek sarjan pencen tu, harus mereka berdua dijadikan orang-orang untuk halau burung kat tengah-tengah sawah ni.

“Bunick, Ariff! Balik cepat, dah nak masuk waktu berbuka ni…” Laung Hajjah Asiah pada pasangan merpati dua sejoli itu.

“Ye mak, kami nak balik dah ni…”

“Jom Ariff, dah nak Maghrib ni.”


Riuh rendah rumah Haji Hussin Maghrib itu bila semua anak cucunya berkumpul untuk berbuka bersama-sama. Lebih meriah lagi bila suasana itu diserikan lagi dengan seorang umat Nabi Muhammad yang baru memeluk Islam. Namun, ego di hati Haji Salim semakin berkurang bila melihat Ariff bersila lendik menikmati juadah berbuka puasa. Darjah tidak gemarkan bangsa asing menjadi menantunya semakin sedikit bila melihat tanpa kekok Ariff menyuap nasi dengan menggunakan tangan.

Apa salahnya kalau bermenantukan orang putih? Apa pun bangsanya, yang penting dia ada keinginan untuk belajar mendalami Islam. Asalkan dia bersungguh-sungguh untuk menyayanyi dan menerima anak bongsunya itu. Lagi pun si Bunick tu dah bukan main suka lagi kat Ariff, biar ajelah mereka berdua berkahwin. Haji Hussin masih bermonolog sendirian. Perasaannya sudah berbelah bagi kini, antara keinginan untuk melihat anak bongsunya itu bahagia dengan pilihan hati ataupun janji yang telah dimeterai dengan Lebai Dollah.

“Atuk, nanti nak pergi surau bagitau Aiman ye. Aiman nak ikut Atuk pergi terwaih malamni.” Suara Aiman, cucu sulongnya mengejutkan Haji Hussin yang masih leka menilik Alex.

“Ha ye lah, lepas makan nanti kita solat Maghrib dulu. Lepas tu baru kita pergi surau,” Haji Hussin berjeda seketika. “Ariff nak ikut sekali ke pergi terawih?” Tegas sekali suaranya pada anak muda dari Norway itu.

“Ye pakcik, saya nak ikut sekali pergi surau.” Penuh yakin Alex menjawab soalan bakal bapa mertuanya itu.

“Kalau nak ikut, makan cepat. Lepas ni solat Maghrib berjemaah kat depan.” Haji Hussin dah bangun angkat pinggan masuk ke dapur. Cepat-cepat Alex menyudahkan suapan terakhirnya. Peluang makin cerah ni….

“Ariff, pakcik bukan tak suka kamu dengan Bunick. Tapi pakcik tak yakin kamu boleh bahagiakan dia. Pakcik takut kamu tak mampu nak jadi ketua keluarga yang baik mengikut landasan Islam. Dan pakcik jugak bimbang Bunick tak berupaya nak bombing kamu untuk menjadi umat Islam yang baik.” Buat pertama kalinya, lembut sahaja nada suara Haji Hussin bila berinteraksi dengan Alex. Tadi dia telah meminta pendapat dari Imam Zahar dan Lebai Dollah tentang perkara ini. Dan kedua mereka itu langsung tidak membantah sekiranya Alex memang berniat untuk memperisterikan Bunick. Malah mereka mengalu-alukan kehadiran Alex disini.

“Pakcik, saya janji akan jaga Bunick dengan baik. Kalau Bunick tak boleh ajar saya tentang Islam dengan baik, saya nak belajar dengan pakcik. Bolehkan pakcik?” Lambat-lambat Alex bersuara. Ingat senang ke nak bercakap Bahasa Melayu standard ni? Berpeluh jugak Alex menyusun kata walaupun kalau budak tadika dengar dia cakap tadi mesti kena gelak punya.

“Alhamdulillah kalau macam tu. Insyaallah, pakcik boleh ajar kamu tentang Islam dengan lebih mendalam lagi. Lebai Dollah dan Imam Zahar tu pun boleh bagi tunjuk ajar kat kamu. Yang penting, kamu jangan hangat-hangat tahi ayam je…”

“Apa pakcik? Hangat-hangat tahi ayam? Kenapa dengan ayam pulak pakcik?”

Kali ni Haji Hussin dah gelak besar bila dengar Alex ulang balik peribahasa yang dia sebut tadi.“Hangat-hangat tahi ayam tu buat kerja separuh jalan je Ariff….tak ada kena mengena dengan ayam pun…”

“Oh, saya ingatkan kena makan tahi ayam tadi….”

