View: 1762|Reply: 22
|
Berhabis Modal RM40,000 Hasilkan Mi Kuning Demi Fardu Kifayah
[Copy link]
|
|
Mengambil tanggungjawab sebagai fardu kifayah, seorang lelaki sanggup berhabis modal sehingga RM40,000 untuk menghasilkan produk mi kuning.
Nurul Hadi Ali, 47, berkata, proses pembuatan mi berkenaan yang kini diuruskan anak keduanya Nurnajmuddin, 19, yang dibantu empat pekerja dijalankan di sebuah premis yang disewa di Taman Sri Saujana, di Kota Tinggi.
Nurul Hadi Ali (kanan) bersama anaknya Nurnajmuddin yang mengendalikan premis memproses mi kuning ‘Produk Ibu Aira’ di Taman Sri Saujana, Kota Tinggi.
Mereka mampu menghasilkan antara 50 hingga 100 kilogram mi kuning dengan jenama ‘Produk Ibu Aira’ sehari.
“Saya merupakan seorang yang gemar makan mi kuning, begitu juga dengan anak-anak. Kita dapati mi kuning dalam pasaran kebanyakannya bukan dihasilkan oleh bumiputera.
“Jadi, apa yang saya lakukan ini dengan menghasilkan produk mi kuning ini juga merupakan tanggungjawab fardu kifayah sebagai orang Islam.
“Alhamdulillah, sambutan amat baik bahkan permintaan tidak mencukupi. Kebanyakan kedai dan pasar raya yang kita hantar suka dengan produk yang dihasilkan oleh orang Islam,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, di sini.
Menurutnya, keistimewaan mi kuning dihasilkan itu tidak perlu direbus dan boleh dimakan begitu sahaja kerana bahan pengawet yang kurang.
Dia turut mengikuti kursus anjuran Institut Peyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) untuk mempelajari proses menghasilkan mi kuning tersebut.
Namun, setiap kejayaan tidak datang bergolek dan dia mengakui telah menempuh pelbagai cabaran dalam menghasilkan produk berkenaan.
“Lebih 10 kali saya buat R&D (penyelidikan dan pembangunan) untuk hasilkan mi kuning yang terbaik untuk pelanggan. Memang pada awalnya otak hanya memikirkan mi sahaja kerana kami mahu hasilkan produk yang terbaik dan lebih baik.
“Pernah juga kami berdepan dengan mi yang pecah, mi yang putus-putus sampai 60 kilogram namun sebagai bapa yang menjadi suri teladan buat anak-anak, saya tidak boleh berputus asa.
“Masa itu mi yang tidak menjadi kami hadiahkan sahaja kepada orang. Alhamdulillah akhirnya selepas lebih 10 kali lakukan R&D, kami berjaya hasilkan mi kuning yang terbaik untuk pelanggan,” katanya.
Nurul Hadi turut mempunyai impian untuk memperluaskan lagi pasaran mi kuningnya yang kini hanya di sekitar daerah Kota Tinggi, khususnya daripada para pelanggan di sekitar Felda Tenggaroh, Pasir Gudang dan Johor Bahru.
“Namun kami tidak dapat untuk menerima permintaan kerana kekangan kami adalah peralatan digunakan tidak secanggih mana dan terdapat proses yang masih dilakukan secara manual, memerlukan tenaga kerja manusia.
“Sekiranya kami di sini dapat memiliki mesin canggih untuk memproses mi kuning ini, kami yakin dapat mengeluarkan sehingga satu tan mi kuning sehari.
“Namun kos untuk pembelian mesin tersebut amat tinggi dan buat masa ini memang kami tidak mampu untuk membelinya lagi,” katanya yang amat mengalukan bantuan daripada mana-mana pihak.
Sumber: UTUSAN |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh makan modal rupanya buat mee kuning ni. semoga murah rezeki n berbalik modal semula |
|
|
|
|
|
|
|
Apply kat mardi la
Sebab dah umo 40 ke atas
Kalau bawah 40 ada skim utk belia rasanya..
