CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 768|Reply: 0

Bagnaia tempah petak utama Grand Prix Jerman

[Copy link]
Post time 19-6-2022 10:53 AM | Show all posts |Read mode

Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia.


SACHSENRING, Jerman – Pelumba Ducati, Francesco Bagnaia membuktikan kemampuan terbaiknya sekali lagi sejurus menempah petak utama pada sesi kelayakan di Grand Prix (GP) Jerman sebentar tadi.

Pelumba Itali tersebut yang melekar rekod baharu pada sesi latihan bebas di Litar Sachsenring semalam terus cemerlang pada sesi kelayakan dengan catatan satu minit 19.931 saat (s).

Bagaimanapun, Bagnaia perlu waspada kerana juara dunia musim lalu, Fabio Quartararo dari Yamaha akan memulakan saingan di petak kedua selepas merekodkan masa kedua terpantas dengan catatan satu minit 20.007s.

“Sudah pasti saya sangat gembira dengan situasi ketika ini kerana berjaya menempah petak utama perlumbaan esok. Perasaan saya sangat baik meskipun cuaca di sini sangat panas. Saya yakin perlumbaan esok pasti mencabar.

“Apa pun, saya harap dapat mengekalkan prestasi dan tunggangan terbaik seperti ini. Meskipun akan berdepan cabaran hebat esok, saya tekad untuk lakukan kejutan di sini,” katanya.

Mengiringi Bagnaia di barisan hadapan pada perlumbaan sebenar esok adalah Johann Zarco (Pramac Ducati) selepas turut cemerlang apabila merekodkan catatan ketiga terpantas. Manakala, pelumba Aprilia, Aleix Espargaro menempah saingan di petak keempat. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2022/06 ... -grand-prix-jerman/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.091569 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list