View: 4846|Reply: 59
|
[Tempatan]
Krisis ubat habis, 11,000 klinik dan farmasi di Malaysia berisiko gulung tikar. Doktor, ahli farmasi hilang kerja
[Copy link]
|
|
Krisis ubat habis, 11,000 klinik dan farmasi di Malaysia berisiko gulung tikar
Krisis ubat habis, 11,000 klinik dan farmasi di Malaysia berisiko gulung tikar. Kira-kira 11,000 klinik swasta dan farmasi komuniti berisiko menutup operasi perniagaan sekiranya masalah kekurangan bekalan ubat-ubatan asas sejak awal tahun ini yang semakin meruncing terus berlarutan tanpa ada penyelesaian.
Kekurangan bekalan seperti paracetamol, batuk dan selesema sehingga 30 peratus merencatkan operasi dan sehingga kini tidak nampak perkara itu diambil peduli walaupun pengendali klinik swasta dan farmasi komuniti telah menyuarakannya.
Katanya, pelbagai alasan diberikan antaranya permintaan ubat melebihi penawaran dan kekurangan bahan baku pembuatan ubat ekoran sekatan pergerakan di Shanghai, China ekoran penularan pandemik Covid-19.
“kebiasaannya setiap hari antara 30 hingga 50 pesakit diterima klinik swasta dan ada mencegah 80 orang bergantung lokasi serta kepakaran doktor”.
“Majoriti pesakit diberikan ubat keperluan asas yang sangat berkurangan ketika ini. Kita berada dalam keadaan cukup tenat”.
Krisis ubat habis, 11,000 klinik dan farmasi di Malaysia berisiko gulung tikar
“Cuba bayangkan seorang pesakit itu mengalami batuk tanpa henti, selsema dan demam yang teruk serta hidung tersumbat. Apabila ke klinik, ubat diperlukan tiada, cuba fikir apa perasaan pesakit tersebut,” katanya di sini semalam.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr. Boi Saidi Abd. Razak berkata, Pertubuhan itu menerima rungutan ketiadaan ubat di pasaran yang begitu membimbangkan ketika ini.
Jelasnya, ubat cecair seperti batuk, selsema, lelah dan antibiotik tiada dalam pasaran dan klinik swasta gagal untuk menempah bekalan itu melalui wakil perubatan yang memaklumkan stok ubat terbabit belum pulih.
“Perdim berharap Menteri Kesihatan dapat campur tangan dalam menyelesaikan masalah ini. Keperluannya cukup mendesak yang perlu diselesaikan segera.
“Jika stok ubat-ubatan asas tiada di pasaran, klinik-klinik swasta tidak dapat memberikan rawatan terbaik kepada masyarakat.
“Meminjam stok ubat dari klinik kesihatan kerajaan adalah salah satu cara yang boleh dipertimbangkan,” Katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Farmasi Malaysia (MPS) Pahang, Abd. Aziz Jamaludiin berkata, kekurangan ubat-ubatan asas tersebut bermula pada April lalu dan ia begitu kritikal ketika ini.
“Yang paling ketara adalah ubat demam, ubat batuk, ubat untuk rawatan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) seperti ubat sakit tekak tiada stok.
“Ia sudah pun kritikal pada ketika ini. Pesakit di farmasi komuniti setiap hari semakin ramai, tetapi bekalan ubat-ubatan asas itu semakin berkurangan dan banyak tiada stok.
“Jika masalah ini terus berlarutan dalam dua bulan lagi, kami nka jual apa? Jualan pasti jatuh dan mungkin ada farmasi terpaksa ditutup kerana tiada ubat,” Katanya.
Abd. Aziz berkata, beliau difahamkan isu utama yang menyebabkan masalah itu berlaku adalah kekurangan bahan mentah atau bahan baku pembuatan ubat.
“Kerajaan perlu segera mencari penyelesaian tentang masalah ini supaya ia tidak berpanjangan,” Katanya.
sumber: mhdaily.net |
|
|
|
|
|
|
|
Kilang glaxo, pharmaniaga, hoe etc takde bahan mentah utk produce paracetamol etc ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
kang bila ada org ajar rawatan tradisional laju je doktor2 komen " tiada kajian saintifik" |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by green~tea at 16-7-2022 11:14 PM
Betoiii kaaa.. tatau la so far weols belum bergantung ngn ubat... masih makan supplements apabila perlu je..
Jom le kita jaga pemakanan dan kesihatan... jangan lupa amek medical card (amek skang utk kegunaan selepas retire, lebih murah sblm wujud penyakit nnti application kene rejek) |
|
|
|
|
|
|
|
Iols syak ni taktik nak mintak naikkan harga ubat
|
|
|
|
|
|
|
|
Harga ubat memang sudah naik since early 2021... Ubat yang tiada stock memang market demand.... Sebab ramai panic buying issue perang dan climate change issue buat stock... Turn pharma dan distributor naik kan harga... Distributor memang akan naik kan cost.... Sama seperti barang lain... |
|
|
|
|
|
|
|
Mesia takde kilang wat ubat ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Paracetamol pun Malaysia kena import dari China? |
|
|
|
|
|
|
|
Pstutla I cari panadol x de.. Smua pharmacy.. 711.. |
|
|
|
|
|
|
|
Betoi ka
Kat area hero bt 14 tu dah berapa farmasi baru bukak plak tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
Speed mart x de panadol weh..dahla seisi rumah demam.kedai cina jual axtifast harga yisrael dekkk
|
|
|
|
|
|
|
|
Semoga kesemua yang terkesan dipermudahkan segala urusannya |
|
|
|
|
|
|
|
haaa ada pun keluar thread. ni berita minggu lepas |
|
|
|
|
|
|
|
Panadol kalau disimpan tahan brp lama ye? Sbb iols masih byk lg stok era precovid |
|
|
|
|
|
|
|
Kita Malaysia asik bergantung luar aja, ramai lepasan university |
|
|
|
|
|
|
|
tengok expired date dan cara penyimpanan.
|
|
|
|
|
|
|
|
mejaputih replied at 17-7-2022 09:09 AM
Panadol kalau disimpan tahan brp lama ye? Sbb iols masih byk lg stok era precovid
simpan dlm fridge |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 17-7-2022 08:29 AM
Betoi ka
Kat area hero bt 14 tu dah berapa farmasi baru bukak plak tu..
betul uols… utk kita yg jarang makan ubat mmg tkde effect. tapi kesian owner farmasi & GP. bukak kedai tapi ubat tarak. camana mau meniaga |
|
|
|
|
|
|
|
harap vitamin c masih banyak stock ..kalau tak abis la kedut muka ai ..nak makan limau semata pon nanti rosak pulak gigi |
|
|
|
|
|
|
| |
|