CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 860|Reply: 0

Korat jadi tempat 'panas badan' petinju

[Copy link]
Post time 30-6-2022 10:33 AM | Show all posts |Read mode

Muhammad Abdul Qaiyum Ariffin (kanan) dan Sheikh Rahmatullah Ibrahim, bakal meneruskan latihan di Thailand sebelum bersaing di Sukan Komanwel. Foto Mohd Amin Jalil.

NILAI: Persekutuan Tinju Malaysia (PTM) merancang membawa dua petinju menjalani latihan intensif di Korat, Thailand sebagai persiapan terakhir sebelum bertarung di Sukan Komanwel Birmingham 2022, bulan depan.

Setiausaha Kehormat PTM, Mohd Shamsul Deran berkata, dua petinju berkenaan ialah Muhammad Abdul Qaiyum Ariffin, 21, bagi kategori 48 kilogram (kg) dan Sheikh Rahmatullah Ibrahim, 21, (54 kg).

Katanya, latihan intensif selama tiga minggu itu dijangka bermula Isnin ini yang diyakini dapat memberi impak positif terhadap prestasi sebelum mereka menggalas cabaran negara ke temasya berprestij berkenaan.

"Selama menjalani latihan di Thailand, petinju kita akan berlatih dengan rakan sepelatih dari negara itu dan beberapa negara lain yang tidak menyertai Sukan Komanwel.
Disyorkan Untuk Anda

    Anis Amira timba pengalaman di Birmingham
    MSN wajar beri satu lagi peluang atlet kebangsaan
    Ketiadaan Nicol cabaran buat negara di Sukan Komanwel
    Gerard kecewa Zii Jia tarik diri Sukan Komanwel

"Kita yakin dan percaya, melalui persiapan latihan intensif itu nanti akan dapat membantu meningkatkan prestasi mereka dan berupaya mempamerkan persembahan mantap di Birmingham.

"Ini seiring dengan sasaran yang kita letakkan iaitu mendapatkan sekurang-kurangnya satu pingat tanpa mengira warna dari temasya berkenaan. Kami mahu pastikan mereka lebih bersedia," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi timbalan ketua kontinjen negara ke Sukan Komanwel Birmingham 2022, Gerard Monteiro, yang melawat persiapan petinju di Pusat Latihan Tinju Majlis Sukan Negara (MSN), di sini hari ini.

Sementara itu, Gerard berkata, tinju adalah antara acara sukan yang disasarkan untuk menyumbang pingat buat kontinjen negara.

"Kita berharap petinju yang dipilih dapat menggalas cabaran dengan baik," katanya yang berpuas hati dengan persiapan latihan kedua-dua petinju terbabit.
https://www.bharian.com.my/sukan ... panas-badan-petinju

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-12-2024 05:52 PM GMT+8 , Processed in 0.067663 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list