CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 663|Reply: 0

Benteng Penang FC tak goyah

[Copy link]
Post time 13-6-2022 12:14 PM | Show all posts |Read mode

Pemain Penang FC (depan) diasak pemain Perak FC pada aksi persahabatan di Stadium Bandaraya malam tadi. - FB Penang FC

GEORGETOWN: Penang FC tidak goyah meskipun tiga pemain pertahanannya dipinjamkan kepada pasukan lain menjelang aksi Liga Super bertemu Petaling Jaya City, 18 Jun ini.

Mereka ialah pertahanan sayap kiri Syamin Baharuddin dan sayap kanan, Aidil Azuan yang masing-masing dipinjam pasukan Liga M3, Manjung City FC dan Armed Forces FC sehingga hujung musim 2022.

Kelmarin, Kapten pasukan, Azmi Muslim turut diumumkan menerima lamaran PDRM FC secara pinjaman untuk menyarung jersi kelab itu dalam saingan Liga Perdana.

Ketua jurulatih Penang FC, Zainal Abidin Hassan menyifatkan perkara seumpama itu adalah situasi biasa terhadap mana-mana pasukan dengan pihaknya terus optimis dan fokus melakukan persediaan bagi memperbaiki kedudukan pasukan dalam baki perlawanan musim ini.


"Kita ingin dan telah mencari (pemain) untuk mengisi kekosongan itu dan ketika ini tiga siri perlawanan (persahabatan) telah dilalui.

"Alhamdulillah perlawanan berkenaan banyak membantu saya dalam proses membentuk pasukan dan menentukan siapakah yang berhak mendapat tempat dan siapa yang akan berada di bangku simpanan.

"Dalam hal ini, ia membolehkan saya meneliti dan mengenal pasti pemain serta memberi peluang kepada semua untuk bermain dalam perlawanan tersebut," katanya ketika ditemui selepas perlawanan persahabatan menentang Perak FC di Stadium Bandaraya malam tadi.

Perlawanan itu menyaksikan skuad Harimau Kumbang dan Perak FC seri 1-1 dengan Muhd Faiz Mazlan terlebih dahulu meletakkan tuan rumah di depan pada minit ke-24 sebelum Bos Gaurus menyamakan kedudukan menerusi dMohd Ferris Danial pada masa kecederaan.

Dalam pada itu, Zainal Abidin memberi bayangan senarai kesebelasan utama pemain akan dimuktamadkan tidak lama lagi dengan semua pemain import akan dikekalkan.

"Perbincangan menyeluruh akan diadakan dengan persiapan membentuk pasukan sudah mencapai 80 ke 90 peratus," katanya yang menggalas tugas pengendali baharu Penang FC awal bulan ini.
https://www.bharian.com.my/sukan ... penang-fc-tak-goyah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:42 PM GMT+8 , Processed in 0.060488 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list