CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 664|Reply: 0

Harimau Muda elak 'bungkus awal'

[Copy link]
Post time 5-6-2022 05:33 PM | Show all posts |Read mode

Aksi kapten Harimau Muda, Mukhairi Ajmal ketika menentang Korea Selatan pada saingan Piala Asia B-23.

KUALA LUMPUR: Pertembungan menentang Thailand di Stadium Bunyodkor, malam ini boleh dianggap sebagai aksi hidup mati buat skuad 'Harimau Muda' dalam kempen Piala Asia bawah 23 (B-23) tahun di Uzbekistan.

Mengikut perhitungan secara kasar, hanya kemenangan ke atas pasukan jiran itu akan membuka peluang lebih cerah buat anak buah Brad Maloney mara ke pusingan kalah mati.

Jika tewas, skuad negara boleh 'bungkus awal' seandainya Korea Selatan berjaya mengalahkan Vietnam dalam satu lagi aksi Kumpulan C yang akan berlangsung lebih awal di Stadium Lokomotiv, malam ini.

Malah, skuad Taegeuk Warriors yang juga juara bertahan pasti mahu mendapatkan kemenangan untuk mengesahkan tempat ke suku akhir lebih awal, sekali gus bakal menyaksikan hanya satu lagi slot dari kumpulan itu menjadi rebutan.


Sekiranya seri sekali pun berdepan Thailand, laluan buat skuad muda negara tetap sukar kerana mereka wajib menewaskan Vietnam pada aksi terakhir kumpulan selain terpaksa melihat juga keputusan aksi Korea Selatan dan Thailand yang berlangsung serentak di dua venue di Tashkent, Rabu ini.

Justeru, cerita paling mudah adalah anak buah Maloney wajib menang ke atas Thailand dan Vietnam seandainya mahu membuka peluang lebih luas ke suku akhir.

Perkara itu sebenarnya tidak mustahil dapat dilaksanakan dan mereka pernah menewaskan Thailand di peringkat kumpulan Sukan SEA di Vietnam, awal bulan lalu.

Namun, mungkin cabaran lebih besar perlu ditempuhi selepas Thailand dilihat tampil dengan skuad lebih mantap pada saingan kali ini.

Ia terbukti berdasarkan statistik ketika aksi terikat 2-2 pada aksi pertama berdepan Vietnam, Khamis lalu, yang mana skuad Gajah Perang itu menguasai 63.4 peratus permainan.

Maloney juga sedar bahawa Thailand sebagai satu lagi lawan yang sukar dan pasukannya akan berdepan cabaran besar untuk berdepan skuad itu.

"Kami menjangkakan satu lagi perlawanan yang sangat sukar, tiada perlawanan yang mudah di sini. Kami bertemu Thailand dua kali dalam tempoh beberapa bulan termasuk di Sukan SEA bulan lalu dan ketika aksi kelayakan (Piala Asia B-23)," katanya.

Berdasarkan rekod pertemuan kedua-dua pasukan dalam enam pertembungan terakhir, ia tampak sedikit memihak kepada Thailand yang mencatatkan tiga kemenangan, satu seri dan dua kekalahan berdepan Malaysia.

Namun, magis aksi terakhir skuad B-23 negara berdepan Thailand iaitu di Sukan SEA, bulan lalu yang menyaksikan mereka menang 2-1 diharap dapat diulangi pada aksi getir malam ini
https://www.bharian.com.my/sukan ... a-elak-bungkus-awal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.058214 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list