“Ish kamu ni, ada pulak macam tu. Islam ni melarang makan benda-benda yang kotor dan memudaratkan kesihatan. Ni pakcik nak tanya ni, kamu hisap rokok ke Ariff? Arak kamu minum lagi ke?”

“Saya tidak hisap rokok pakcik. Arak pun saya sudah tidak minum lagi. Ustaz di PERKIM bagitau orang Islam tidak boleh mabuk….”

“Baguslah tu, pakcik nak kamu jadi muslim yang baik Ariff. Pakcik tak nak kamu masuk Islam sebab nak kahwin dengan anak pakcik je. Pakcik tak boleh terima kalau kamu masuk Islam atas dasar itu.”

“Tidak pakcik, saya masuk Islam sebab saya rasa saya sudah jumpa apa yang saya cari dalam hidup saya. Walaupun saya pernah jadi penganut agama Kristian, namun saya tidak pernah pergi ke gereja. Saya merayakan hari Krismas je.”

“Ariff, pakcik terharu sebab masih ada lagi orang yang menghargai agama yang syumul ini. Pakcik sedih sangat bila tengok anak Melayu sendiri semakin jauh dari pegangan Islam. Sebab itu pakcik susah nak terima kamu. Pakcik takut kamu juga tidak mampu untuk meninggalkan amalan yang diharamkan oleh Islam.”

“Pakcik jangan bimbang, saya janji akan jadi orang Islam yang baik pakcik.” Ikrar Alex di hadapan Haji Hussin. Niatnya untuk memperisterikan Bunick nampaknya semakin dipermudahkan oleh Nya. Terima kasih ALLAH kerana melembutkan hati ayah Bunick menerima aku. Bisik Alex di dalamhati. Terukir senyuman gembira di bibirnya. Walaupun Haji Hussin masih belum memberi kata putus lagi, namun dia yakin bahawa tidak sukar untuk melembutkan hati lelaki yang sedang berdiri di hadapannya ini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2010 12:40 PM | Show all posts
Post Last Edit by bunick at 20-9-2010 12:45

“Rindunya aku kat korang semua….” jerit Miko pada Bunick, Kia dan Chengkeh sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam rumah teres dua tingkat itu. Miko merupakan orang terakhir yang sampai ke rumah itu.

“Rindu tak rindu, mana rendang ayam made in Temerloh untuk aku?” Chengkeh awal-awal lagi dah buat permintaan khas hari raya dari Miko.

Miko yang sedang memunggah beg dan beberapa plastik beg kiriman dari kampung pandang Chengkeh yang sedang tersengih menayangkan barisan giginya yang teratur itu. “ Tak habis-habis dengan rendang ayam kau ni Chengkeh. Kot ye pun sabarlah dulu. Aku baru nak salam laga pipi dengan korang ni.”

“La, tak habis lagi ke kau angkat barang? Mak kau nak suruh berniaga ke kau bawak barang banyak-banyak ni?” Bunick intai ke luar rumah, mana tau Miko balik KL dengan lori pikap ke.

“Banyak la kau punya berniaga, mak aku yang kirim semua ni. Kalau boleh dengan pokok pisang sekali dia nak kirim tau tak. Dia ingat aku ni kerja buat landskap ke apa nak kirim dengan pokok segala.” Bebel Miko tak puas hati.

“Okeylah tu beb, tu maknanya mak kau takut kau tu mati kering tak makan kat sini.” Kia pun tak ketinggalan nak menyampuk.

“Ni rendang ayam untuk Chengkeh, ni pulak lemang special untuk Bunick, gulai tempoyak ikan patin ni untuk kau Kia.” Miko atur Tupperware atas meja ikut susunan.

“Wah, terharunya kami semua Miko. Ni yang kami makin sayang kat mak kau ni…” Bunick buat gaya nak peluk Miko.

“Hampeh kau Bunick, aku ingat sayang kat aku, rupanya sayang kat mak aku…” Miko tarik balik Tupperware itu ke arahnya.

“Eh, engkau tu dah confirm la kami sayang terlebih-lebih, sampai melimpah ruah dah Miko.” Chengkeh pulak mengampu Miko yang dah nak merajuk.

“Bunick, apa cerita Alex raya kat kampung kau?” Miko dah start buat soalsiasat. Hilang terus adegan merajuk dan tarik menarik Tupperware.

“Huh, nasib sarjan pencen tu tak tembak kami tau…”

“Ayah kau tak boleh terima Alex ke Bunick?” Kia pulak yang terlebih berminat nak dengar cerita cinta terhalang tu.

