CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1615|Reply: 13

"Mana Suaminya?" - Netizen Panas Hati Suami Tak Tolong Isteri Jaga Anak Sampai Terduduk Tidur

[Copy link]
Post time 8-6-2022 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Tiktok Tria Amandha


Seperti yang kita semua tahu, pengorbanan seorang ibu  tidak dapat disangkal lagi. Seorang insan bergelar ibu sanggup berbuat apa saja demi kebahagiaan anak-anak mereka walaupun dirinya lelah dan letih.


Baru-baru ini, tular video yang dikongsikan oleh seorang pengguna Tiktok yang dikenali sebagai Tria Amandha. Wanita itu telah memuat naik video yang diambil dari Instastory milik suaminya.





Menerusi video itu, kelihatan wanita itu berjaga sehingga jam 3 pagi untuk mendodoikan anak bongsunya yang tidak sihat akibat demam panas.


Menurut suaminya, anak bongsu mereka enggan didukung oleh sesiapa pun kecuali ibunya. Oleh kerana terlalu keletihan, wanita itu bersandar pada dinding tertidur dalam keadaan terduduk.


Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji pengorbanan seorang ibu yang sanggup melakukan apa sahaja untuk anak mereka. Di samping itu, netizen juga turut mempersoalkan di mana seorang suami dalam urusan penjagaan anak. - CARI




Sumber: Tiktok Tria Amandha







Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-6-2022 10:24 PM | Show all posts
Dulu my daughter newborn.

Mak jaga siang, malam bapak jaga..

So kami tak pernah tak tidur, mata tak pernah lebam ke apa....
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 01:14 AM | Show all posts
orang tau hentam ja.

kalau anak diorang behave, bersyukur la
ada sesetengah budak, time demam ni la perangai dia lain macam

nak abah je dia dukung. tak boleh letak. nanti terbangun. badan sejuk panas sejuk panas
tiba masa lain, nak mama dia aje. abah dia nak amik, jerit. nak mama jugak
kang tiba2, nak pakngah dia dukung pulak
alih2 time tido, nangis nak tido celah ketiak nenek

yang paham, paham je la.
yang tak paham, belum ada anak, nanti tiba giliran korang, paham ler camane.

yang masalahnya takde anak tapi hentam berjemaah ni
cepat benor melatahnya
zaman jari lagi laju menaip dari otak berfikir
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Takleh salahkan suami dia. Anak kalo taknak org lain mmg takleh buat apa. Mcm anak aku nak tido dia nak ayah dia je yg dukung. Dgn aku dia tak nak. Kalo amik jugak mengamuk.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 04:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Adrif replied at 9-6-2022 01:14 AM
orang tau hentam ja.

kalau anak diorang behave, bersyukur la

Ye betul tu.. netizen ni selalu bygkan budak2 dalam dunia ni semua seperti dlm cerita. Mudah dijaga n memahami… kalau demam, letak kain basah atas kepala terus diam.. hakikatnya tidak mcm tu.. mebi ada tp jarang2.. hakikatnya mereka akan menangis or merengek smpi kita x tau nk buat ape.. kadang2 dukung smbil duduk pon dorg mengamuk. Nk kena dukung smbil kita berdiri. Kita buat ni salah. Buat tu xkena.. tp biasalaa.. budak2..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 11:50 AM | Show all posts
betul... hanya yg alami je tahu macam mana... sekarang bila anak2 dah besar n tengok anak2 org lain buat perangai ... terfikir sendiri .... Camne sebenarnya I survived all those ? ...huhu ... cuma utk mak bapak yg tengah struggle ada anak kecik yg macam2 perangai ... ingatlah ...segalanya akan berlalu .... sabar adalah tunggak segalanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2022 12:21 PM | Show all posts
nama pun budak tengah demam..
biasa la kalau cranky..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 12:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Betui sangat… org yg xjaga xlalui xyah sibuk hentam.. phase anak sakit anak membesar ni 1001 macam cerita ada
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2022 02:13 PM | Show all posts
Sebab tu lebih baik tak share agar tak jadi isu
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 02:16 PM | Show all posts
Ayahnya pegang handphone amik video tu... tak amik video, nanti mcm mana nak upload content dlm tiktok
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 02:32 PM | Show all posts
demi content.. nyampah aku laki dok record itu ini. pdhal realiti bini buat semua. laki pegang hp je
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2022 03:00 PM | Show all posts
sebab tu ada orang nak childfree. diorg taknak jadi pendera budak-budak.  ada sesetgh org ni mmg rimas kalau anak merengek rasa macam nak bagi makan penampar je
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2022 05:53 AM From the mobile phone | Show all posts
annehuda replied at 9-6-2022 03:00 PM
sebab tu ada orang nak childfree. diorg taknak jadi pendera budak-budak.  ada sesetgh org ni mmg rim ...

Haha. iols one of them. Anak-anak sedara sendiri ok lagi. Dapat dekat mall budak macam-macam pe'el, dengan suara terpekik terlolong lg.. memang rasa nak di shut the fak up kid kan saje. Hence, iols pun jarang dan tak suka pegi mall time weekend sebab nak menjaga emosi sendiri. Sakit hati je mak bapak tak reti control anak tapi nak beranak ramai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-6-2022 02:27 PM | Show all posts
mizruncing: demi content.. nyampah aku laki dok record itu ini. pdhal realiti bini buat semua. laki pegang hp je
bini paksa laki dok tepi record kot.. lama2 jadi lembam la lakinya.. bukan taktau perangai bini-bini sekarang.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-12-2024 08:11 AM GMT+8 , Processed in 1.490627 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list