Baru-baru ini, tular kisah pasangan suami-isteri dari Sabah menyediakan ruang solat untuk pekerja pembinaan rumah mereka.
Menurut wanita dikenali sebagai Wendy Gwen, hatinya tersentuh hingga menitiskan air mata selepas melihat pekerja pembinaan yang beragama Islam sedang menunaikan solat di tepi pagar rumahnya.
Menurut Wendy, dia terkilan kerana tidak peka dengan keperluan tukang rumahnya dan terus memaklumkan hal tersebut kepada suaminya.
Tanpa melengahkan masa, suami Wendy terus membeli sebuah kanopi kecil selain menyediakan tikar kecil untuk memudahkan urusan mereka beribadah ketika bekerja.
Dalam perkongsian itu, Wendy menganggap kejadian berkenaan sebagai teguran Tuhan untuk menguji tahap keimanan dirinya.
Kata Wendy, kejadian itu juga memberi peringatan kepada kita semua agar tidak menilai manusia mengikut taraf sosial mereka.
Malah katanya, setiap manusia perlu dilayan sama rata walaupun mereka kurang berkemampuan.
IG Wendy via FB Abang Just Sebarkan
Tangkap layar posting Instagram Wendy turut dikongsi menerusi laman Facebook Abang Just Sebarkan sehingga meraih pujian ramai netizen yang kagum dengan sikap mereka.
Sumber: mStar |