Sumber FB/IG
Usahawan yang juga pengasas jenama Avenys, Aleeya Zailan, gemar melakukan 'live' menerusi media sosial dan berinteraksi dengan pengikutnya.
Memetik laporan Getaran, Aleeya yang memilik suara yang boleh tahan sedapnya mendedahkan tidak berniat untuk terjun ke dunia hiburan.
Wanita berusia 37 tahun itu berkata, walaupun meminati dunia hiburan namun matlamatnya adalah terus mengembangkan perniagaannya.
"Saya memang hanya fokus dengan perniagaan sahaja, bukan untuk menyanyi seperti selebriti. Lagi satu, saya tak suka ikut apa orang buat. Biar orang yang ikut cara saya. Saya mahu jadi berbeza. Jadi, saya perlu kekalkan dengan apa yang saya nak," katanya.
Tergolong dalam usahawan berjaya dan popular di media sosial, Aleeya turut diburu oleh pihak yang inginkan tajaan daripadanya termasuklah dari kalangam selebriti.
"Sejujurnya, sejak dari awal terbabit dengan perniagaan lagi, hasil daripada jualan produk Avenys, saya lebih gemar salurkan untuk tujuan kebajikan. Itu yang kami lakukan setiap hari Jumaat.
"Kami memang tak beri untuk tujuan hiburan. Hanya untuk mereka yang memerlukan sahaja. Niat berniaga kena betul. Takut rezeki tu lari nanti," katanya kepada Getaran. -CARI
|