View: 1273|Reply: 13
|
Menteri Didesak Letak Jawatan Gagal Tangani Isu Kos Sara Hidup
[Copy link]
|
|
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) melahirkan kebimbangan dengan isu kos sara hidup selepas pengumuman kerajaan untuk menghapuskan subsidi bagi minyak masak tulen berbotol serta harga siling telur dan ayam mulai 1 Julai ini.
Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan berkata, ketika ini kerajaan belum mengumumkan sebarang mekanisme, dana serta garis masa pelaksanaan subsidi bersasar walaupun hanya tinggal lebih kurang seminggu hingga terhapusnya subsidi dan harga siling ini.
Gambar hiasan
Foto: BH
“Dalam keadaan ekonomi rakyat amat terkesan akibat pandemik Covid-19, kehidupan rakyat bakal bertambah parah apabila harga barang bakal meningkat.
“Ini tidak memberi banyak masa kepada rakyat untuk bersiap sedia menghadapi peningkatan kos sara hidup yang barangkali meningkat berkali ganda.
“Ini bukan langkah yang proaktif mahupun bertanggungjawab,” kata Majlis Presiden PH dalam kenyataan bersama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dan Presiden UPKO, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, hari ini.
Semalam, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Seri Alexander Nanta Linggi mengumumkan subsidi minyak masak tulen botol dua hingga lima kilogram akan dimansuhkan bermula 1 Julai ini.
Kenyataan itu juga menyebut, Ketua Pembangkang pernah menegur berkali-kali di Parlimen tentang kelewatan Majlis Tindakan Kos Sara Hidup Negara (NACCOL) bermesyuarat serta mengambil tindakan tahun lalu.
“Malangnya, rakyat terus menyaksikan betapa lembabnya tindakan para Menteri dalam menangani masalah kos sara hidup.
“Oleh itu, kerajaan mesti mengumumkan sepenuhnya pelan menangani isu subsidi dan kos sara hidup ini dalam masa 24 jam,” katanya.
Kata kenyataan itu lagi, sekiranya tiada langkah diambil, Majlis Presiden PH mendesak menteri yang bertanggungjawab untuk melepaskan jawatan kerana gagal menjaga kepentingan rakyat.
“Pakatan Harapan juga akan mengambil beberapa tindakan termasuk mobilisasi massa bersama masyarakat sivil dan mana-mana pihak lain yang ingin bersama bagi menyuarakan kemarahan rakyat,” katanya.
Sumber: MalaysiaGazette |
|
|
|
|
|
|
|
X rAsa mentri2 ni nk letak jwatan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by tripleid at 23-6-2022 09:00 AM
Tinggal kenangan..
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
rindu zaman PH...RM50 penuh 3 troli supermarket... |
|
|
|
|
|
|
|
wow formula paling hebat dlm dunia
dengan memilih pakatan haprak, isu kenaikan harga akan totally selesai
tahiniah |
|
|
|
|
|
|
|
ini semua propaganda cinkis (ph) naik harga pastu konon konon ayak ini org manyak teruk liou helega smua naik lui semua talak cukup ini meneli melayu siou liou |
|
|
|
|
|
|
|
i sokong la yaang ni ...actually menteri mana ya yg still ada harapan utk pegang title menteri ni |
|
|
|
|
|
|
|
BN = Barang Naik
buat2 terkajut pulak |
|
|
|
|
|
|
|
Mana mau nya letak jawatan. Yang dah letak jawatan tu pun menunggu PM wujudkan dia satu kementerian lain. Punya lah kesah jawatan lagi di saat genting ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Menteri dah selesa dgn jawatan takkan letak jawatan punya. Hanya dalam mimpi........ |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha impossible ja la nak tengok menteri kita ni meletak jawatan walaupun kena desakan kuat.. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg dh kena jatuh hukum mhkmh tu pun sibuk nak jd piem balik..hawauuuuu jad menteri suma ditanggung gomen freee |
|
|
|
|
|
|
| |
|