CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1918|Reply: 27

[Politik] Rafizi cadang kaji semula klasifikasi B40, M40, dan T20

[Copy link]
Post time 19-7-2022 03:48 PM | Show all posts |Read mode
Rafizi cadang kaji semula klasifikasi B40, M40, dan T20
Diterbitkan:  Jul 19, 2022 3:10 PM



Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli menggesa supaya sistem klasifikasi rakyat Malaysia berdasarkan pendapatan dikaji semula.

Dalam satu kenyataan hari ini, bekas ahli parlimen Pandan itu berkata, ini kerana kerajaan Umno-Bersatu-PAS dilihat cenderung kepada pelaksanaan subsidi bersasar.

"Oleh itu, adalah sangat penting untuk rakyat memainkan peranan bersama-sama memberi pandangan untuk menentukan kayu ukur kelayakan (untuk menerima subsidi) ditetapkan dengan seadil mungkin,” katanya.

Klasifikasi pendapatan isi rumah ketika ini ialah B40 (40% keluarga yang pendapatan isi rumahnya terbawah), M40 (40% keluarga yang pendapatan isi rumahnya berada selepas B40), dan T20 (20% keluarga yang pendapatan isi rumahnya teratas).

Cadangan Rafizi it dibuat selepas Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz, menyatakan bahawa kerajaan akan berusaha mempercepatkan penyelarasan subsidi bersasar.

Terdapat kelemahan

Menurut Tinjauan Pendapatan Isi Rumah terkini pada 2019, dikatakan isi rumah B40 hanya mendapat 16% daripada pendapatan seluruh negara, dengan golongan M40 mendapat 37.2%, dan T20 mendapat 46.8% daripada pendapatan seluruh negara.

Rafizi berkata, terdapat beberapa kelemahan dengan klasifikasi ketika ini, termasuklah ia tidak mengambil kira faktor perbelanjaan sara hidup.

"Ia berasaskan kepada pendapatan semata-mata dan tidak mengambil kira faktor perbelanjaan sara hidup dalam menentukan kedudukan ekonomi sesebuah isi rumah. Faktor perbelanjaan sara hidup melibatkan jumlah isi rumah.

"Misalnya, sebuah isi rumah yang mempunyai dua penerima pendapatan (suami dan isteri) yang dikategorikan sebagai B40 (setiap orang berpendapatan RM2,000) dan mempunyai seorang anak, tinggal di kawasan separa bandar, sudah tentu mempunyai pendapatan boleh belanja (“disposable income”) yang lebih tinggi berbanding satu lagi isi rumah yang mempunyai seorang penerima pendapatan (suami) yang dikategorikan sebagai M40 (pendapatan RM4,860), mempunyai lima orang anak dan tinggal di kawasan bandar besar," katanya.

Rafizi juga menyatakan bahawa had pendapatan tidak boleh digunakan sebagai gambaran kepayahan ekonomi sesebuah keluarga.

"Had pendapatan yang ditentukan secara statistik semata-mata iaitu mengikut bilangan isi rumah 40% terbawah, 40% pertengahan dan 20% teratas tidak menterjemahkan situasi sebenar kesukaran ekonomi setiap keluarga.

"Malah, ia memanjangkan lagi ketidakadilan agihan pendapatan yang berlaku (akibat kegagalan kerajaan memastikan agihan gaji yang adil kepada pekerja-pekerja bawahan) kepada sistem kebajikan negara," katanya.

Selain itu, Rafizi meminta Zafrul menjelaskan sama ada pendekatan yang sama (B40, M40 dan T20) akan digunakan apabila melaksanakan subsidi bersasar.

"Keputusan untuk menetapkan kriteria kelayakan penerimaan subsidi (petrol bersubsidi, bantuan tunai, subsidi makanan dan lain-lain) adalah keputusan nasional yang perlu dibahaskan dan dikupas supaya diterima rakyat keseluruhan, bukannya keputusan beberapa pegawai di dalam bilik mesyuarat.

"Saya berpandangan kita perlu memansuhkan pendekatan menggunakan had pendapatan B40, M40 dan T20, sebaliknya memperkenalkan pendekatan berasaskan pendapatan boleh belanja dengan mengambil kira pendapatan, kos perbelanjaan dan jumlah tanggungan setiap isi rumah," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 03:52 PM | Show all posts
seorang bekerja, isteri tak bekerja, anak 3 org bersekolah rendah dan menengah duduk di lembah klang gaji RM5K, bayar cukai pendapatan = M40

Bujang gaji RM2000 duduk ngan parent = B40

Adil tak?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong jika tgk secara holistik
Iols b40 nk turun tangga mana lagi yek koh2
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 04:55 PM | Show all posts
Maksudnya klassifikasi tu kekal kot, cuma kriteria tu perlu diperhalusi.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 05:04 PM | Show all posts
MissyMolly replied at 19-7-2022 03:56 PM
Sokong jika tgk secara holistik
Iols b40 nk turun tangga mana lagi yek koh2

i pun nak declare jadi B40 supaya dapat sume bantuan dan menikmati pelbagai subsidi.. kehkehkehkehkehkeh
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 05:19 PM From the mobile phone | Show all posts
green~tea replied at 19-7-2022 05:04 PM
i pun nak declare jadi B40 supaya dapat sume bantuan dan menikmati pelbagai subsidi.. kehkehkehkeh ...

