View: 929|Reply: 5
|
Ramai Sebak Tengok Anak Kecil Pimpin Ibu Bapa Buta Berjalan
[Copy link]
|
|
Tular sebuah video memaparkan pengorbanan seorang kanak-kanak lelaki setia membimbing ibu bapanya yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) bersama seorang adiknya ketika keluar berjalan-jalan.
Rakaman dikongsikan pengguna media sosial, Shaffiq Said itu berjaya menyentuh hati orang ramai dan rata-rata kagum melihat keperibadian seorang kanak-kanak yang dikatakan cukup matang menjaga keluarga istimewanya.
Lebih membuat ramai mengaguminya apabila kanak-kanak berkenaan memberi arahan dengan nada yang sopan terhadap ibu bapanya yang mempunyai masalah penglihatan dan setiap kejadian berlaku di hadapan mereka, akan dimaklumkannya terlebih dahulu.
Foto: via Kosmo
“Abah itu platform dua, jalan perlahan-lahan sebab orang ramai ini.
“Baik abang, terima kasih bawa mama, abah dan adik jalan-jalan,” antara dialog di antara kanak-kanak tersebut bersama bapanya yang diceritakan semula oleh Shaffiq.
Menurut Shaffiq, dia amat terharu dan sebak melihat kejadian spontan yang berlaku di hadapannya itu serta mendoakan kesejahteraan mereka sekeluarga.
“Maaf adik, abang tak tahan sebak, Ya Allah rahmati keluarga ini,” katanya.
Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, ramai turut memuji kehebatan ibu bapanya dalam mendidik anak mereka sehingga menjadi seorang yang hebat meskipun masih kecil.
“Anak yang hebat hasil didikan ibu bapa yang hebat, tahniah adik walaupun masih kanak-kanak, kau tahu jalankan tanggungjawab seorang anak, jaga keluarga dengan baik, moga dipermudahkan segalanya,” ujar Akmal Haidir.
“Semoga adik membesar jadi anak yang baik dan sentiasa mendengar kata ibu bapa, jaga mereka elok-elok sayang,” luah Iqha. -CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Syukur dapat anak dari kecil dah pandai berbakti |
|
|
|
|
|
|
|
Artemesiaa replied at 24-6-2022 06:38 PM
Syukur dapat anak dari kecil dah pandai berbakti
Kan.. tertanya2 mcmana diarang didik anak.. |
|
|
|
|
|
|
|
Bak kata vokalis caliph busker, ada org tanya dia bang camne abang boleh buat bini abang mengandung?Si azmi tu lak jnis sporting dia bleh jwab sama je cam korang cuma abang kena la pegang2 sebab sume nampak gelap je..aku dengar memula tergelak tapi rasa simpati lak yela dia oku tapi ada sifat yg ada kat manusia sempurna lain |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by zehra2 at 24-6-2022 11:20 PM
dulu pnah parents dtg sekolah sign report card. rupa2 nya dua beradik ni ada parents bisu. jenuh jugek nk fahamkn apa dia nk bg tau sbb dia org ni kerja kait n kopek kelapa je. tkde pendidikan formal pun. tp kita boleh nmpk mak nya mmg tegas. anak nya mmg cemerlang. sambung belajar ke france.
pendidikan mmg bermula dari rumah! |
|
|
|
|
|
|
|
semoga tuhan permudahkan urusan mereka
pnh npk budak pompuan skola rendah pimpin ayah dia turun naik lrt.. ayah dia bawa baby dlm carrier sambil pegang tongkat
pagi² jumpa da sayuuuuu |
|
|
|
|
|
|
| |
|