View: 841|Reply: 1
|
"Tak Salah Kita Kongsi Rezeki," - Pemuda Harap Orang Buang Stereotaip Anjing Binatang Ganas
[Copy link]
|
|
Sumber: Tiktok Faiz Aizif
Seperti yang kita semua maklum, walaupun agama Islam mengharamkan umatnya untuk memegang binatang seperti anjing dan khinzir, itu tidak bermaksud kita perlu membenci binatang tersebut. Rasullulah SAW sendiri pernah menasihati kita untuk berbuat baik kepada semua binatang.
Walaupun masih ramai yang mempunyai tanggapan anjing itu haram disentuh, terdapat gelintir individu yang sanggup membantu haiwan tersebut. Salah individu itu ialah seorang pemuda yang dikenali sebagai Fazi Basirun.
Merusi akaun Tiktok miliknya, pemuda ini sentiasa memuatnaik posting setiap kali dia memberikan makanan kepada anjing-anjing jalanan. Menurut pemuda itu, dia menjelaskan sebabnya bertindak sedemikian adalah kerana anjing juga makhluk ciptaan Tuhan dan selalunya orang menghalau anjing kerana mempunyai pemikiran bahawa anjing adalah haiwan yang ganas dan tidak boleh disentuh.
Tambah Faiz, dengan bantuan orang ramai, kini dia mampu memberikan makanan kepada lebih 18 ekor anjing terbiar di kawasan pantai sekitar Langkawi. Baru-baru ini, pemuda itu telah memuatnaik video dia memberi Pizza Hut kepada anjing di situ.
Pemuda yang bercita-cita tinggi untuk menjadi pembaca berita ini juga berkata dia pernah menerima sumbangan daripada Tengku Permaisuri Selangor iaitu Tengku Permaisuri Norashikin yang juga seorang pencinta haiwan.
Hampir setiap hari pemuda ini akan memuat naik 'content' di mana dia merekod video-video dirinya memberikan makanan kepada anjing-anjing terbiar di kawasan itu.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap yang ditunjukkan oleh Faiz dan mendoakan dia sentiasa dimurahkan rezeki supaya dia dapat membantu lebih banyak binatang terbiar di luar sana. -CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku pun ada jugak bagi anjing makan, cuma aku tak rekod lah... |
|
|
|
|
|
|
| |
|