View: 740|Reply: 0
|
Miller tak lupa jasa Ducati
[Copy link]
|
|
JACK Miller akan bersama KTM bermula tahun depan. FOTO AFP
London: Jack Miller menganggap tempoh lima tahun bersama Ducati sebagai 'sangat penting' dalam kariernya selepas mengesahkan akan menyertai KTM untuk kontrak selama dua tahun sebaik berakhir musim ini.
Miller adalah pelumba paling lama beraksi bersama Ducati apabila mula menyertai pasukan Pramac pada 2018 .
Selepas tiga tahun bersama pasukan satelit, Miller kemudiannya dinaikkan pangkat ke pasukan pengeluar pada 2021.
Sejak menggantikan Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci, bersama rakan sepasukan, Francesco Bagnaia, Miller sudah meraih dua kemenangan yang pada pandangannya 'tidak akan dilupakan'.
Bercakap mengenai tempoh di Ducati, Miller berkata: "Ia adalah lima tahun yang sangat penting bagi saya bersama Ducati. Saya meraih beberapa podium, termasuk dua kemenangan yang tidak akan saya lupakan.
"Saya menduduki tempat keempat keseluruhan dalam kedudukan pelumba dan itu adalah keputusan terbaik saya dalam MotoGP.
"Bersama-sama dengan Pramac Racing dan Ducati Lenovo, karier saya semakin berkembang tahun demi tahun.
"Tahun depan saya akan menyahut cabaran baharu, tetapi buat masa ini, saya hanya mahu memikirkan untuk menamatkan musim ini bersama pasukan saya dengan keputusan paling terbaik," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ak-lupa-jasa-ducati |
|
|
|
|
|
|
| |
|