CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 892|Reply: 15

[Tempatan] Saya luluskan ladang Musang King untuk lindungi Gunung Inas setelah berlaku kegiatan pembalakan, kata mantan MB Kedah Ahmad Bashah. #5, Hutan gondol sebelum tanam Musang King

[Copy link]
Post time 19-7-2022 02:10 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 20-7-2022 01:53 AM

‘Saya luluskan ladang Musang King untuk lindungi Gunung Inas’

https://www.malaysiakini.com/news/628809

Diterbitkan:  Jul 19, 2022 1:31 PM⋅
Dikemaskini: 1:38 PM



Kerajaan Kedah meluluskan penanaman durian Musang King di Gunung Inas, Baling, Kedah, bagi membolehkan kawasan itu dilindungi dan dibaik pulih setelah berlaku kegiatan pembalakan, kata Ahmad Bashah Md Hanipah.

“Saya tegaskan, kerajaan memberi kelulusan itu untuk melindungi semula kawasan tersebut di samping kerajaan turut mendapat faedah dan pulangan yang difikirkan setimpal,” kata mantan menteri besar Kedah itu.

Katanya kegiatan pembalakan telah berlaku di situ dan penamakan durian diharap melindunginya supaya  idak menjadi masalah kepada kawasan sekitar.

“Kelulusan itu, tidak sama sekali untuk tujuan pembalakan yang baharu kerana aktiviti pembalakan sudah pun berlaku,” katanya.

Ahmad Bashah berkata keputusan itu mengambil kira pelbagai perkara termasuk faktor ekonomi, alam semula jadi dan kepentingan penduduk.

Minggu lalu, selepas lebih seminggu episod menuding jari, bekas menteri besar Kedah Mukhriz Mahathir mendedahkan penanaman durian di Gunung Inas dibuat ketika pentadbiran Ahmad Bashah.


Mukhriz Mahathir

Mukhriz yang juga presiden Parti Pejuang Tanah Air berkata, kerajaan BN diterajui Ahmad Bashah menukar tanaman pokok getah klon balak kepada durian Musang King.

Mukhriz juga berkata, kawasan hutan simpan kekal Gunung Inas ditukar status kepada ladang pertanian oleh kerajaan BN pada 2007 dan dijenamakan sebagai Ladang Sejahtera oleh kerajaan PAS pada 2008.

Sementara itu dalam kenyataan sebentar tadi, Ahmad Bashah juga berkata  perkara itu tidak perlu dipolitikkan secara keterlaluan.

“Hentikan menyalah satu sama lain. Teruskan usaha dan ambil tindakan segera,” katanya.


Selepas banjir di Baling

Projek ladang durian Musang King di Gunung Inas dikaitkan dengan tragedi banjir dan kepala air yang mengorbankan tiga nyawa dan memusnahkan 15 rumah, selain ratusan kediaman rosak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
cilanat punya menteri..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 03:24 PM From the mobile phone | Show all posts
bashah mat
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 03:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Senanglah macam ni .. dah buat salah dan dan kata tak perlu dipolitikkan keterlaluan...benda dah jadi kekdahnya lupakan je? Babi
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-7-2022 09:51 AM | Show all posts
SURAT | Hutan Gunung Inas gondol sebelum tanam Musang King

https://www.malaysiakini.com/letters/628916

Shaiful Hazizy Zainol Abidin
Diterbitkan:  Jul 20, 2022 9:30 AM⋅
Dikemaskini: 9:30 AM



Bekas menteri besar Kedah Ahmad Bashah Md Hanipah telah bersuara dan menjelaskan hari ini bahawa idea asal penanaman Musang King di Gunung Inas, Kedah dilakukan dengan matlamat yang jelas, iaitu untuk memulihara kembali kawasan hutan tersebut yang telah bertompok, gondol dan musnah teruk akibat pembalakan.

Ini bermakna terdapat dua perkara penting yang sebenarnya melatari cadangan awal penanaman Musang King di situ.

Pertama, kawasan tersebut sudah sedia gondol. Telah berlaku aktiviti pembalakan dan penggondolan hutan di situ jauh lebih awal dengan kelulusan kerajaan negeri sebelumnya. Penggondolan dan pembalakan tersebut telah menyebabkan kerosakan serta kemusnahan yang teruk.

