CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1385|Reply: 0

Honda ADV 160 tiba di Indonesia

[Copy link]
Post time 2-7-2022 04:51 PM | Show all posts |Read mode

Akhirnya hari ini, PT Astra Honda Motor melancarkan secara rasmi Honda ADV 160 untuk pasaran Indonesia, dengan ditawarkan dalam dua versi iaitu CBS dan ABS + HSTC, pada harga masing-masing 36 juta rupiah (RM10,624) dan 39.25 juta rupiah (RM11,583).

Tidak banyak perubahan kosmetik yang dilakukan pada skuter ala adventure ini, dengan lampu hadapan dan belakang yang kelihatan masih lagi sama, tetapi panel tepi, dari hadapan hingga ke belakang adalah sedikit berbeza. Selain daripada itu, model baru ini juga ditambah dengan penghadang angin hadapan yang boleh dilaras dua kedudukan serta pengecas USB di bahagian ruang simpanan kecil bawah pemegang.

Perubahan lain yang dilakukan adalah tinggi tempat duduk, yang dijadikan lebih rendah untuk menyenangkan pengguna, ruang simpanan bawah tempat duduk bertambah besar dua liter menjadi 30 liter serta rekaan panel meter digital baru.






Naik taraf paling utama pada ADV 160 ini, seperti yang dapat dilihat melalui namanya adalah enjin satu silinder suntikan bahan api 156.9 cc eSP+ yang dipadankan bersama transmisi CVT untuk menghasilkan kuasa 15.8 PS pada 8,500 rpm dan 14.7 Nm tork pada 6,500 rpm. Kuasa ini adalah sama seperti Vario 160 dan Air Blade 160 yang menggunakan enjin sama.

Untuk versi ABS, selain sistem brek anti kunci yang dilaksanakan melalui tetapan cakera depan dan belakang, ia juga ditambah dengan sistem kawalan cengkaman HSTC yang boleh mengelakkan gelinciran pada roda belakang serta lampu amaran kecemasan (Emergency Stop Signal).

Kelengkapan lain skuter ini masih lagi sama seperti ADV 150 yang diperkenalkan kali pertama pada tahun 2019, termasuk fork teleskopik di hadapan, dua penyerap hentak Showa di belakang dengan tabung gas, rim 14 inci di hadapan dengan tayar 110/80, rim 13 inci di belakang dengan tayar 130/70, lampu hadapan LED serta sistem kunci pintar.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.344496 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list