View: 11260|Reply: 64
|
Mentua Kuat Ibadah Tapi Layan Menantu Macam Hamba, Suka Merajuk, Nak Dilayan Macam Permaisuri
[Copy link]
|
|
Kisah mengenai ibu mentua yang bersikap kejam terhadap menantu banyak dipamerkan dalam drama tempatan.
Sebenarnya kes begitu turut berlaku di dunia nyata sehingga ada yang sanggup bercerai kerana tidak tahan menanggung derita.
Seorang wanita turut berkongsi luahan hati mengenai sikap ibu mentuanya yang cerewet dan mahu dilayan seperti permaisuri.
Menurut pengadu yang tidak mendedahkan identitinya, dia buntu dengan sikap ibu mentuanya yang suka 'tarik muka' termasuklah melibatkan hal-hal remeh.
Gambar Hiasan
"Apa perlu saya buat sekiranya mentua asyik buat muka tak puas hati? Mentua saya baik dengan saya kalau semua benda saya hidangkan untuk dia.
"Dia akan baik kalau hari-hari saya siapkan makanan dia. Masalahnya dia sangatlah cerewet, dia sentiasa rasa hanya makanan dia sahaja yang betul," ujarnya.
Menurut wanita itu, dia berasa diperalatkan apabila dilayan seperti pekerja di dalam rumah mentuanya.
Lebih malang, syarat yang dikenakan oleh mentuanya seolah-olah tidak terpakai kepada anak dan menantu lain yang tinggal berdekatan.
"Saya bekerja. Keluar rumah 7.30 pagi, sampai rumah 7.30 petang. Saya juga seorang introvert, tak pandai nak bersembang rancak. Ini juga jadi permasalahan dalam keluarga dia. Sedangkan suami saya seorang yang sangat baik pada saya dan anak.
"erkahwinan saya bersyarat, perlu tinggal di rumah mentua. Kadang sampaikan saya rasa saya bukan seorang isteri di rumah tu, tapi seorang yang bekerja untuk siapkan makanan dia.
"Tempat kerja saya dan suami jauh, boleh dikatakan sejam perjalanan. Sedangkan anak-anak dia yang lain tinggal satu taman, tempat kerja hanya ambil masa 10 minit paling lama, tapi kami juga yang diharuskan tinggal dengan dia," ujarnya.
Dalam luahan itu, wanita tersebut turut mempersoalkan layanan tidak adil mentuanya yang berbeza-beza antara menantu.
Dakwanya lagi, mentuanya juga sering merajuk setiap kali dia pulang ke rumah keluarga, sekali gus menyebabkan dia berasa serba salah.
"Menantu yang lain datang rumah dua tiga kali setahun walaupun dekat. Dia tak marah. Anak perempuan dia kalau hantar makanan tak ikut selera dia, dia tak marah, tak merajuk. Tapi kenapa kalau saya dia merajuk?
"Kalau saya balik rumah mak saya, dia akan merajuk juga. Saya sedih dan kecewa dengan mak mentua saya. Sedangkan dia sangat rajin beribadah, pergi dengar ceramah, tapi kenapa berfikiran macam tu?
"Dia juga pernah cakap dengan saya, hubungan anak perempuan tak akan sama dengan mak ayah selepas kahwin. Tapi saya juga merupakan anak yang diharapkan mak ayah saya.
"Jadi apa yang perlu saya buat untuk mengabaikan perasaan sedih ini? Sampaikan saya rasa macam nak berpisah dengan suami," kata wanita itu lagi.
Dia membuat luahan itu menerusi satu kiriman mesej kepada pengacara popular Ahmad Fedtri Yahya.
Luahan berkenaan turut dikongsi ke laman Twitter pada Rabu tengah hari.
Beberapa netizen turut menitipkan doa agar wanita itu terus bersabar dengan ujian yang menimpa.
"Ignore je. Dah masak, dia nak makan, makanlah. Zaman mencabar ni tak ada masa nak layan perkara-perkara merajuk ni. Bila orang tak layan, lama-lama dia pun tak merajuk. You have done your job.
"Masa nak kahwin mak aku pesan, sebaik mana pun mentua dan ipar, duduklah asing. Terang-terang mak aku cakap dekat suami aku.
"Stres balik kerja. Buat kerja rumah, layan anak-anak dan suami, ni mak mentua pulak. Suami dia tahu tak luahan isteri dia.
