CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 500|Reply: 1

[Kedah] Marahkan bini, pondok dibakar...

[Copy link]
Post time 12-7-2022 10:39 AM | Show all posts |Read mode

LELAKI mengamuk kerana gagal mengesan isteri yang keluar rumah membakar pondok belakang kedai makan milik mereka di Taman Seri Astana.FOTO Ihsan PDRM

Sungai Petani: Marahkan isteri, pondok dibakar. Itu yang berlaku apabila seorang lelaki yang berang kerana isterinya keluar rumah selepas berlaku perselisihan faham.

Dia mengamuk sebelum membakar pondok di belakang kedai makan milik mereka di Taman Seri Astana, dekat sini, semalam.

Pada kejadian 10.20 pagi itu, lelaki berusia 54 tahun terbabit yang hilang sabar turut membawa sebilah parang pada mulanya mengamuk di hadapan kedai makan terbabit.


Difahamkan, lelaki berkenaan yang tidak berpuas hati kemudian pergi ke belakang kedai dan membakar pondok yang menjadi tempat orang ramai berehat di situ selain turut memecahkan cermin belakang kenderaan milik seorang lelaki.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, siasatan awal mendapati suspek mempunyai masalah rumah tangga dengan isteri sebelum wanita terbabit keluar rumah.

"Suspek mencari isterinya di kawasan rumah mereka namun wanita berkenaan gagal ditemukan dan dia yang berang membawa parang sebelum membakar pondok belakang kedai makan, selain turut memecahkan cermin kenderaan milik seorang lelaki.

"Melihatkan keadaan yang tidak terkawal, orang awam kemudian menghubungi polis memaklumkan kejadian terbabit sebelum suspek berjaya ditahan di rumahnya," katanya ketika dihubungi, malam tadi.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek memiliki 12 rekod lampau, masing-masing lapan bersabit kes jenayah dan selebihnya dadah.

"Suspek tidak bekerja dan kita akan melakukan ujian saringan air kencing terhadapnya. selain turut menyiasat motif dia mengamuk dengan membakar dan merosakkan cermin kenderaan penduduk.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 435, Seksyen 427 KK dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... bini-pondok-dibakar

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2022 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Memang berpatah arang lah acik nak balik kalau dah sampai membakar macam ni.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:38 AM GMT+8 , Processed in 0.124475 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list