CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1105|Reply: 2

Subsidi minyak masak tulen botol dimansuhkan

[Copy link]
Post time 22-6-2022 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Subsidi minyak masak tulen botol dimansuhkan


ALEXANDER (kanan) selepas mempengerusikan majlis libat urus di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah


Putrajaya: Subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram (kg) dimansuhkan bermula 1 Julai ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tindakan itu diambil bagi memastikan bekalan bahan makanan dalam pasaran akan lebih stabil dalam jangka masa yang panjang dan seterusnya menstabilkan harga barangan.

Beliau berkata, bagaimanapun subsidi bagi minyak masak paket satu kilogram masih diteruskan.

"Sebenarnya, program subsidi minyak masak tulen untuk botol ini hanyalah sementara, ketika pelaksanaan pada 2021 itu kita buat dalam tempoh tiga bulan sahaja iaitu Ogos, September dan Oktober.

"Bagaimanapun, ketika itu kerajaan berpendapat kita patut lanjutkan dan disebabkan itu ia dilaksanakan sehingga kini. Kini kerajaan merasakan tibalah masa untuk dimansuhkan supaya boleh memberi fokus bagaimana untuk membantu golongan yang memerlukan.

"Kerajaan boleh memberikan bantuan yang lebih bersasar; bagaimanapun, segala bentuk bantuan ini akan diperincikan oleh Kementerian Kewangan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Sesi Dialog bersama pihak industri mengenai isu harga dan bekalan di kementeriannya, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai sesi dialog itu, Alexander berkata, ia dianjurkan bagi memberi penerangan kepada pemain industri dan persatuan pengguna terhadap inflasi yang berlaku di negara ini.

Melalui sesi dialog berkenaan, terdapat pandangan dan cadangan yang diberikan antaranya untuk memperkasakan kesedaran pengguna dan mengubah cara hidup dalam menghadapi kenaikan harga.

Beliau berkata, turut diajukan adalah isu kekurangan pekerja dalam sektor perdagangan pengedaran yang semakin kritikal dan kos operasi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/utama/ ... n-botol-dimansuhkan

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2022 02:48 PM | Show all posts
what about subsidi minyak masak peket yg sekilo tu ? anyway lepas ni harga makanan melambung and some peniaga yang tak jujur akan guna minyak apa la pulak tu.

somehow we should understand ni global issue tapi diharapkan spokeman dalam bidang ni dapatla buat ulasan yg bijak dan tak membuta tuli. Hopefullu Kpdn tidak slow and take action to all bukan hanya some of them sahaja
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2023 03:21 AM | Show all posts
rakyat memang masih memerlukan subsidi untuk keperluan dasar makanan termasuk  minyak masak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.069006 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list