Maka, apabila mewarisi hutan yang sedia gondol dan rosak, menjadi tanggungjawab kerajaan negeri pada masa itu (di bawah pentadbiran Ahmad Bashah) untuk mencari jalan menghijaukan semula bukit dan ia mesti dilakukan dengan segera dan besar-besaran.

Jika tidak, kawasan tersebut dirasakan akan terus rosak dan tidak akan pulih dengan sendiri. Atas dasar itu, kerajaan negeri ketika itu bersetuju untuk menghijaukan kembali kawasan tersebut dengan projek penanaman semula pokok.


Ahmad Bashah Abu Hanipah

Kedua, tanaman Musang King menjadi pilihan kerana ia akan bersifat serampang dua mata. Ia berupaya menghijaukan kembali kawasan yang telah gondol dan pada masa sama berpotensi memberi pulangan kepada negeri.

Ini bermakna isu ini mesti dilihat dengan lebih jauh. Ia bukan sekadar isu penanaman durian di kawasan bukit. Tetapi keadaan gunung Inas yang telah dibiarkan rosak dan botak akibat penggondolan hutan dan pembalakan sebelumnya.

Tanpa projek dan idea penanaman durian itu sekalipun, kawasan tersebut sudah sangat berisiko memberi ancaman kepada kawasan sekelilingnya.

Perkara ini mesti diperhalusi, disiasat dan diberikan perhatian sewajarnya oleh kerajaan negeri hari ini serta oleh semua pihak termasuklah kerajaan persekutuan.

Pendedahan yang memberikan fakta dan keadaan sebenar mesti dibuat dengan telus dan lengkap. Jika tidak, kita akan terlepas daripada melihat punca sebenar.

Tanpa mengetahui punca sebenar (iaitu penggondolan hutan dan pembalakan), isu sebegini akan terus berlaku dan kita akan terus melihat kepada perkara yang tidak pun menjadi punca masalah.

Saya harap semua pihak akan bersikap adil, terbuka dan objektif dalam meneliti isu ini dan tidak membiarkannya dilihat atau dinilai secara separuh dan tidak lengkap.

SHAIFUL HAZIZY ZAINOL ABIDIN adalah timbalan ketua Umno Merbok dan bekas setiausaha politik Ahmad Bashah.

Artikel ini pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Blh tanya Aziz, i rasa dia tahu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-7-2022 10:49 AM | Show all posts
huhhh semua tak blh pakai tak boleh pikir
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Start dah drama nak lepas tangan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2022 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Diorg dah lama rancang tu......

Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 06:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Dok mop lantai nk kasi bersih konon tapi tapak kaki penuhhhh taikkk
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 06:48 PM | Show all posts
lagu bangau oh bangau
boleh tukar tajuk oh gunung inas
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 07:02 PM From the mobile phone | Show all posts
So kesimpulannya hutan gunung inas tu start kena gondol zaman pas jadi kjaan negeri la..next, bila bn menang kedah pru13 bn buat projek musang king pulekk kekonon nak tutup hutan yg dah kena gondol itteww..so betullah yg Boboi mukhriz bgtau masa dia jadi mb dulu yg projek tarah hutan tu bermula zaman Passss...



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 07:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasaipa angpa jadi lagu tu? Peliaq betoi lah hai, the wedar is kliar katanya, dajjei sungguhlah, kamjad betoi, Ffira Mikah tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
EJALTI replied at 20-7-2022 09:51 AM
SURAT | Hutan Gunung Inas gondol sebelum tanam Musang King

https://www.malaysiakini.com/letters/628 ...


Kenapa mat Bashah tak berani berterus terang yg Pas mula2 tarah hutan tu??


Sebabnya skrg pas dgn umno dah satu team.stakat blame lite2 gitu je lah yg mampu..tapi yg tetap jadi mangsa adalah rakyat
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 07:19 PM | Show all posts
Skrip lemah cuba ler yang lain
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2022 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Persoalannye aktiviti pembalakan tuu sape punye kerje...??? Kerajaan negeri xdpt faedah ka dr hasil pembalakan...? Pelikk... Ohhh biase pembalakan ni sinonim oleh yistanaaa..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:26 AM GMT+8 , Processed in 0.048700 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list