CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 387|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekalan air seluruh Pulau Pinang pulih

[Copy link]
Post time 12-7-2022 01:05 PM | Show all posts |Read mode

BEKALAN air kepada pengguna di seluruh Pulau Pinang pulih sepenuhnya semalam selepas terganggu di beberapa kawasan sejak Rabu minggu lalu berikutan penutupan sementara LRA Sungai Dua dan kejadian paip pecah.


GEORGETOWN: Bekalan air kepada pengguna di seluruh negeri ini pulih sepenuhnya semalam selepas terganggu sejak Rabu minggu lalu berikutan penutupan sementara loji rawatan air (LRA) Sungai Dua dan kejadian paip pecah di Jalan Sultan Azlan Shah, di sini.

Menurut kenyataan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), bekalan air itu pulih sepenuhnya kira-kira pukul 11 malam tadi.

“PBAPP mengucapkan terima kasih kepada semua yang membantu secara langsung atau tidak dalam memulihkan bekalan air di negeri ini. PBAPP juga memohon maaf kepada semua pengguna air atas kesulitan sepanjang tempoh itu,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Operasi LRA di Sungai Dua terpaksa dihenti tugas selama empat jam Rabu minggu lalu kerana kadar kekeruhan air mentah yang tinggi di Sungai Muda susulan banjir di Baling, Kedah.

Susulan penutupan itu, 80 peratus pengguna atau 528,000 daripada 660,000 pemegang akaun di seluruh negeri terputus bekalan air dan mengakibatkan kesukaran kepada pengguna.

Menjawab mengenai soalan pengguna berhubung masa terlalu lama diambil untuk memulihkan bekalan air terawat di Pulau Pinang, menurut PBAPP, terdapat 59 kolam air air terawat dan 42 menara air terawat di Pulau Pinang.

”Kira-kira 80 peratus daripada kolam air dan menara air ini perlu diisi dengan air yang mencukupi sebelum 80 peratus daripada 95 rumah pam penggalak di Pulau Pinang dapat dimulakan semula secara manual untuk mengepam air kepada pengguna yang terjejas.

”Kira-kira 4,696 kilometer saluran paip (100mm dan ke atas) telah dipasang untuk menghantar bekalan air kepada kira-kira 660,000 pengguna air berdaftar di Pulau Pinang,” katanya.

Tambahnya, kira-kira 80 peratus daripada saluran paip itu telah dikosongkan daripada air berikutan penutupan LRA Sungai Dua pada 6 Julai lalu.

”Oleh itu, kakitangan PBAPP terpaksa melepaskan ‘sendat udara’ secara manual sebelum tekanan saluran paip boleh dinormalkan. Bekalan air untuk pengguna terjejas yang tinggal di kawasan tanah tinggi atau hujung paip agihan (HPA) di Pulau Pinang hanya boleh dipulihkan selepas bekalan air pulih di kawasan lebih rendah,” katanya. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/nasion ... pulau-pinang-pulih/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-2-2025 07:45 AM GMT+8 , Processed in 0.603942 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list