CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 572|Reply: 0

Hanis Nazirul-Jellson ada senjata baharu

[Copy link]
Post time 17-6-2022 11:48 AM | Show all posts |Read mode

Gandingan Hanis Nazirul dan Jellson diletakkan sasaran untuk memburu pingat di Sukan Komanwel Birmingham bulan depan.


PETALING JAYA: Hanis Nazirul Jaya Surya yang bergandingan dengan Jellson Jabilin menyasarkan untuk menaiki podium dan sekurang-kurangnya meraih pingat gangsa di Sukan Komanwel di Birmingham, England pada bulan depan.

Pentas Komanwel di Birmingham merupakan penampilan kedua atlet negara itu dalam acara 10 meter platform seirama lelaki dan sasaran gangsa dilihat realistik kerana mereka menduduki tempat keempat pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia.

Hanis Nazirul berkata, dia dan Jellson akan tampil dengan ‘senjata baharu’ di Birmingham kerana akan mempertaruhkan terjunan dengan darjah kesukaran lebih tinggi bagi memikat juri di Pusat Akuatik Sandwell.

“Saya dan Jellson ketika ini sedang giat berlatih untuk gaya terjunan baharu ini dan ianya telah dipraktikkan di Sukan SEA Vietnam. Walaupun menang emas, masih ada yang perlu dibaiki untuk persiapan ke Komanwel.

“Sebenarnya gaya terjunan ini agak bahaya kerana jika tersilap taknik boleh mendatangkan kecederaan. Tetapi kami akan buat yang terbaik dalam latihan dan kuasainya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Apresiasi Atlet Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Sukan SEA Vietnam.

Mengulas mengenai kejohanan yang akan disertai dalam masa terdekat, Hanis Nazirul berkata, dia dan pasukan akan menyertai Kejohanan Dunia di Budapest, Hungary pada 26 Jun hingga 3 Julai dan selepas itu akan menyertai Sukan Komanwel.

“Saya berharap dapat berada dalam kelompok 20 terbaik di Kejohanan Dunia bagi membangkitkan semangat saya untuk beraksi di pentas Komanwel,” kata pelajar tahun tiga Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM itu.

Dalam pada itu, Jellson yang turut diraikan dalam majlis sama mengakui dia dan Hanis Nazirul akan menerima saingan sengit daripada penerjun England dan Australia di Sukan Komanwel.

Dalam masa yang sama, Jelson berharap terjunan baharu yang akan dipamerkan di temasya sukan itu akan menghasilkan mata lebih tinggi berbanding peserta negara-negara lain.

“Saya rasa Komanwel susah kerana saingat sengit tetapi saya akan cuba berikan yang terbaik. Jika berjaya menaiki podium, itu satu bonus terbaik buat kami,” katanya.


https://www.utusan.com.my/terkin ... ada-senjata-baharu/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:14 PM GMT+8 , Processed in 0.056960 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list