View: 5055|Reply: 90
|
[Tempatan]
Naikkan harga petrol RON95, T20 banyak guna subsidi kerajaan - Najib
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak menyarankan agar kerajaan mempertimbang untuk menaikkan harga minyak RON95 sebanyak RM0.10 atau RM0.20.
Ini kerana, bekas Perdana Menteri itu berkata, sudsidi minyak petrol secara pukal diberikan kerajaan telah membuatkan manfaat yang sepatutnya diberikan kepada golongan B40 dan M40 turut sama digunapakai oleh golongan T20.
Najib juga menyatakan beliau kurang bersetuju dengan pemberian subsidi secara pukal kerana sistem subsidi di negara ini lebih memanfaatkan orang kaya.
Katanya, penurunan 65 peratus jualan RON97 juga merupakan bukti bahawa sebahagian besar orang kaya dan orang yang berkemampuan telah bertukar minyak ke RON95 untuk menikmati subsidi kerajaan.
"Ibarat orang kaya ambil makanan dari food bank. Hari ini, kerajaan memberi subsidi sekitar RM2.50 bagi setiap satu liter RON95 yang dijual pada harga RM2.05.
Sebab itu, harga minyak RON95 Malaysia adalah antara 10 paling murah di dunia, jauh lagi murah banding Arab Saudi dan UAE.
"Bermaksud jika seorang dari golongan T20 mengisi 50 liter minyak RON95 bagi kereta mewahnya, kerajaan sebenarnya memberi subsidi sebanyak RM125 setiap kali orang kaya isi minyak.
"Sekiranya orang kaya ini isi minyak tiga kali sebulan bermaksud kerajaan memberi bantuan RM4,500 setahun bagi orang kaya, lagi tinggi berbanding BR1M kepada B40 dan M40," katanya dalam satu kenyataan, di Facebook, pada Rabu.
Ahli Parlimen Pekan itu berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) pernah menyelesaikan masalah dan ketidakadilan dengan mengapungkan harga minyak.
"Penjimatan daripada ini pula disalurkan kepada pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang dinaikkan dan diperluaskan jumlah penerima dari RM500 ke RM1,200 dan akhirnya ke RM2,000 setahun pada masa Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).
"Bagaimanapun, kadar inflasi yang tinggi dialami seluruh dunia membuatkan penarikan subsidi minyak secara sepenuhnya tidak sesuai dilaksanakan.
"Jangan sentuh harga diesel ketika inflasi masih tinggi sekarang kerana ia berkait langsung dengan kos pengeluaran, kos pengangkutan dan akhirnya akan memberi lebih tekanan kepada kadar inflasi," jelasnya.
Beliau turut menyarankan kerajaan menaikkan duti eksport dan cukai durian runtuh bagi sektor minyak sawit pada ketika dunia masih kekurangan bekalan dan harganya tinggi.
Ini kerana, jelas beliau ia dibayar oleh pembeli asing dan juga syarikat-syarikat perladangan besar, bukan dibayar oleh peneroka.
"Penjimatan subsidi 10 sen atau 20 sen bersama hasil tambahan cukai sawit serta penjimatan dari tidak lagi memberi subsidi untuk ayam dan telur boleh disalurkan untuk diberi sebagai bantuan tunai kos sara hidup bagi golongan B40 dan T40 setiap tiga bulan selagi kadar inflasi masih tinggi.
"Golongan T20 tidak kisah dan tidak terkesan jika harga makanan tinggi namun ia merupakan tekanan yang besar bagi golongan b40 dan sebahagian besar golongan M40.
"Pemberian bantuan tunai kos sara hidup setiap tiga bulan akan melegakan tekanan kos makanan bagi golongan B40 dan M40," katanya.
Beliau mengulas mengenai kenaikan harga ayam dan telur bermula pada Julai ini susulan pemansuhan harga siling RM8.90 sekilogram serta kemungkinan kenaikan tarik elektrik.
