CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1414|Reply: 0

Gaya inovatif, sopan meskipun berhijab

[Copy link]
Post time 15-6-2022 07:36 PM | Show all posts |Read mode
Gaya inovatif, sopan meskipun berhijab


Pakaian lengkap dengan hijab praktikal dalam menjaga kesopanan ketika bersukan.- Foto/Ihsan Lilit

MENGAMALKAN gaya hidup sihat membuatkan individu lebih ceria dan mampu mengurangkan tekanan terutama dalam kalangan mereka yang dibebani dengan pelbagai tugasan serta kesibukan sepanjang minggu.

Antara aktiviti menarik adalah bersukan seperti berenang yang memberi banyak manfaat termasuk membentuk, membina otot serta daya tahan tubuh.

Bagi memperkasakan wanita untuk kekal aktif mereka boleh melakukan aktiviti itu tanpa sekatan dengan berpakaian sukan yang sopan dan selesa.

Ada koleksi pakaian berkenaan yang mengutamakan kesederhanaan, kesempurnaan, keselesaan dan gaya keanggunan untuk pelbagai saiz yang sesuai disarung untuk apa juga aktiviti.

Dengan fesyen sopan, wanita tidak lagi perlu korbankan gaya dan keselesaan.

Banyak koleksi pakaian renang untuk Muslimah, umpamanya Lilit, iaitu antara jenama yang menyediakan koleksi pakaian dengan set pakaian renang dan hijab baharu yang boleh didapati dalam pelbagai saiz.

Kekal sopan

Lilit antara jenama pertama di negara ini yang memperkenalkan pakaian untuk aktiviti fizikal dengan memberi penekanan kepada kesopanan dan saiz.


Menyediakan pelbagai saiz untuk kesempurnaan melakukan aktiviti bersukan. - Foto/Ihsan Lilit

Koleksi ini membawakan gaya rekaan yang sederhana dan lagi praktikal seperti penggunaan 'drawstring' dan sambungan untuk anda kekal sopan, walaupun di dalam air.

Pengurus Jenama Lilit, Amee Halim, berkata pihaknya sentiasa mencari cara yang inovatif untuk memudahkan semua wanita menjaga kesopanan ketika bersukan.

"Melalui sokongan yang memberangsangkan ketika pelancaran pakaian aktif buat kali pertama, kami bertekad untuk meneruskan usaha menangani jurang dalam pasaran dan pada masa sama, menyediakan lebih banyak pilihan pakaian yang menjaga kesopanan serta selesa.

"Gaya rekaan pakaian renang baharu kami akan membolehkan wanita dengan pelbagai jenis bentuk badan kekal aktif tanpa sebarang keraguan dan kebimbangan," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/wanit ... n-meskipun-berhijab

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 12:47 PM GMT+8 , Processed in 0.053957 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list