|
Subsidi minyak petrol yang sekarang ini menjadi isu kerana ramai pemandu luar negara mahu menggunakan minyak petrol RON95 untuk kenderaan mereka.
Kredit foto: TikTok
Baru-baru ini, ada video tular di TikTok yang memaparkan pemilik kenderaan bernombor pendaftaran Thailand berjalan menuju ke arah keretanya selepas berurusan di kaunter stesen minyak.
Difahamkan, pemilik kereta itu tidak mengisi minyak tetapi dia masuk keretanya semula dan beredar dari situ. Pemilik kenderaan itu pasti ditegur staf di stesen minyak berkenaan yang cuba mengisi minyak jenis RON95.
kredit foto: TikTok
Menjengah di komen, ramai netizen puji staf di stesen minyak di Padang Besar, Perlis kerana melakukan tugas mereka untuk memberitahu tentang subisidi minyak kepada pemandu luar negara. - CARI |
|