CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2557|Reply: 9

Filem seram pertama Ruhainies penuh dengan pengalaman aneh dan menakutkan, pengarah sendiri pelik sebab tak pernah berdepan sebelum ini

[Copy link]
Post time 2-7-2022 03:36 PM | Show all posts |Read mode
Edited by trexxxxxi at 5-7-2022 02:06 PM

‘Kamera Berpusing Sendiri’- Pengarah Kongsi Pengalaman Seram Sewaktu Babak Ruhainies Pegang Batu Nesan

Sudah menjadi kebiasaan, dalam sesebuah pembikinan filem berunsurkan mistik pasti ada cerita seram ketika penggambaran. Begitulah yang terjadi kepada Pengarah berbakat besar, Arjin Uppal.

Pemuda berusia 33 tahun ini mengakui berdepan pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan sepanjang menjalani penggambaran filem arahannya bertajuk Musyrik – Api Neraka Menantimu!

Filem terbitan White Merpati Entertainment Sdn Bhd itu dibintangi Aeril Zafrel, Ashraf Muslim dan Ruhainies selaku teraju utama. Turut serta, Aishah Ilias, Qaseh Shuhada, Arwan Umar dan Neera Azizi.

Bertanya mengenai pengalaman paling menakutkan, Arjin berkata, dia pernah mengalami perasaan seram  ketika babak Ruhainies memegang batu nesan di tanah perkuburan, jam 3 pagi.

    “Batu nesan bukanlah props, sebaliknya saya menggunakan batu nesan sebenar diambil dari tanah perkuburan berkenaan bagi merealisasikan babak ini.

    “Ia sepatutnya hanya satu babak panjang, tetapi apabila potong babak ini, kamera masih berpusing dan tidak berhenti seolah-olah ada sesuatu yang menggerakkannya,” katanya.

Arjin berkata, dia pelik dengan kejadian aneh itu kerana tidak pernah berdepan sebelum ini.

    “Bayangkan, kamera masih menyala selepas ‘switch’ ditutup. Hanya selepas bateri dikeluarkan daripada kamera barulah ia berhenti berpusing,” katanya.

Sementara itu, Arjin berkata pengalaman seram turut  dialami salah seorang pelakon, Aishah yang melakonkan watak Wati, isteri kepada Aeril.

    “Ia membabitkan babak Aishah baring dalam kubur. Secara tiba-tiba, seluruh badan Aishah ditumbuhi gelembung gatal dan penggambaran tidak dapat diteruskan,” katanya.

Selaku pengarah, Arjin berkata, dia tetap bertenang ketika berdepan kejadian aneh membabitkan Aishah itu.

    “Aishah terpaksa dibawa ke klinik untuk mendapatkan rawatan dengan segera. Keadaan Aishah hanya okay selepas berehat dan penggambaran hanya disambung semula pada keesokan harinya. Saya percaya kejadian aneh yang menimpa Aishah adalah gangguan mistik,” katanya.

    Mengulas mengenai lokasi, Arjin berkata, penggambaran filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! membabitkan dua lokasi iaitu rumah kampung lama yang tidak berpenghuni dan tanah perkuburan.

    “Saya masih ingat kami diminta penjaga menyiapkan babak di rumah lama berkenaan sehingga jam 12 tengah malam. Namun, babak dalam rumah hanya selesai pada jam 2 pagi. Seterusnya, kami terus ke lokasi tanah perkuburan. "

    "Ketika di tanah perkuburan, saya dapatkan merasakan sesuatu menyentuh belakang leher. Saya percaya ia gangguan mistik, tetapi saya buat tak tahu,” katanya.

Arjin berkata, dia turut berdepan dengan kejadian aneh ketika penggambaran di kawasan hutan.

    “Saya pergi belakang rumah untuk mencuci tangan, tetapi secara tiba-tiba, air paip berhenti mengalir. Perasaan saya bercampur berbaur, tetapi saya perlu kuatkan semangat dan bersabar berdepan satu demi satu kejadian aneh,” katanya.

Untuk info Filem Musyrik – Api Neraka Menantimu! mula menjengah pawagam seluruh Malaysia pada 7 Julai depan.

Trailer rasmi filem boleh ditonton menerusi saluran YouTube/WhiteMerpatiMovies.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 2-7-2022 03:36 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2022 03:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2022 03:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2022 03:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2022 03:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-7-2022 03:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-7-2022 03:37 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2022 07:31 AM | Show all posts
Cabaran bila masuk 'kawasan' mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2022 03:58 PM | Show all posts
Gila ke pakai batu nisan yang real
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:40 PM GMT+8 , Processed in 0.083746 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list