"Cuba tanya ibu mentua kenapa layan awak macam tu? Kenapa menantu yang lain dia tak kisah sangat? Dah luahkan dekat suami perkara ni? Maybe dia sayang tapi saja nak menguji kesabaran," ujar beberapa netizen. -CARI
Sumber: mStar Online |
|
|
|
|
|
|
|
Kesiannya sis ni. Duduk asing je lah sis. Tak pun,berbincang la dengan suami tu. Dah jadi macam ni, ada anak pulak, takkan nak bercerai. Beratnya pilihan. |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya mertua dia perlu dilayan seperti kanak2..
anak2 kecil ni.. kalau tunjuk perangai.. tantrum.. kita jangan mengalah. Dia mengamuk nak beli barang ke.. nangis guling2.. kita jangan ikut kehendak dia. Sebab nanti esok2 dah tertanam dlm minda dia.. nak barang.. kena mengamuk.. nnti bole dapat juga in the end.
Mungkin begitu perangai mertuanya. Kena bincang dengan suami.. kalau syaratnya kena duduk sama.. then ok.. dah duduk sama. That's it. Nak merajuk2 sebab masak tak kena selera ke apa.... beli ajela kalau nak sangat tu. Jangan dilayan karenah yang memeningkan kepala. Elok2 kita ikhlas masak.. jadi tak ikhlas. |
|
|
|
|
|
|
|
Die xnak lepasskan anak lelaki die.. Itu jaaa... Die xmo anak lelaki die hidop berdikari... Die klu boleh nk setiap inch pergerakan dan perjalanan anak lelaki die.. Die kene tau... Anak lelaki die beli spender warne ape pon die kene amik tauu.... Sbb tu die nk control menantu perempuan....nk menantu tu layan anak lelaki die betol2x.. Xbole ade cacat cela... Ni sejeniz mertua yg selfish |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak tau nak control semua bagi lah barang usd10k sebulan.
|
|
|
|
|
|
|
|
mertua banyak tengok drama
atau spesis suka sangat kepit anak
Aku kalau mak mertua lebih sudu dari kuah aku akan cepuk dan hentam dia cukup-cukup
Jangan buat hal dengan aku
Aku paling benci mertua bodo lagi suka control anak jantan sendiri , lagi azab spesis suka rebut perhatian anak jantan sendiri dan anggap menantu perempuan sebagai saingan ...cissssssssssssssss |
|
|
|
|
|
|
|
dlm 1 umah x blh ada 2 queen... |
|
|
|
|
|
|
|
ni isu dulu kini dan selamanya. masuk kat board sini tak releven |
|
|
|
|
|
|
|
Dia kawen dgn org negeri mana ni????? |
|
|
|
|
|
|
|
mil jenis yg tak suke org lain masak tak sedap ckop dia so aku tak masak. tlg2 potong je. kemas2 rumah. tp mmg jenis nak amik tau semua hal kiteorg |
|
|
|
|
|
|
|
Mil aku asyik ajak dtg mkn je dtg umah dia pun aku takyah tlg sbb dia ade sop memasak sendiri hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
bapak mentua ai kalo mak mentua ai menggedik sebegini mulalah dia hamunkan bininye. engko dah kenapa. engko suka dorang bergadoh? |
|
|
|
|
|
|
|
selfish sgt mentua mcm ni
kan bgs anak hang dah kawen so honeymoon la berdua dgn suami ko. anak kau biarla dia hadap dunia dia sendiri xyah kacau. relax2 sudah |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian menantunya, dah la penat keje, penat pulak kat umah nak layan mil. Suaminya takkan tak nampak bininya kena layan dek maknya macam maid...Patut suaminya kena bertegas dgn mak sendiri, barula maknya tak ambil kesempatan kat menantu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ingat byr hantaran dpt pakej hamba.
Pi pindahlah dok asing Cari dekat tempat kerja..kalau adik beradik nak datang umah senang ..Tak lah mereka nk bertandang umah mertua kau kan. |
|
|
|
|
|
|
|
awat masuk CI nehh.. bukan ada bod meluah2kan perasaan sesama fomfuan kat sini ke?
termasuk pekej melucah2... kohhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
momod sila la humban tered ni kat tempat yg sepatotnyierrrrrrr |
|
|
|
|
|
|
| |
|