CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5364|Reply: 10

SUKAN ASIA GUANGZHOU: Atlet Perlu Bijak Cari Sasaran Emas

[Copy link]
Post time 21-9-2010 04:16 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by perang_sivil at 14-10-2010 09:15

KUALA LUMPUR: Jarak 28 hari yang memisahkan tempoh berlangsungnya Sukan Komanwel di New Delhi, India dan Sukan Asia di Guangzhou, China tidak menjadi penghalang kepada atlet kebangsaan untuk beraksi cemerlang dalam kedua-dua temasya berkenaan.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata masalah atlet terpaksa mencapai tahap prestasi kemuncak sebanyak dua kali dalam tempoh singkat, tidak timbul kerana mereka perlu bijak memilih temasya yang menjanjikan pungutan emas.
"Majlis Sukan Negara (MSN) dan jurulatih tentu telah memberikan panduan di temasya manakah mereka perlu meningkatkan prestasi, sama ada di Sukan Komanwel atau Sukan Asia," katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Terdahulu, Ahmad Shabery melancarkan majlis Detik 100 hari menjelang Sukan Komanwel yang akan berlangsung dari 3 hingga 14 Oktober dan Sukan Asia dari 13 hingga 21 November.
Sebagai contoh, katanya skuad badminton berpeluang menyapu bersih kesemua pingat emas daripada Sukan Komanwel tetapi dijangka menghadapi tentangan kuasa besar badminton dunia seperti China, Korea Selatan dan Indonesia pada Sukan Asia.
Sukan skuasy, katanya dilihat lebih berpeluang meraih pingat di Sukan Asia berbanding Sukan Komanwel kerana saingan dari negara seperti Australia dan Mesir yang banyak melahirkan jaguh dunia.
"Jadi, atlet kena pilih temasya yang memberikan mereka lebih peluang untuk meraih emas," katanya.
Ahmad Shabery berkata bagi Sukan Komanwel, Malaysia akan menghantar antara 150 hingga 180 atlet untuk menyertai 13 daripada 17 sukan ditawarkan dengan tumpuan pungutan emas dalam acara angkat berat, badminton, boling padang, memanah dan skuasy.
Pada Sukan Asia, Malaysia dijangka menghantar 200 hingga 230 atlet untuk bertanding dalam 19 daripada 42 sukan ditawarkan dengan tumpuan kepada acara badminton, berbasikal, tenpin boling, pelayaran, skuasy dan wushu untuk mencapai sasaran emas.
Beliau berkata selain lima acara dalam Sukan Komanwel dan enam acara Sukan Asia yang menjadi sasaran emas, 12 lagi acara berpotensi untuk memberikan kejutan emas kepada kontinjen negara.
Sukan berkenaan adalah akuatik, ekuestrian, gimrama, hoki lelaki, karate, memanah, taekwondo, menembak, olahraga, ping-pong, sepak takraw dan tinju. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2010 02:23 PM | Show all posts
Asiad ni jarak 28 hari je ngan Sukom??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2010 09:17 AM | Show all posts
Malaysia bermimpi target pingat emas acara hoki.. aku syorkan M'sia jgn hantar tim hoki... diaorg ni pegi sana nak enjoy dan shopping je... dah la kat Shanghai byk barang murah2... mencikkk... aku bayar income tax untuk sara perbelanjaan diaorg ni semua... baik hantar tim congkak dan batu seremban konpem dapat pingat berlian...
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2010 02:58 AM | Show all posts
sukan asia ade event congkak & batu semban?? aku jaguh kampong woo- bleh tak nk jd atlet??kehkehkeh~
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2010 11:37 AM | Show all posts
sukan asia ade event congkak & batu semban?? aku jaguh kampong woo- bleh tak nk jd atlet??kehkehkeh~
kelalang.kon Post at 16-10-2010 02:58



    Daftar nama pada MOM
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2010 01:26 PM | Show all posts
miahaha~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-10-2010 01:37 AM | Show all posts
dengar crita chong wei maybe tak masuk asian game betul ke? sakit belakang dia makin teruk lps cg aritu. betul ke cerita yg aku dengar ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2010 08:40 PM | Show all posts
xde chong wei maken suram la kem msia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2010 08:41 PM | Show all posts
xde chong wei maken suram la kem msia
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2010 12:50 PM | Show all posts
sukan asia mcm lagi susah je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-10-2010 03:57 PM | Show all posts
Reply 10# eddysheddy


    Sangat susah..nak dapat gangsa badminton pun susah.. rasa Squash boleh tibai sapu bersih...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-5-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.062156 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list