Ngader... syuh2 sanah
Iols repot abam mael chuols tipooo data
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-7-2022 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 19-7-2022 03:52 PM
seorang bekerja, isteri tak bekerja, anak 3 org bersekolah rendah dan menengah duduk di lembah klang ...

Sgt tidak adil
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 06:43 PM From the mobile phone | Show all posts
jgnkan m40, t20 level kerak pon ada yg semput
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 06:49 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-7-2022 04:55 PM
Maksudnya klassifikasi tu kekal kot, cuma kriteria tu perlu diperhalusi.

.. logik tak kalau ikut berapa rm cukai pendapatan yg dibayar?
sebab cukai pendapatandah ambil kira jumlah anak.. berapa yg sekolah ..berapa yg uni ... ada pendapatan sampingan atau tidak ...
kalau suami isteri bayar cukai, combine kan jumlah cukai mereka ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 06:58 PM | Show all posts
sayawifenikmie replied at 19-7-2022 06:49 PM
.. logik tak kalau ikut berapa rm cukai pendapatan yg dibayar?
sebab cukai pendapatandah ambil kir ...

Yup. Salah satu cara.

Cuma loophole nya di tanah air ni ramai juga yang mengelak cukai. Tapi masalah ni memang akan ada whatever the mechanism lah.


Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 07:01 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-7-2022 06:58 PM
Yup. Salah satu cara.

Cuma loophole nya di tanah air ni ramai juga yang mengelak cukai. Tapi masa ...

... yg mengeak cukai tu yg kerja sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 07:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Betol ke cara pengiraan sedia ada adalah dr income isi rumah semata? Kalau betol, i sokong rafizi punya formula. Jelas nyata dan terang n hanya simple math sahaja. Itu pun gomen tk reti kira?
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Sudah la ko fizi..meluat dh aku dgn ko
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
venom1 replied at 19-7-2022 03:52 PM
seorang bekerja, isteri tak bekerja, anak 3 org bersekolah rendah dan menengah duduk di lembah klang ...

Boleh ke kita nk kata adil.atau tak sbb kita yg pilih jalan hidup kita. Org tu bujang sb dia pilih hidup.mcm tu sbb tak.mau terbeban. Yg kawin lps tu pilih utk tak.merancang itu pun pilihan dia...
Adil ke tak adil, kita sendiri decide nk hidup mcm mana.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 08:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Eventhough aku x gemar dak piji ni, tapi aku pun rasa perlu redefine blk klasifikasi tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 09:20 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 19-7-2022 07:36 PM
Boleh ke kita nk kata adil.atau tak sbb kita yg pilih jalan hidup kita. Org tu bujang sb dia pilih ...

Betul jugak ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2022 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 19-7-2022 06:49 PM
.. logik tak kalau ikut berapa rm cukai pendapatan yg dibayar?
sebab cukai pendapatandah ambil kir ...

Bijok! Ikut tax yang di bayar.

Lagi banyak bayar tax lagi tak perlu bantuan.

Pastikan subsidi pun ada limit. Minyak masak contohnya 5kg sahaja subsidi per month.

Petrol 50 litter.

Kalau guna lebih silakan beli tanpa subsidi.

Siapa salah guna or jual subsidi. Denda + batalkan subsidi.

Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 10:07 PM From the mobile phone | Show all posts
krustykrab replied at 19-7-2022 07:36 PM
Boleh ke kita nk kata adil.atau tak sbb kita yg pilih jalan hidup kita. Org tu bujang sb dia pilih ...


Yang kahwin n xmerancang. Kerajaan perlu bantu mereka dan anak anak mereka. Sebab anak anak tu yang akan memacu  ekonomi negara pada masa hadapan.

kerajaan kena fokus membantu golongan ni dan yakinkan rakyat. Tiada duit pun xpe. Pendidikan percuma. Untuk besar kan anak anak kerajaan akan bantu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 19-7-2022 06:58 PM
Yup. Salah satu cara.

Cuma loophole nya di tanah air ni ramai juga yang mengelak cukai. Tapi masa ...

Selagi masih SST... selagi tu boleh lari
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2022 10:26 PM | Show all posts
Edited by Potpouri at 19-7-2022 11:05 PM

hsjjssnnldhlapahdajd
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 06:35 AM GMT+8 , Processed in 0.129194 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list