Bunick terus buka panggung dan menceritakan semua yang terjadi di sepanjang tempoh memujuk hati Haji Hussin itu. Bersungguh-sungguh Miko, Kia dan Chengkeh mendengar Bunick berperi. Sesekali kedengaran soalan-soalan dari pendengar setia itu, namun sedikit pun tidak mematahkan semangat Bunick untuk melaporkan kejadian itu kepada rakan serumahnya.

“Jadi,ayah kau dah setuju la ni?” Chengkeh tanya Bunick lepas Bunick menoktahkan ceritanya.

“Alhamdulillah, ayah aku dah boleh terima kami. Dia kata kalau boleh nak langsung cepat-cepat sebab takut aku dengan Alex selalu dating kat sini.”

“Baguslah tu Bunick, lagipun aku tengok Alex kat pejabat sekarang ni bukan main lagi angau….”

“Pandai la kau Miko ye…”

“Eh, korang punya cerita macam mana? Bila si kembar tua tu nak masuk meminang korang?” Bunick alih pandangan pada Miko dan Chengkeh.

“Hadiff cakap lepas raya mak dia nak datang rumah aku. Tapi dia tak cakap pulak raya tahun bila…” Chengkeh buat lawak daerah.

“Hijjaz pulak cakap dia masuk meminang lepas Hadiff pergi rumah Chengkeh. Kalau diorang pergi rumah Chengkeh raya tahun depan, maknanya aku pulak mungkin raya tahun depan lagi satu la kot…” Miko tambah perasa dalam lawak daerah bakal birasnya.

“Amboi korang ni, mentang-mentanglah nak jadi beras bernas, bukan main lagi saling menyokong antara satu sama lain.” Kia cucuk pinggang Chengkeh dengan remote Astro.

“Opocot Hadiff masuk meminang lepas raya!” Chengkeh hampir saja melatah sambil bersilat bila Kia cucuk pinggang dia.

Terbahak-bahak Bunick dan Miko gelak bila tengok Chengkeh melatah.

“Kia, kau main kasar ye! Kau pulak apa cerita dengan Jihad tu? Hari tu kan dah jumpa dengan mak Jihad…” Chengkeh tanya Kia pulak. Hari ni memang sesi soal balas mereka berempat kot.

“Aku peliklah dengan Jihad tu, dia macam nak main tarik tali je dengan aku. Lepas tu, aku rasa macam dia sorokkan something je…” keluh Kia perlahan. Memang pun sikap Jihad banyak menimbulkan keraguan di hatinya. Dia akui bahawa Jihad memang seorang lelaki yang baik, bahkan terlalu baik untuk dia. Namun, hatinya sering berkata bahawa Jihad mempunyai rahsia besar yang disembunyikan dari pengetahuannya.

“Kau tak tanya dia ke?” Bunick tarik bantal kecil dari atas sofa dan peluk kemas bantal itu.

“Aku tak tau nak tanya macam mana…Lagi pun dia sendiri tak cerita apa-apa kat aku.”

“Apa yang peliknya dengan Jihad tu Kia?”

“Dia pernah cakap dia suka kat aku, tapi dia selalu bagitau yang dia rasa dia tak layak nak mengimpikan untuk hidup berkeluarga macam orang lain. Dia selalu cakap dia kotor, hidupnya diselubungi bayang-bayang hitam. Tapi dia tak pernah nak bagitau hal sebenar…”

“Entah-entah Hijjaz tu gay kot…” celah Chengkeh pulak.

“Isshhhh….tak baik kau cakap macam tu Chengkeh. Aku rasa dia mati pucuk kot…” Bunick pulak buat tuduhan melulu.

“Apalah korang ni, tak patut betul cakap macam tu. Kesian kat Kia tau…” Miko tepuk kuat peha Chengkeh dan Bunick.

“Aku tak tau apa masalah dia yang sebenarnya, sebab aku sendiri takut aku tak boleh terima kenyataan sebenar kalau dia bagitau aku. Sebab tu aku tak pernah tanya dia.” Kia berjeda seketika. “Aku takut kalau dia bagitau aku dia penagih dadah ke, dia pernah rosakkan anak dara orang ke…..dan aku paling takut kalau dia cakap dia ada HIV.” Kia menebarkan pandangan kosong ke luar rumah.

“Kia, kau kena berfikiran positif tau. Kita tak boleh nak buat tanggapan tanpa usul periksa. Kau sayang Jihad ke tak? Kalau kau betul-betul sayangkan dia, siapa pun dia sebelum ni takkan jadi masalah. Kehidupan dia yang lepas tak ada kena mengena dengan kau, apa yang penting masa depan kau dengan dia.” Bunick bagi semangat kat Kia.

