CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3728|Reply: 46

[Politik] UMNO akan dapat presiden baru!

[Copy link]
Post time 14-7-2022 10:20 PM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 14-7-2022 10:23 PM

PETALING JAYA: Ismail Sabri Yaakob akan dipilih sebagai presiden Umno jika pemilihan parti itu diadakan hujung tahun ini, kata Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz.

Sambil menggambarkan ahli Umno sebagai “tidak suka bersuara”, beliau berkata apabila undi adalah rahsia, maka akar umbi akan melakukan perkara betul.

Katanya, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi boleh dikalahkan sekiranya pemilihan parti dibuat dalam masa terdekat.

Nazri memberi bayangan bahawa Zahid, sekiranya terus dipilih mengetuai Umno, keadaan tidak akan berubah kerana Ahli Parlimen Bagan Datuk itu tidak boleh dilantik sebagai perdana menteri.

“Secara logiknya, jika kita ada pemilihan parti tahun ini. Dia (Ismail) sepatutnya menjadi presiden parti.

“Maksud saya, presiden parti tidak semestinya menjadi perdana menteri dalam keadaan sekarang kerana kita perlu mendapat sokongan daripada gabungan kita.

“Contohnya seperti Zahid hari ini. Dia presiden. Kenapa dia bukan perdana menteri? Atas sebab yang jelas, dia ada kes di mahkamah,” katanya menurut Astro Awani.

Mengulas lanjut, Nazri menjelaskan ahli Umno akan menggunakan saluran undi sebagai tempat untuk meluahkan suara hati mereka.

Katanya, saluran undi yang rahsia itu akan digunakan sebaik-baiknya oleh ahli parti menyatakan sokongan atau bantahan mereka kepada mana-mana pemimpin.

“Mereka (ahli Umno) tidak suka bersuara. Apabila undi adalah rahsia, saya fikir mereka akan melakukan perkara yang betul. Mereka tidak perlu berkata apa-apa. Mereka hanya mengundi. Itu sahaja,” katanya.

Mengulas mengenai pindaan perlembagaan Umno yang meluluskan usul agar pemilihan dibuat enam bulan selepas pilihan raya umum diadakan, Nazri berkata, apa difahaminya pemilihan parti tetap perlu dilakukan, bukan memanjangkan jangka hayat kepimpinan sekarang.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/07/14/ismail-presiden-umno-jika-pemilihan-parti-tahun-ini-kata-nazri/


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2022 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
alhamduillah Rajapaksa menjadi presiden umno..dia kan dna melayu dan dna penyamun...Sesuai senget
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 11:21 PM | Show all posts
Sapalah nak duduk atas kerusi berduri tu....setakat jadi wayang kulit ..seronok ke
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 11:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah balik padang rengas ke? Ingatkan menetap kat paris bawak teksi.


Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2022 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Rajapaksa tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 02:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Hari-hari terakhir seekor Ismail Sabri papadaficow
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-7-2022 08:10 AM From the mobile phone | Show all posts
sudah2 la tu pikul biawak..lantik la mael ni..dh tentu x byk habiskan masa lapang kat mahkamah
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 08:11 AM | Show all posts
wah  ni minggu "Nazri mengulas ke'banyak sangatlah ulasan dia ? hmm?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 08:36 AM | Show all posts
bising lah si taik lalat ni
lapar jawatan da ke
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 08:40 AM | Show all posts
Elok la diturunkan jahid tu.ada Kes mahkamah pun tk reti2 nk berundur
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
hurmmmm adakah loyer sdg menyokong golongan loyer juga dgn harapan akan mendpt jawatan kelak
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 08:59 AM | Show all posts
Edited by capiloton at 15-7-2022 09:01 AM

kesian tok mat, kena pangkah lagi dengan junior.
itu la, kalau baik sangat memang kena pijak ler.

yang ada kes pun masih pegang jawatan, tak reti2 stepdown berambus,
memang muka tak reti malu.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 15-7-2022 08:59 AM
kesian tok mat, kena pangkah lagi dengan junior.
itu la, kalau baik sangat memang kena pijak ler.


tok mat la penakut x nk tanding MP..kalo tak dh jadi PM dh skrg
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 15-7-2022 08:36 AM
bising lah si taik lalat ni
lapar jawatan da ke

Bukan dia dah dpt jawatan ke? Mcm ada baca dia dilantik jadi duta ke perancis ke mana ntah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
capiloton replied at 15-7-2022 08:59 AM
kesian tok mat, kena pangkah lagi dengan junior.
itu la, kalau baik sangat memang kena pijak ler.


Tok mat tue tak pandai berpolitik & lurus.. Takut sgt nak langgar zahid & najib, entah strategi apa dia nak guna agaknya...

Skrg pak mail dah jd PM entah apa jd dgn nasib tok mat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 09:52 AM | Show all posts
asyik berbunyi ja dia skrg, sebelum ni diam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2022 10:00 AM | Show all posts
lostnfaun replied at 15-7-2022 09:49 AM
Bukan dia dah dpt jawatan ke? Mcm ada baca dia dilantik jadi duta ke perancis ke mana ntah.

entah lahtiba2 rajin menyalak ulas itu ini
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 10:27 AM | Show all posts
Umno ni mcm dah tak relevant, yg tua2 tu elok pencen. pelapis kurang sbb org muda tak berminat sertai UMNO. harap2 cpt bungkus
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 10:32 AM | Show all posts
juruterra replied at 15-7-2022 10:27 AM
Umno ni mcm dah tak relevant, yg tua2 tu elok pencen. pelapis kurang sbb org muda tak berminat serta ...

nmpk susah nak bungkus....
PRN Melaka & Johor pun UMNO dah menguasai 2/3 dan diketuai oleh pemimpin muda..
Reply

Use magic Report

Post time 15-7-2022 10:35 AM | Show all posts
UMNO dah uzur wajib dikambuskan semua sekali. Yg ada kes mahkamah pun muka tebal berebut jawatan. Yg tua sepatutnya rela hati undur diri. Ni makin tua menjadi2 berebut jawatan. Yg muda cam takde tokoh, lemah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-3-2025 07:16 PM GMT+8 , Processed in 0.059655 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list