View: 1527|Reply: 14
|
Dah Wujud Di Bumi Sebelum Dinosaur- Nelayan Tangkap Ikan Prasejarah, Jerung Enam Insang Hidung Tumpul
[Copy link]
|
|
TAIPEI: Jerung enam insang hidung tumpul (bluntnose sixgill shark) yang jarang ditemui, spesies yang dipercayai telah berada di Bumi sebelum kewujudan dinosaur, ditangkap nelayan Taiwan dari daerah Taitung Ahad lalu.
Jerung itu adalah spesis yang jarang ditemui kerana ia hidup pada kedalaman 200-1,000 meter di bawah paras laut, pembantu penyelidik di Pusat Biologi Marin Pantai Timur Institut Penyelidikan Perikanan, Wu Jui-hsien memberitahu Agensi Berita Central (CNA).
Meskipun kebanyakan spesies jerung moden telah berevolusi dan memiliki lima insang, jerung bluntnose masih mempunyai enam insang seperti nenek moyang mereka, jelas Wu.
Foto: Agensi
Menurut Wu, ikan seberat 420 kilogram itu ditangkap di Lautan Pasifik oleh bot nelayan yang berpangkalan di Taitung dan dibawa ke pelabuhan di daerah timur Taiwan, Xingang.
Hasil tangkapan berukuran kira-kira 395 sentimeter panjang itu dilelong semalam.
Menurut Kesatuan Antarabangsa untuk Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), jerung bluntnose disenaraikan sebagai 'hampir terancam' kerana jangka hayatnya yang panjang yang menjadikannya buruan serta terdedah kepada eksploitasi.
Berdasarkan maklumat yang disiarkan di laman web Muzium Florida, jerung bluntnose hampir menyerupai fosil berusia kira-kira 200 juta tahun dahulu. -CARI
Sumber: Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Nsseb takdak dah tudung fareeda bertingkat
Kalau tak..mau dia buat 6 tingkat cm insang jerung neh |
|
|
|
|
|
|
|
fossil hidup ni..mmg susah nak jumpa |
|
|
|
|
|
|
|
ni mesti dorang pergi pasang pukat tunda kat laut dalam..ke tanda2 nak tsunami sebab makhluk2 laut dalam da mula naik ke darat? |
|
|
|
|
|
|
|
Jaring tu dalam sgt ke atau ikan tu naik ke permukaan... Ikan jerung spesis ni setau aku "buta" sbb hidup kat dasar laut dalam, so cahaya tak sampai |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm jerung dlm 47 meters down, uncaged.. |
|
|
|
|
|
|
|
psl nk gempa, kuar binatang pelik2 dri laut |
|
|
|
|
|
|
|
Tak habis kat darat buru wild animals, kat laut pun sama. Mana tak pupus. Dah lah spesis rare. |
|
|
|
|
|
|
|
sayang nye.. dahlah susah nak jumpa.. ingat boleh lah bela untuk dibuat kajian ke..
Ini terus dilelong.. ummah2 sana mmg ramai yang suke exotic food ni.. mesti tak susah nak jual..
Tapi ape rasa la ikan ni dah kertu entah2 beratus taun umur dia |
|
|
|
|
|
|
|
kalau dah hampir terancam, janganlah pi tangkap and pi lelong pulak dah...haishh , kene lepaskan semula laaaa...adeh dep ni, apa apa pun mengapa mesti berakhir di pinggan mangkuk ?
kenapa tak makan je makanan yg sedia ade je? |
|
|
|
|
|
|
|
biasa kalau spesis laut dalam ni naik atas ade benda nak jadi or gegaran bawah laut bole impak tsunami |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya dilepaskan kembali semasa menangkapnya. ???? |
|
|
|
|
|
|
|
Umurnya 200 juta tahun kah
|
|
|
|
|
|
|
|
teringat movie The Meg. Jerung laut dlm keluar dr lubang bawah laut |
|
|
|
|
|
|
| |
|