“Cakap memanglah senang Bunick. Aku memang sayangkan dia, tapi sayang pun tak gunak alau dia ada HIV ke, dia tu penagih tegar ke…”

“Jangan mudah patah semangat Kia, aku rasa baik kau tanya dia direct. Lagi kau memendam rasa, lagi sakit hati kau tau. Pahit macam mana pun kebenaran tu, kau kena terima dengan hati yang terbuka. Lepas tu terpulang pada kau untuk buat keputusan.” Nasihat Chengkeh ni kadang-kadang bernas jugak walaupun dia selalu sengal-sengal ubi.

“Aku sokong pendapat Chengkeh tu Kia. Dah, toksah sedih-sedih. Kita makan dulu, lepas ni kita sambung balik rundingan ni.” Miko yang memang kelaparan cepat je bangun sambil angkut Tupperware ke meja makan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 12:43 PM | Show all posts
assalammualaikummmmmmmmmmmmmmmmm.........

yeay!!! rumah baru kita muncul...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2010 12:46 PM | Show all posts
assalammualaikummmmmmmmmmmmmmmmm.........

yeay!!! rumah baru kita muncul...
mikoodette Post at 20-9-2010 12:43



wslm miko
ha ah, umah baru dh ada dh...tp n3 nya sangkut2 sikit sbb tukang umah x bape sihat lg nih
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2010 12:56 PM | Show all posts
ko pun dah nak kwen ye nyah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2010 01:00 PM | Show all posts
ko pun dah nak kwen ye nyah..
mikoodette Post at 20-9-2010 12:56



haruslah, takkan aku nk tengok jek korang kawen
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2010 01:09 PM | Show all posts
Salam dan selamat hari raya anak2 dara disini...
dah buka rmh baru......bila nak buat open house ni....
atau tunggu time dpt kad jemputan kawin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2010 01:12 PM | Show all posts
Salam dan selamat hari raya anak2 dara disini...
dah buka rmh baru......bila nak buat open house ni ...
qimi08 Post at 20-9-2010 13:09



wslm kak, slm aidilfitri
kami tunggu open house rumah akak dlu
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 01:14 PM | Show all posts
wslm kak, slm aidilfitri
kami tunggu open house rumah akak dlu
bunick Post at 20-9-2010 13:12


Opss rmh akak dah lepas 1st raya dan 9 raya...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 02:01 PM | Show all posts
wslm miko
ha ah, umah baru dh ada dh...tp n3 nya sangkut2 sikit sbb tukang umah x bape sihat  ...
bunick Post at 20-9-2010 12:46


aku pun rs mcm x sehat laaa... tetiba rasa mcm nak kena selesama... lama sgt kena angin kg agaknye... {:3_84:}
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 02:01 PM | Show all posts
haruslah, takkan aku nk tengok jek korang kawen
bunick Post at 20-9-2010 13:00


hyuhuhuhuu.. harus laa buat kenduri kawen besar-besaran laa nnt...
weih, aku nmpk si epal hijo tu terlebih ensem ari nie...
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 02:01 PM | Show all posts
agak2nya..4 mempelai naik pelamin sekali gus ye bunick??
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 02:15 PM | Show all posts
Balik2 dah bukak umah baru ya bunik
& xlama lg ada kenduri plak.  mesti meriah umah ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2010 02:16 PM | Show all posts
aku pun rs mcm x sehat laaa... tetiba rasa mcm nak kena selesama... lama sgt kena angin kg agakn ...
mikoodette Post at 20-9-2010 14:01



aku memang tak sehat sejak dr kampung lagi...aku dh hembus angin tak sehat tu ke arah pelabuhan....tu yg jangkit kat ko tuh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2010 02:17 PM | Show all posts
hyuhuhuhuu.. harus laa buat kenduri kawen besar-besaran laa nnt...
weih, aku nmpk si epal hijo  ...
mikoodette Post at 20-9-2010 14:01



abis tu, x reti2 nk jalankan tugas ke cik mamarazzi????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2010 02:18 PM | Show all posts
agak2nya..4 mempelai naik pelamin sekali gus ye bunick??
bb_75 Post at 20-9-2010 14:01



x bleh kawen serentak bb, nt xde sape nk jd pengapit, tukang komen, tukang usik pengantin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-9-2010 02:19 PM | Show all posts
Balik2 dah bukak umah baru ya bunik
& xlama lg ada kenduri plak.  mesti meriah umah ni.
uda08_za Post at 20-9-2010 14:15



ha ah uda, lepas ni dh boleh g tempah baju nk g kenduri lah ye
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2010 02:27 PM | Show all posts
Reply 18# bunick

xpe nanti ramai yg sanggup jadi pengampit,tukang usik dan wedding plannernya...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:07 AM GMT+8 , Processed in 0.801896 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list