View: 747|Reply: 0
|
SIC mohon pengecualian cukai hiburan
[Copy link]
|
|
AZHAN Shafriman Hanif. FOTO Owee Ah Chun
Kuala Lumpur: Pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) masih lagi belum mendapat kata putus berhubung cukai hiburan yang dikenakan dalam tiket Grand Prix (GP) Malaysia 2022.
Ini kerana, SIC masih lagi mengadakan perbincangan bersama kerajaan Selangor bagi mendapatkan kata sepakat berhubung perkara berkenaan.
Perkara berhubung cukai hiburan sebanyak 25 peratus ini bukanlah sesuatu yang baharu dan untuk edisi kali ini, SIC sekali lagi memohon pengecualian ataupun pengurangan bagi memastikan harga jualan tiket lebih berpatutan buat peminat sukan dua roda.
Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata, pihaknya mengharapkan kerajaan Selangor dapat mempertimbangkan untuk kecualikan atau mengurangkan cukai hiburan itu.
"Ia masih dalam perbincangan. Saya berharap Kerajaan Selangor dapat mempertimbangkan dan perbincangan mengenainya masih sedang berlangsung.
"Kami berharap dapat menerima sokongan daripada Kerajaan Selangor samada dikecualikan terus ataupun dikurangkan, tidak sebanyak 25 peratus," katanya.
Mengikut rekod, SIC menerima banyak aduan mengenai kenaikan harga tiket disebabkan penetapan cukai hiburan dikenakan terhadap jualan tiket perlumbaan berprestij dua roda dunia itu.
Berdasarkan laman sesawang www.sepangcircuit.com, harga promosi tiket untuk pemegang kad pengenalan Malaysia dari 1 Jun hingga 23 Oktober bagi Main Grandstand termasuk cukai hiburan 25 peratus adalah RM309 berbanding harga jualan asal, RM343.
Untuk K1 Grandstand pula, tiket dijual dengan harga RM182 (promosi) manakala harga jualan asal, RM202 dan RM130 untuk F Grandstand (promosi) dan RM144 bagi harga asal. Harga tiket paling murah adalah RM83 (promosi) berbanding harga asal RM92 untuk K2 Hillstand dan C2 Hillstand.
GP Malaysia dijadual berlangsung dari 21 hingga 23 Oktober ini dan menjadi lokasi kedua terakhir sebelum musim Kejuaraan Motosikal Dunia 2022 melabuhkan tirainya di GP Valencia dari 4 hingga 6 November.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... alian-cukai-hiburan |
|
|
|
|
|
|
| |
|