Edited by boca120879 at 7-7-2022 02:50 AM
Bismillahir Rahmanir Rahim. Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Hannad, diceritakan oleh Abu Mu'wiyah, daripada Al A'masy, daripada Muslim (Ibnu Abu Imran), daripada Sa'id bin Jubair, daripada Ibnu Abbas, Rasulullah s.a.w.bersabda,
"Tidak ada hari-hari untuk berbuat amal soleh yang lebih Allah cintai kecuali sepuluh (10) hari pertama bulan Zulhijjah."
Para sahabat bertanya, “Wahai Rasulullah, Sekali pun jihad fi sabilillah?”
Rasulullah s.a.w.menjawab, "Sekali pun jihad fi sabilillah.
Kecuali seorang lelaki yang pergi berjihad dengan harta dan jiwanya lalu tidak kembali sedikit pun daripada kedua-duanya (mati syahid)."
(Hadith Tirmidzi no. 688)
Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
|