|
|
|
|
|
|
|
|
jalan teruusss |
|
|
|
|
|
|
|
Cer buat mee kering plak. Hat basah tu kuat naw bau kapur. Kalau tak basuh bersih, macam makan hape dah rasa. |
|
|
|
|
|
|
|
ai tak suka beli mee kuning bau kapur.mati selera ai..ai pakai spegetti je...boleh simpan lama. rasa sama je |
|
|
|
|
|
|
|
Cer wat bihun.. iols suka bihun.. hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aik? Cerita pasal fardu fardu pun nak masuk berita ke? |
|
|
|
|
|
|
|
wow bagus nya
kadang2 makan mi kuning ada rasa pelik, macam sabun, tak tau lah ape dia
habis makan melekat dalam tekak melekit. tak taulah salah peniaga masak ke, atau salah produk tu
memang lepas tu I tak berapa gemar mi kuning. pening bila makan
tapi produk macam ni memang I nak try nanti
lagi satu, harap abang ni sekeluarga berhati-hatilah.
produk macam ni nanti confirm pihak yang satu tu buat report, nak bagi lingkup perniagaan
pihak yang monopoli pasaran |
|
|
|
|
|
|
|
Cubalah makan masyimee yg ni pengganti maggie dah tentu sihat dan berkhasiat
Kita bukan dealer tapi pembeli. Salute pd org kita yg usaha nak bagi org2 Islam makan hasil air tangan yg halalan thoyyiban tanpa unsur yg tidak halal |
|
|
|
|
|
|
|
semoga maju jaya. Tahniah. elok dibantu usahawan ini kerana org yg macam ni asbab untuk wujudkan peluang pekerjaan. kita doakan dia berjaya. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by sarahmirza at 19-7-2022 02:18 PM
I beli numee gardenia je skrg...
Kenapa i rasa fardu kifayah ni lebih berat kepada perkara2 yang tidak memberi keuntungan kepada pihak yang melakukannya? Abang ni buat business dengan modal dan pastinya ada keuntungan dan manfaat pada dia...
Mee kuning tak makan pun takpe...takkan la seluruh masyarakat Islam dipersalahkan dan bakal menerima balasan Allah sekiranya tiada pengeluar/pembuat mee kuning ni...
My 2 cent... |
|
|
|
|
|
|
|
Citer psal mee kuning ni teringat sorg mamat ni. Kene brain cancer masa tgh amek dip kt uitm lendu. Koma 2 3 tahun. Lepas tu bila dah sedar, dia join kursus buat mee.
Dia buat kat umah..jadi supplier kat kawasan berdekatan. Lepas beberapa tahun..sakit balik dan ninggal. Memandangkan semua fasiliti nak buat mee tu ada..abg n ayah dia yg sambung.
Masa mamat ni buat business...meols mcm malu gak la sbb dia sakit lama..koma...bila dah sihat...jalan pon senget2...tempurung kepala pon mcm senget sebelah. Tapi mampu la ikhtiar cari duit.
|
|
|
|
|
|
|
|
since u dh sebut numee
btw pg ni ada ofismate bg doorgift kawen adik die sebungkus numee dlm kotak ade corak bunga
comel je muat2 sebungkus mee dgn handle
|
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 19-7-2022 03:28 PM
since u dh sebut numee
btw pg ni ada ofismate bg doorgift kawen adik die sebungkus numee dlm kotak ...
Dah macam kicap jalen ye...
I banyak kali juga dapat door gift kicap jalen dalam kotak ada tangkai....
Dia orang order direct dari kilang.. |
|
|
|
|
|
|
|
Makanan bertepung mmg ada bau sabun mungkin bahan bleach, contoh roti brand abc, tepung goreng brand ghj, mee kering brand cvb, |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau kt kmpg di KT mak iols beli mee kuning di pasar payang yg peniaga jual timbang kilo. Rasanya mee tu keluaran org kampung yg buat kecil-kecilan. Mee tu paling sedap buat mee sup or mee rebus sbb kurang minyak dan tak rasa kapur. Mee pun tak tebal mcm yg beli dlm paket tu |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus la menceburi bidang perusahaan mee kuning. Sekarang ni mee kuning bumiputera memang dah banyak di setiap tempat, cuma stok pula terhad. Kalau dekat tempat I ni, pergi kedai petang petang sikit dah habis mee kuning melayu buat. Kita itu jam la balik kerja nak menyinggah kedai pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus.. Bagus.. Semoga berjaya.. |
|
|
|
|
|
|
|
I pun Tak tahan makan Mee kuning, kapur tu buat perut sebu...kalau nak mkn Mee kuning ,buat sendiri..senang je..tepung gandum ,telur ,air ,garam dah. Tak pun ganti pasta je |
|
|
|
|
|
|
| |
|