Astro Awani
|
|
|
|
|
|
|
|
Halah… sepatutnya kurangkan elaun menteri. Nyampah betul. Iols T20 border line M40 ni pun terasa kenaikan harga barang etc |
|
|
|
|
|
|
|
Aritu org singapura mai, deme isi ron95 juga, kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Wak lu la jibun........ko tu dh dihukum bersalah blh plk merentan sana sini, dpt pulis escort, dpt tnh free, pencen free, minyak free, driver free....cukai free |
|
|
|
|
|
|
|
Tinot7 replied at 23-6-2022 07:43 PM
Aritu org singapura mai, deme isi ron95 juga, kan?
Nmpk plet SG kt shell st tp mmg diorg isi hijau punya....full tank dkt 200++ |
|
|
|
|
|
|
|
Firenzza replied at 23-6-2022 07:48 PM
Nmpk plet SG kt shell st tp mmg diorg isi hijau punya....full tank dkt 200++
Patutnya halang deme amik kaler ijo lerr.. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut Najib ni gaji dia kn potong..cukai pun x nk bayo..lg bising itu ini..x malu ke dia ni..kes mahkamah banyak.. mengelak kumain kuat..hakim pun nk ditukar.. |
|
|
|
|
|
|
|
bodohnya..abis ingat T20 tu takleh guna ron 95 ke? singapork pun boleh masuk msia isi ron 95..tu yg patut kau halang sebab ambil hak rakyat msia..aperla.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Ibarat orang kaya ambil makanan dari food bank....", Najib Razak, 2022
Najib Razak yg mana tu? Ala yg found guilty of all seven charges related to the misappropriation of RM42 million of SRC International funds tu, ha Najib tu lah.
LOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOLOL
|
|
|
|
|
|
|
|
dari ikut b40 t20 baik ikut model kete, takkan t20 bawak axia pon suruh isi ron97 padahal orang tu banyak tanggungan ke ko tatau |
|
|
|
|
|
|
|
bakingsoda replied at 24-6-2022 10:00 AM
dari ikut b40 t20 baik ikut model kete, takkan t20 bawak axia pon suruh isi ron97 padahal orang tu b ...
Ya ikut jenis kereta,. Tapi jenuhle pump operator nak jaga |
|
|
|
|
|
|
|
Sungguh tu. Ramai je yg kalau ikut category income falls into the T20 household tapi dia sorang je bekerja, kena tanggung anak bini, mak bapak, mak bapak mertua, belum lagi tu adi beradik yg bewak. Bila gomen ni, no i mean Najib ni mention T20, apa dia imagine semua T20 macam Naza clan ke Vincent Tan punya family ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Kasta rakyat b40,T20,m40 is a scam oleh founder najib dulu untuk kurangkan jumlah bantuan kerajaan kepada rakyat marhain. Hanya mereka yang ada cop b40 aje yang layak dibantu. So, the rest sabsidi boleh disapu oleh the real kayangan behind the scene sambil terhibur tengok merhain bercakar antara kasta. |
|
|
|
|
|
|
|
petrol subsidi vs tank plastic@owner punya bangga dengan motosikal dia
|
|
|
|
|
|
|
|
naik jangan tak nak, kasi naik semua sekali
harap lepas minyak masak dan petrol naik,
naikkan sekali bil utilities |
|
|
|
|
|
|
|
amboih , semua nak suruh M40 T20 dok korban semua , yg bayaq segala.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Hikariful at 2-7-2022 02:27 AM
ye betul tu.. sebab tu I kata dulu, B40, M40 dan T20 tu hanya utk golongan bekerja (working class citizen).. golongan kayangan politician, kerabat2, dan soltan2.. tu dah masuk social circle lain dah... dah tak termasuk pun dlm list T20.....yang tak payah berkerja jadik suri rumah cam Rosmah itue... tapi ada aset berkepuk2...
sama je macam zaman victorian dolu2... rich commoners/merchants... mana boley join circle high society puak blue blood duke2, viscount2 nih... commoners yang mana berjaya join high society tuh lah yang di panggil social climbers....
|
|
|
|
|
|
|
|
Dan sekarang ni kalu perasan... puak2 kayangan politician ni ramai nak jadik hero pada B40 dan suka laga2kan B40 dan T20... |
|
|
|
|
|
|
| |
|