View: 1095|Reply: 9
|
[Tempatan]
Murid tahun tiga maut dirempuh pacuan empat roda
[Copy link]
|
|
Murid tahun tiga maut dirempuh pacuan empat roda
https://www.utusan.com.my/nasion ... -pacuan-empat-roda/
Oleh ROSLIZA MOHAMED
19 Julai 2022, 1:08 pm
LOKASI murid tahun tiga yang dirempuh pacuan empat roda di Kilometer 83 Jalan Kota Bharu-Gua Musang, Kampung Peria, Kuala Krai, Kelantan semalam. - FOTO/IHSAN PDRM
KUALA KRAI: Seorang murid tahun tiga maut selepas dirempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux semasa melintas jalan di Kilometer 83 Jalan Kota Bharu-Gua Musang dekat Kampung Peria, di sini petang semalam.
Dalam kejadian pukul 2.40 petang itu, mangsa Mohammad Elis Adam Abdullah, 9, meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintenden Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati Toyota Hilux yang dipandu lelaki berusia 66 tahun dari arah Gua Musang ke Kota Bahru.
“Setiba di lokasi, mangsa yang berada di bahu jalan sebelah kiri dipercayai dari kedai mahu pulang ke rumah yang berada di seberang jalan.
“Mangsa kemudian terus berlari dan melintas di hadapan pacuan empat roda tersebut. Disebabkan jarak terlalu dekat pemandu tersebut tidak sempat mengelak dan membrek lalu melanggar mangsa,” katanya dalam kenyataan semalam.
Suzaimi memberitahu, pemandu pacuan empat roda tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, di sini, untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cheezel at 19-7-2022 01:43 PM
Dah biasa melintas la tu. Xleh nak salahkan kete gak |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah kepada keluarga mangsa |
|
|
|
|
|
|
|
Mohammad Elis Adam Abdullah
"bang bang, klu perempuan kita ltk nm alice
klu laki kita letak elis"
|
|
|
|
|
|
|
|
Tengok jalan tu macam besar aje. Beraninya melintas |
|
|
|
|
|
|
|
owh ye ke
tp klu Elis pun ok ape
unik
tp maksud tah la kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku kalau ummah pata timo ni cukup la susah nak husnuzon. Personal experience nak jumpa 2% yang cerdik pun payah. Pulak yang 2% cerdik tu mungkin 2% je complete package beradab sekali
Ada dalam group dashcam kat fb, anak baya budak ni la tetiba melintas dari kedai makan. Mak ngan mak sedara dia kot boleh bergelek berlenggang kangkong sambil mencegil drebar tu. Mujur orang tu sempat break kalau tak arwah juga budak tu
Penyabar betul drebar tu. Kalau aku mau turun tingkap tempik jaga la budak tu lek lok sikit
Kalau pokcik hilux tu bawak ikut speed limit, saja naya trauma orang tua tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|