CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 426|Reply: 0

[Perlis] Tinggal bayi, polis buru remaja perempuan

[Copy link]
Post time 9-6-2022 05:27 PM | Show all posts |Read mode
Arau: Seorang remaja perempuan susulan penemuan bayi di sebuah gerai makan berhampiran pintu masuk Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Perlis, Taman Seri Wang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Arau Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, bayi perempuan yang masih bertali pusat itu ditemui orang awam yang melalui jalan berhampiran gerai makan belum beroperasi itu.

"Kami terima satu panggilan telefon daripada orang awam pada 9.10 pagi yang memaklumkan penemuan bayi yang dibungkus dengan plastik hitam di hadapan gerai di Taman Seri Wang.

"Siasatan awal kita mendapati pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Perlis (JKM) ada menerima panggilan telefon pada 8.20 pagi daripada seorang perempuan yang memaklumkan bahawa dia sudah meninggalkan seorang bayi berdekatan dengan UiTM Arau.

"Pihak JKM yang tiba di tempat kejadian pada 8.40 pagi kemudiannya menemui bayi perempuan masih bertali pusat di dalam plastik berwarna hitam diletakkan di kawasan gerai itu seperti yang didakwa pemanggil perempuan sebelum itu,' katanya dalam satu kenyataan kepada media.

Menurutnya, polis kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada petugas kesihatan yang tiba pada 9.50 pagi.

"Petugas kesihatan membawa bayi itu ke Jabatan Kecemasan Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk rawatan susulan dan dimaklumkan bahawa bayi itu berada dalam keadaan sihat dan stabil.

"Buat masa ini kita sedang mengesan seorang remaja perempuan berusia 19 tahun yang dipercayai membuang bayi itu," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ru-remaja-perempuan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 12:18 AM GMT+8 , Processed in 0.176106 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list